Kematian anak syurga, Farhan Lukman Abdullah disyaki dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) menyedarkan kita semua penyakit berjangkit ini boleh menyebakan kehilangan nyawa.
Adik Farhan meninggal dunia di Hospital Sibu selepas 3 hari menerima rawatan di Hospital Daro. Jenazah adik Farhan yang berasal dari Kampung Pantray , Daro disemadikan di Tanah Perkuburan Lemang Pek , Daro. AL Fatihah.
Susulan kes kematian arwah adik Farhan, tindakan dan kepekaan ibu bapa dengan keadaan anak dan persekitaran di sekeliling sangat penting.
Ads
Tanda jangkitan HFMD:
– Kurang selera makan, demam, sakit tekak, ruam pada bahagian kaki dan tangan serta ulser yang banyak di dalam mulut. Ibu bapa, taska dan sekolah jangan ambil ringan jika terdapat tanda-tanda ini. Anak bawah jagaan kita adalah tanggujawab kita. Bawa pemeriksaan doktor jika terdapat simptom awal.
Ads
– Kanak-kanak bawah 5 tahun mudah dijangkiti penyakit ini kerana daya imun yang masih rendah. Kawal suhu demam kanak-kanak dan pastikan mereka tidak terdehidrasi.
– Paling bahaya penyakit ini berjangkit melalui cairan seperti air liur , hingus , nanah kudis dan najis. Seorang yang disyaki mengalami HFMD boleh menjangkitkan 5 orang di sekeliling mereka. Berhati hati ketika membawa anak-anak di tempat awam. Pemegang troli, pintu, penahan escalator dan tempat permainan kanak-kanak antara tempat berisiko terkena jangkitan. Sentiasa pastikan kebersihan dijaga dan basuh tangan dengan pembasmi kuman.
Ads
– Jika anak mengalami HFMD mohon cuti kuarantin. Kerja boleh tangguh, nyawa anak hanya satu. Duit boleh cari, anak tiada galang ganti. Semoga kita diberikan kesedaran dan dilindungi daripada pelbagai penyakit.
Bahan semulajadi yang digunakan dalam kehidupan seharian sebenarnya boleh membantu merawat sakit. Cuma bagaimana cara digunakan itu bergantung kepada kesesuaian dan masalah penyakit yang dialami.
Selain makan ubat dan mendapat nasihat doktor, tak salah untuk cuba ikhtiar guna rawatan alternatif kerana ia juga boleh membantu.
Perkongsian dari seorang ibu, Puan Yatie Eimra yang membuat sendiri minyak bawang putih yang dicampurkan dengan daun sirih untuk merawat masalah batuk teruk anak dan suaminya boleh dicuba.
Masa anak & suami batuk teruk tempoh hari, selain makan ubat & jaga pemakanan saya gak selalu urut dada & belakang badan gunakan minyak bawang putih.
Sebelum ni bila Fydh batuk teruk, saya gunakan minyak bawang putih (+daun salam), dan layurkan daun sirih untuk diletak pada dada anak. Tapi sebenarnya bukan semua orang serasi gunakan cara layurkan daun sirih ni.
?Pertamanya, bagi anak yang kulit sensitif, daun sirih tadi akan menyebabkan ruam & gatal² pada kulit.
Fydh ni sendiri pun tak boleh letak lebih dari 30 minit.. Kalau x, memang akan jadi ruam & gatal pada bahagian lekapan daun sirih.
?Daun sirih ni sifatnya panas. Tak semua serasi/tahan panas daun sirih ni nak² kalau layurkan sirih & gunakan minyak panas/telon. Sebab tu sebaiknya gunakan minyak bawang putih/balsam bayi yang sederhana/tak terlalu panas untuk anak kecil.
Kalau korang pernah baca post saya tentang ayat² syifa’ sebelum ni, saya ada ceritakan yang mana saya dah mati akal & tak tahu nak buat apa untuk kurangkan batuk anak (walaupun dah makan ubat, batuk tetap non stop). Sebagai ikhtiar terakhir, saya gorengkan daun sirih dalam minyak bawang putih. Saya syukur sangat sebab anak serasi dengan minyak bawang putih yang dicampurkan daun sirih & batuk mula beransur² berhenti tak lama lepas tu..
