Romantik atau tak, setiap pasangan mempunyai cara masing-masing untuk hargai pasangan. Bak kata orang tua-tua, sikap menghargai pasangan itu bukanlah di awal perkahwinan sahaja, namun harus dikekalkan sampai bila-bila.
Begitulah juga yang dilakukan oleh Dato’ Fazley Yaakob terhadap isteri kesayangannya, Datin Azrene Soraya sejak dari 13 tahun hubungannya bersama isteri.
Menurut Fazley dia menyatakan pemberian hubungan dan caranya hargai pasangan bukanlah perkara baru tapi dah diamalkan sejak belum ada anak lagi pun.
Saya sudah memang terbiasa memberikan jambangan bunga buat isteri @azrene_ahmad juga ibu saya @rsd.umi. Untuk adik sayang, semenjak kami bercinta jarak jauh di London, setiap bulan saya kirimkan bunga buat beliau. Dan sekarang dah kahwin, dan sudah beranak pinak, saya tetap lakukan.
Yang kelakar tu, pemilik kedai bunga selalu bertanya “Kenapa bagi bunga hari ini? Special day ke?” Seringkali saya tersenyum sendiri, saya kata “Istimewanya sebab sebab saya tak pernah untuk hari istimewa untuk kirimkan bunga kerana sepanjang 13 tahun bersama, dia terlalu istimewa di mata saya.
Ads
Ads
Hari ini saya sendiri yang hantar sejambak bunga di tempat beliau mengadakan training grooming & etiquette nya. Satu pesanan penting arwah Bapak – “Jangan mencari kelemahan pasangan, tetapi raikanlah kelebihan pasangan kita yang telah sedia ada”. Setuju?
Sumbr: Ig Dato’ Fazley Yaakob
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Faraid ialah satu ilmu berkaitan sistem pembahagian harta pusaka bagi orang Islam. Ia mengandungi hukum pewarisan, formula pembahagian dan kaedah pengiraan yang akan menentukan siapakah dalam kalangan keluarga yang ditinggalkan oleh si mati yang berhak mewarisi harta pusaka dan menentukan kadar bahagian yang akan diwarisi oleh setiap orang waris.
Contohnya: Ahmad meninggal dunia dan meninggalkan ibu, seorang isteri, dua anak lelaki, seorang anak perempuan dan tiga orang saudara lelaki seibu sebapa (adik beradik Ahmad).
Hukum faraid menjelaskan bahawa harta pusaka Ahmad akan diwarisi oleh ibu, isteri dan anak-anak, manakala adik beradik tidak berhak.
Mengikut kaedah hukum faraid, adik beradik tidak mewarisi kerana mereka terdinding oleh anak lelaki.
Seterusnya ilmu faraid menjelaskan pula bahagian yang akan diwarisi oleh setiap orang waris berdasarkan formula yang telah ditetapkan iaitu ibu mendapat 1/6 bahagian, isteri mendapat 1/8 bahagian dan anak-anak mendapat baki (asabah) dengan kadar bahagian lelaki 2 bahagian dan perempuan 1 bahagian. Untuk mengetahui bahagian bagi setiap orang waris, kaedah pengiraan faraid ditunjukkan seperti di bawah:
Bolehkah diberikan sedikit penjelasan tentang hibah, wasiat dan harta pusaka?
Hibah ialah pemberian semasa hidup. Iaitu seseorang melepuskan hak atau sesuatu harta kepada orang atau pihak lain semasa hayatnya dan kuatkuasa pemberian itu setelah penerima menerima harta yang diberikan itu. Hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja sama ada waris atau bukan waris dan tidak dihadkan kadar pemberian itu sama ada sebahagian atau kesemuanya.
Contohnya: Ahmad memberikan sebuah kereta kepada anaknya yang bernama Kasim. Kasim menerima kereta itu daripada bapanya dan kereta itu bertukar menjadi menjadi hak milik Kasim. Ini bermakna Ahmad telah menghibahkan keretanya kepada Kasim. Pemberian ini berkuatkuasa semasa Ahmad masih hidup.
Wasiat ialah pemberian setelah kematian. Iaitu seseorang berhasrat untuk memberikan sesuatu harta kepada orang atau pihak lain dan kuatkuasa pemberian itu setelah beliau (tuan punya harta) meninggal dunia.
Contohnya: Ahmad berwasiat untuk memberikan kereta miliknya kepada anak angkatnya. Pemberian ini akan hanya berkuatkuasa setelah Ahmad meninggal dunia. Selagi Ahmad masih hidup, kereta yang diwasiatkan itu masih kepunyaan Ahmad.
Wasiat mempunyai syarat-syarat tertentu antaranya:
Harta itu akan diwarisi oleh waris-waris yang telah ditentukan mengikut hukum faraid sebagaimana contoh dalam jawapan soalan 1 di atas.
Adakah wajib kita umat Islam untuk ikut hukum faraid dalam pembahagian harta pusaka walaupun tiada perselisihan antara waris?
