Polis Singapura menahan seorang amah berusia 30 tahun kerana mendera anak majikannya yang berusia 16 bulan.
Wanita terbabit diberkas pada 15 Januari lalu di Block 992B Buangkok Link.
Butiran penuh tentang kejadian pada 14 Januari lalu itu didedahkan semalam selepas majikannya Amy Low, 40, memuat naik rakaman video berdurasi 46 saat yang diambil daripada sistem kamera litar tertutup (CCTV) di kediamannya di Facebook.
Klip tersebut menunjukkan amah terbabit mencelup tangan kiri bayi perempuan berkenaan ke dalam periuk di atas dapur beberapa kali dan mangsa turut menangis kesakitan.
Difahamkan, rakaman video tersebut telah ditonton lebih 218,000 kali.
Ads
“Tubuh saya menggigil selepas melihat rakaman itu. Sejak kejadian itu, anak saya sering menangis.
“Dia masih terlalu kecil. Kami tidak tahu sama ada dia masih sakit atau trauma dengan insiden tersebut,” kata Low yang bekerja sebagai akauntan dan mempunyai seorang lagi anak perempuan berumur 8 tahun.
Menurutnya, amah tersebut dari Myanmar dan mula diambil bekerja pada 7 Disember 2019.
Ads
Dia juga mendakwa wanita itu pada mulanya mendakwa anak perempuannya tersentuh periuk panas tersebut.
Tetapi, selepas melihat rakaman terbabit, amah itu mengaku dia sengaja menyakiti mangsa supaya boleh pulang ke negaranya.
Susulan itu, polis telah melancarkan siasatan terhadap pembantu rumah terbabit kerana sengaja menyebabkan kecederaan dalam keadaan yang berbahaya.
Sumber: NST, SINAR HARIAN
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak tantrum atau mengamuk adalah perkara normal. Sebagai seorang ibu mahupun ayah, kita seharusnya lebih memahami mereka. Ini tidak, asalkan anak buat hal terus ditengking. Diherdik, dijerkah. Manalah anak tu tak memberontak. Sedari kecil, dilayan endah tak endah oleh ibu ayah sendiri.
Ada masanya tu, kita kena lihat dulu diri sendiri. Sebelum marahkan anak-anak cuba kita imbas dahulu apa punca anak tantrum tak tentu pasal. Ya, mungkin ada punca yang lain. Tetapi salah satunya adalah HANDPHONE. Betul, anda tak silap baca!
Menurut penulisan pemilik akaun Facebook Wawa Shauqi, dia mengatakan sesetengah anak meragam kerana puncanya adalah ibu ayahnya sendiri. Sibuk tengok handphone, sampaikan anak di sebalah ajak bersembang pun diabaikan.
“Sayang, cuba tengok warna lipstick ni. Mana cantik, yang Dazzling ke, Elegant?”
Si suami tak respon. Tangannya sibuk menaip sesuatu pada telefon pintar.
“Sayang, tengok la ni. Belikan 1 boleh?”
Masih tak ada respon. Malah dia boleh menyengih pandang skrin telefon tu, macam skrin tu lebih cantik dari bininya yang di sebelah.
Sakit hati kan, bila kita bercakap dengan orang, orang buat tak dengar sebab fokus sangat dengan telefon.
Haa.. Macam tulah anak.
Rajuknya, ragam dan tantrum mereka sangat memeningkan kepala kita. Tapi sedar tak, ragam mereka tu semua berpunca dari kita.
Sibuk sangat melayan dunia Facebook, Twitter & Instagram. Asyik sangat melayan cerita dan komen di post. Sampai anak di sebelah tak terlayan.
Menurut Prof Brandon McDaniel profesor dari Illinois State University, seseorang yang mengalami gangguan dalam komunikasi interpersonal yang disebabkan oleh perhatian yang diberikan kepada peranti teknologi dikenali sebagai ‘technoference’.
Singkatan dari perkataan ‘technology interference’
– Kekerapan tantrum anak-anak meningkat
– Peratusan kanak-kanak kemalangan sewaktu bermain meningkat akibat kurang pengawasan dari ibu bapa
– Peratusan masalah speech delay di kalangan anak-anak normal meningkat
– Semakin ramai kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan akibat kurang pendedahan bermain dari penjaga
– Fenomena ketagihan gajet di kalangan kanak-kanak dan dewasa meningkat
– Masalah communication breakdown semakin parah
“Budak-budak sekarang biadab aku tengok. Mana ada nak pandang muka bila bercakap dengan aku. Semua sibuk tengok fon. Samalah mak bapaknya pun.”
