Benarlah kata orang, kehadiran cahaya mata mengubah hidup jadi lebih bermakna. Begitu juga Hero Malaya, Remy Ishak yang kini merasai kebahagiaan selepas bergelar bapa.

Tambah Remy, kehadiran Tuah Alam benar-benar mengubah kehidupannya kini. Malah kata Remy, dia pernah berdepan satu fasa yang sukar bila mana pernah mengalami masalah kemurungan sebelum bergelar bapa, namun kini kembali menjalani kehidupan ceria.

Bahkan akui Remy lagi, dia kini merasakan dirinya ‘kembali hidup’ dan rasa muda selepas kelahiran anaknya itu kerana seperti berada dalam dunia yang baru.

“Seperti Dalam Dunia Baru” Remy Ishak Rasa Muda Semula Lepas Jadi Bapa!

“Selepas jadi bapa saya rasa muda semula.

IKLAN

“Dengan kelahiran Tuah Alam dalam hidup kami, saya seperti dalam dunia yang baru.

“Saya rasa kembali hidup dan kembali jadi Remy Ishak. Sebab beberapa tahun lepas, sebelum lahirnya anak, saya tak tahu kenapa saya rasa tidak keruan,” luahnya berkongsi.

Malah menurut Remy lagi, dia pernah merasa seperti tiada hala tuju dalam hidupnya namun kembali ceria dengan kehadiran Tuah Alam.

“Seperti Dalam Dunia Baru” Remy Ishak Rasa Muda Semula Lepas Jadi Bapa!

IKLAN

“Tak tahu apa makna hidup, kadang-kadang bila dah kahwin ada fasa dalam kehidupan kita akan tiada hala tuju tapi bila lahirnya anak sudah kembali ke jalan sepatutnya,” katanya.

Meninjau diruangan komen, ternyata wajah comel Tuah Alam kerap muncul di media sosial bapa dan ibunya malah menjadi pelengkap bahagia pasangan ini.

Terdahulu, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021. Pasangan itu menimang cahaya mata sulung lelaki diberi nama Tuah Alam pada 27 Julai lalu.

IKLAN

Menarik: Tahniah Azmi Saat Timang Bayi Perempuan, Luah Rasa Syukur Anak Isteri Sihat!

“Seperti Dalam Dunia Baru” Remy Ishak Rasa Muda Semula Lepas Jadi Bapa!

Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.

Hanya perlu join group Whatsapp ini: https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI