Sempena Ulangtahun Kelahiran DS Siti Nurhaliza Ke-40, Peminat Tidak Lupa Doakan Siti Aafiyah

Share

Sempena ulangtahun kelahiran penyanyi nombor 1 negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza, para peminat tidak lupa mendoakan juga untuk anaknya, Siti Aafiyah.

Hari ini, 11 Januari Datuk Sri Siti genap 40 tahun dan hashtag #sitigolden40th menjadi trending di beberapa sosial media termasuk Twitter.

Di Instagram, Datuk Sri Siti telah memuatnaik screen shot tarikh 1 Januari 2019, jam 11.11 pagi yang berlatarkan gambar Aafiyah yang sedang tersenyum dengan kapsyen pendek menyatakan kesyukurannya kepada Allah.

ctdk Alhamdullillah.. Syukur ya Allah.. #sitigolden40th

Posting ini menerima hampir 8,000 ucapan dan 260 ribu likes. Di samping mengucapkan selamat hari lahir buat Datuk Sri Siti, para peminat tidak lupa untuk mendoakan kesejahteraan Aafiyah.  Pendek kata, Aafiyah sentiasa menjadi perhatian peminat pada ibunya!

 

Sumber:ctdk

IKLAN