Baru² ni disebabkan 1 rumah dah berjangkit demam & batuk, saya buatkan stok minyak bawang putih untuk kegunaan seisi keluarga. Macam biasa jugak, saya gunakan cara menggoreng hirisan bawang putih dalam minyak zaitun dengan api yang sangat perlahan. Bila buat minyak bawang putih, saya memang wajib tambahkan daun salam gak sebab sangat² membantu dalam masalah berkaitan pernafasan. Kali ni saya tambahkan bahan ke-4 iaitu daun sirih yang telah diramas². Daun sirih memang elok untuk meredakan selesema, batuk, asthma, sesak dada & jugak sakit perut (masalah pencernaan).
Alhamdulillah, bila gunakan minyak ni memang nampak perubahannya lebih cepat. Bila anak/suami terbatuk² jer, saya sapukan jer minyak ni pada dada & belakang badan (sebaik²nya urut sikit), batuk pun kurang secara beransur².. Sebelum tidur malam pun, sapukan dulu minyak ni pada bahagian dada, belakang & juga tapak kaki.. InsyaAllah anak tak batuk teruk sangat tengah² malam (selalunya batuk jadik lebih teruk waktu tengah malam sebabkan suhu yang lebih sejuk & posisi berbaring – kahak terkumpul banyak pada paru²)
Kalau ada yang alami masalah batuk berterusan & nak cuba buat minyak bawang putih dengan daun sirih, ni saya sertakan resipinya.. Mudah²an dapat dimanfaatkan bersama.. Apa² pun penyakit kita/anak, jangan lupa berdoa & minta kesembuhan padaNya sebab Allah jugalah yang Maha Menyembuhkan & kita sekadar berusaha (makan ubat, ikhtiar secara alternatif, dll).
Bahan²:
1 cawan (250 ml) minyak zaitun (sy guna extra virgin olive oil)
1 labu bawang putih
1-2 helai daun salam (segar/kering)
5-7 helai daun sirih diramas
Cara²:
1. Bawang putih dikupas kulit, dihiris nipis & dibiarkan seketika (5-10 minit).
2. Goreng daun salam & daun sirih dalam sedikit sahaja minyak zaitun hingga layu.
3. Masukkan bawang putih & tambahkan sikit lagi minyak (agak² tenggelam je). Panaskan dengan api yang sangat perlahan hingga garing.
4. Masukkan bahan² tadi ke dalam bekas kaca & tambah minyak zaitun selebihnya (minyak zaitun akan hilang khasiat dlm suhu terlalu tinggi, sebab tu guna sikit je utk goreng). Kacau agar sebati & biarkan suam.
⭐kesannya lebih efektif jika biarkan terendam semalam
⭐daun sirih/hirisan bawang perlu disimpam terendam minyak supaya tak berkulat. Sekiranya kuantiti minyak dah sikit, keluarkan daun sirih/hirisan bawang supaya minyak tak rosak.
⭐gunakan 3-5 helai jer dauh sirih jika daun bersaiz besar
Tahniah diucapkan buat pelakon Idzham Ismail dan isteri yang selamat menimang cahaya mata kedua. Idzam berkongsi khabar gembira itu apabila isterinya, Siti Nur Abilah Shamsudin selamat melahirkan cahaya mata mereka pada pagi Ahad lalu.
Menerusi satu entri ringkas di Instagram miliknya, Idzham berkongsi perkhabaran itu sambil berkongsi sekeping fotonya bersama putera kesayangannya itu.
Katanya lagi, cahaya mata keduanya itu lahir pada pukul 7:45 pagi, Ahad lalu.
“Alhamdulillah, wife saya @bellasudeen selamat lahirkan anak kedua kami pada pukul 7.45am tadi.