Teringat pulak saya dengan kata-kata rajuk dari seorang Atuk waktu beraya di kampung hari tu.
Gulp! Rasa seperti tertelan batu saya mendengarnya. Walaupun ayat tu tuju untuk cucu dan anaknya, saya pula yang terasa.
Tang mana lagi kita nak nafi. Benda memang betul-betul sedang terjadi.
Teknologi sepatutnya menyatukan. Tapi penyatuan tersebut hanya berlaku di alam maya. Hubungan kita dengan manusia lain yang wujud di depan mata, langsung kita tak ambil peduli.
Yang anak diabai mak ayah.
Yang bini diabai suami, suami diabai isteri,
Tok nenek diabai anak-anak.
Dari teknologi yang dicipta untuk menyatukan, ia menjadi teknologi yang mengasingkan.
Tidak salah ada telefon pintar, tak boleh dinafikan yang ia satu keperluan untuk menghubungkan setiap orang. Tetapi janganlah terlalu diagungkan sehingga terlupa pada anak-anak yang memerlukan perhatian kita.
Penggunaan minyak masak dalam menyediakan makanan untuk ahli keluarga sama ada untuk tumisan atau menggoreng perlu dihadkan. Ini kerana semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak.
Jika minyak ini digunakan berulang kali, semakin banyak sisa toksik HNE atau 4-hydroxy-trans-2 nonenal yang terkumpul dalam minyak itu. Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.
Menggunakan minyak yang telah digunakan beberapa kali akan mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit alzheimer, parkinson dan barah.
Sebaik-baiknya minyak masak digunapakai maksimum sehingga dua atau tiga kali sahaja. Jika minyak berkenaan telah bertukar warna menjadi perang kehitaman, minyak berkenaan perlu dibuang.
Minyak sisa menggoreng haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang kerana darah haiwan itu akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada kesihatan.
Hal ini berbeza bagi minyak hasil daripada gorengan sayur, ikan bilis, tempe, tauhu, dan kuih-muih. Minyak masak berkenaan masih boleh dipakai untuk kali kedua dan ketiga asalkan tidak bertukar warna serta segala sisa gorengan didalamnya ditapis dan dibuang.
Bila nampak sahaja rumah bersepah, lagi-lagi bila anak koyakkan kertas dan sepahkan sana sini mulalah rasa hendak marah. Jangan begitu kerana banyak kelebihannya aktiviti mengoyakkan kertas ini pada anak.
Anak bukan hanya fokus bahkan dapat meningkatkan kemahiran motor halusnya. Bahkan menurut perkongsian, Muhammad Wafiy, banyak manfaat lain yang anak perolehi ketika melakukan aktiviti ini. Jadi biarkan anak berkreatif ketika mengoyak kertas.
5-10 minit aktiviti untuk anak. Setiap minggu saya akan cuba dan paksa peruntukan masa yang berkualiti untuk Nuha.
Aktiviti hari ini koyak kertas. Betul tu koyak kertas. Sepah tak apa ayah boleh kemas. Jom kita koyak-koyak kertas.
Kebetulan anak buah ada, saya prompt sekali.
Apa yang Nuha dapat hasil aktiviti ni?
1. Eye contact & focus 2. Tingkat kemahiran motor halus. Ini persediaan Nuha untuk belajar menggunting & menulis. 3. Postural badan sewaktu aktiviti 4. Perkembangan komunikasi.
Nuha sebelum ini rentap kertas hingga koyak. Dia belum mampu koyak kertas dengan baik.
Aktiviti kena berterusan. Jangan sekali dua dah give up ok.
Kelebihan aktiviti koyak kertas
Aktiviti mengoyak kertas sebenarnya bagus untuk perkembangan si kecil kerana ia merangsang kekuatan jari dan perkembangan motorik halus anak.
Aktiviti koyak kertas guna tiga jari boleh:
1. Menguatkan tripod position untuk memegang pencil.
2. Menguatkan Fine Manipulation.
3. Persediaan untuk aktiviti menggunting.
4. Meningkatkan Frustration Tolerance (Kebolehan untuk kawal kekecewaan. Bahasa mudah, tingkatkan kesabaran).
5. Meningkatkan Sitting Tolerance. (Kebolehan untuk duduk lama dalam menyiapkan tugasan. Penting tau untuk anak-anak duduk lama dan fokus dalam kelas).
6. Meningkatkan fokus.
7. Memperbaiki eye contact.
8. Sosial Skill Training (Bonding dengan adik-beradik lain ketika buat aktiviti)
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!