Dalam pembahagian harta pusaka, setiap umat Islam wajib mengikut hukum faraid. Namun mereka boleh untuk memilih cara pembahagian setelah mengadakan perbincangan atau bersetuju dengan rela hati tanpa dipaksa atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Maksudnya untuk menentukan siapakah dalam kalangan waris yang berhak mewarisi harta pusaka mestilah mengikut kaedah yang digariskan oleh hukum faraid.
Sekiranya waris yang berhak itu tidak diberikan haknya, bermakna tidak mengikut hukum faraid dan hukumnya haram dan berdosa. Contohnya si mati meninggalkan dua orang isteri dan lima orang anak. Sekiranya isteri kedua tidak disenaraikan sebagai waris yang berhak, bermakna pembahagian dilakukan tidak mengikut hukum faraid.
Demikian juga dalam penentuan bahagian yang akan diwarisi oleh seseorang waris mestilah mengikut kaedah hukum faraid. Sekiranya tidak mengikut kadar yang telah ditetapkan bermakna seseorang itu tidak mengikut hukum faraid dan hukumnya berdosa.
Contohnya: bahagian isteri telah ditetapkan sebanyak ¼ bahagian ketika si mati tidak meninggalkan anak. Sekiranya diberikan kepada isteri itu hanya 1/8 sahaja, bermakna tidak mengikut hukum faraid. Sesiapa yang memakan harta bahagian isteri itu hukumnya haram dan berdosa.
Tetapi sekiranya waris yang berhak mengikut kaedah hukum faraid tidak ditinggalkan dan mereka pula mengetahui bahagian masing-masing, mereka dibolehkan untuk membahagikan harta pusaka itu mengikut persetujuan secara sukarela seperti pembahagian sama banyak , muafakat, penyerahan hak tanpa bayaran atau dengan bayaran dan sebagainya. Pembahagian seperti ini mengikut kaedah ‘Takharuj’ dan tidak bertentangan dengan hukum faraid.
Kanak-kanak ibarat kain putih, bersih dan suci. Begitu jugalah perwatakan dan sifat dalam diri mereka. Banyak perkara yang kita sebagai orang dewasa boleh pelajari dari anak-anak kecil.
Banyak perkara yang saya jealous dengan anak-anak kecil ni
1️.Mereka mudah melupakan dan memaafkan. Tadi baru lepas bergaduh. Tiba-tiba dah boleh bergelak ketawa bersama balik.
2️. Mereka menemui kebahagiaan pada perkara-perkara kecil. Ada je perkara yang buat mereka terhibur dan ketawa. Jatuh berguling bersama pun boleh lagi ketawa.
3️. Mereka ada keazaman yang untuk capai apa saja yang dimahukan. Kalau nak sesuatu, nak jugak-jugak. Selagi tak dapat, selagi tu mereka usaha.
4️. Mereka mudah mengekspresikan apa saja emosi yang dirasa. Tak perlu pendam sampai sakit kepala.
5. Berani hadapi risiko. Selagi tak dilarang, selagi itu mereka berani melompat dan berkejaran.
6️. Bercita-cita besar dan percaya diri tiada limit. Ada yang yakin nak jadi Spiderman, ustaz dan bomba dalam satu masa.
7️. Menyayangi orang sekeliling tanpa syarat. Walaupun tahu ayah dia ketiak masam dan mak garang macam harimau.
8️. Gembira dan ketawa setiap hari seolah-olah tak ada perkara yang perlu diambil serius. Tak perlu risaukan hari esok atau runsing dengan perkara semalam. Always enjoy the moment.
Cuma, sifat tu beransur hilang asbab dari kita sendiri yang menghalang. Ada masanya kita lupa untuk memandang, banyak falsafah yang dapat kita belajar dari sifat anak-anak yang tulus dan berhati terang.
Berikutan video tular adik Anas yang berusia dua tahun berlagak seperti kucing yang masuk ke dalam sangkar lalu diusik oleh bapanya membuatkan netizen geli hati dengan telatah comelnya.
Malah kanak-kanak tersebut kini mula mempunyai peminatnya seperti mana anak-anak artis.
Mungkin tujuan bapa Anas sekadar suka-suka sahaja untuk merekod aktivitinya bersama anak namun jangka apabila dimuat naik ke facebook dan instagram nampaknya peminat mula suka dan terhibur dengan keletahnya.
Sikap bapa Anas yang suka melayannya bercakap betul-betul membuatkan Anas nampak cerdik dari usianya. Walaupun baru dua tahun tapi keyakinan dan sikapnya yang berani sama seperti budak umur 4 atau 5 tahun.
A post shared by FattahAnas (@fattahanas_official) on
Menurut bapanya, Firdaus, tiada apa-apa rahsia pun dia mendidik Anas.
“Cuma sejak Anas bayi saya sentiasa bercakap dengannya biarpun dia masih tak faham apa-apa dan hanya beri respon dengan bunyi sahaja.
“Lagi satu yang saya biasa buat dengannya sentiasa luang masa bersama. Apa yang dia tanya saya akan jawab. Tak pun kalau dia tak tanya pun saya yang akan cakap dengannya.
“Dari situ Anas banyak belajar. Kadang-kadang saya juga jadi seperti budak semata-mata nak gembirakan Anas. Mungkin orang tengok macam tak budak-budak tapi cara macam tulah bonding saya dengan Anas,” katanya.
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.