Malah menerusi entri berlainan, Idzham turut meluahkan rasa syukurnya dengan anugerah tidak ternilai dari Allah SWT. Idhzam turut berkongsi sebuah video yang dirakamnya ketika detik kelahiran puteranya itu.
“Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih Allah di atas pemberian anugerah dan tanggungjawab ketiga selepas isteriku, Puteriku dan sekarang Puteraku lahir didunia.
“Alhamdulillah semua lancar dari segi proses mengandung dan bersalin.
“Terima kasih juga pada @kpmckajangplaza sebab beri isteri saya layanan terbaik dari A to Z . Gembira bila tengok isteri saya happy.
Thank you for all the wishes . Alhamdulillah,”kongsinya meluahkan rasa syukur.
Melalui temu bualnya bersama MStar, Idzham turut meluahkan rasa syukurnya kerana dapat menemani isteri setiap detik kelahirannya.
“Sama seperti anak pertama, saya dapat temankan isteri sepanjang proses kelahiran anak kedua ini.
“Dulu terpaksa menunggu 12 jam sebelum anak pertama dilahirkan, tetapi anak kedua ini lebih mudah dan tiak perlu menunggu lama,” kata Idzham berkongsi.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan ucapan tahniah di atas kelahiran bayi keduanya itu. Rakan-rakan selebriti juga tidak ketinggalan turut mengucapkan tahniah di atas perkhabaran gembira itu.
Idzham Ismail mendirikan rumah tangga bersama Siti Nur Abilah pada Ogos 2016 dan dikurniakan dengan cahaya mata sulung, Nur Sofea Inara yang kini berusia tiga tahun.
Bagi ibu yang mengalami penurunan dalam jumlah susu pastinya merasa susah hati kerana susu semakin berkurangan. Jangan bimbang kerana ada cara yang boleh dicuba bagi memastikan susu kembali banyak dan meriah seperti dahulu.
Salah satunya adalah perkongsian ibu ini, Puan Tengku Nurriza dan Nufiya Legacy, yang mengamalkan air rebusan enam bahan setiap hari. Katanya, minum sahaja pagi, tengahari susu dah penuh. Awesome! Jadi apa kata kita cuba usahakan cara ini pula.
Alhamdulillah menjadi. Resepi homemade yang mudah dan enak. Air rebusan 6 bahan ini banyak bantu saya untuk bekalkan tenaga dan banykkan susu badan.
Pagi minum tengahari kejap je penuh susu. Air rebusan ini juga kesukaan suami saya. Alhamdulillah amalan satu family saya.
Tak perlu cari satu-satu kat kedai sensei. Saya dah beli satu siap-siap packing dalam satu bekas.
Bahan utama iaitu longan dan kurma. Banyak orang amal untuk kesehatan dalaman terutama awet muda dan kawal darah tinggi.
Untuk ibu hamil sangat membantu untuk naikkan hb.
Sedap tak hanyir. Sedap minum sejuk atau suam. Bila rebus nampak macam laici kang. Tapi bukan laicikang. Buah gemuk-gemuk. Bila rebus sisip daun pandan aroma mewangi pasti jatuh hati.
CARA MEREBUS
Tips 1
Rebus kesemua ( kecuali rose + goji ) bahan dalam 3L air sehingga kembang .
Tutup api dan masukkan rose + goji & biarkan selama 5-10 minit .
Dan simpan didalam peti sejuk . Minum 1 cawan 2x sehari atau bila perlu. Anggaran 2minggu penggunaan.
Tips 2
Bahagi kan bahan kepada 2 bahagian
Rebus 1 bahagian ( kecuali rose + goji ) bahan dalam 1.5L air sehingga kembang .
Tutup api dan masukkan rose + goji & biarkan 5-10 minit.
Dan simpan didalam peti sejuk . Minum 1 cawan 2x sehari atau bila perlu . Anggaran seminggu penggunaan
1 bahagian lagi boleh disimpan didalam peti untuk menjaga kualiti bahan
Pesanan : bahan-bahan hendaklah dicuci sebelum direbus (kecuali madu & rosebud)
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.