September dan Oktober bulan paling tinggi kelahiran di Malaysia? Ya ini statistik yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia.
Malah menerusi ruangan komen rupanya ramai bayi dilahirkan pada bulan ini dan bulan Oktober. Apa sebabnya? Ini yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia.
Pernah tak anda perasan, bila masuk bulan September dan Oktober, tiba-tiba ramai keluarga sambut berita kelahiran?
Di labour room, jururawat dan doktor berkejaran, katil penuh dengan ibu yang sedang bertarung nyawa melahirkan zuriat. Suasana riuh, penuh debar, penuh doa
Ads
Ada yang menimang cahaya mata pertama, ada yang dapat adik baru, ada juga yang lama menanti akhirnya dikurniakan rezeki paling indah.
Bila kita selami data rasmi negara, rupanya bukan kebetulan. Bulan September dan Oktober memang mencatatkan jumlah kelahiran paling tinggi di Malaysia.
Dan kalau kita undur sembilan bulan ke belakang, tarikh conception itu jatuh pada Disember dan Januari. Di bulan-bulan itulah suasana penuh keceriaan berlaku.
Cuti sekolah panjang, kenduri kahwin , Tahun Baru, keluarga berkumpul, pasangan bercuti. Dalam detik penuh tawa dan kasih sayang, tanpa disedari ramai pasangan memulakan babak baru dalam hidup mereka.
Ads
Hasilnya, sembilan bulan kemudian lahirlah begitu ramai bayi comel yang mewarnai dunia pada bulan September dan Oktober.
Sebaliknya, bulan yang paling rendah kelahiran ialah Februari. Bila ditolak sembilan bulan, ia bermakna conception paling sedikit berlaku sekitar Mei pertengahan tahun yang penuh dengan kerja, sekolah, peperiksaan dan kesibukan. Masa bersama keluarga lebih singkat, ruang bertenang juga terbatas.
Ads
Indahnya, angka ini bukan sekadar statistik kosong. Ia adalah cerita cinta, detik bahagia, doa mak ayah, dan rezeki kehidupan baru yang hadir daripada masa berkualiti bersama insan tersayang.
Jadi bila ada bayi lahir pada September atau Oktober, tersenyumlah. Di sebalik tangisan pertama itu, ada kisah cinta hujung tahun yang menjadi permulaan segalanya. ❤️
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Tak siapa sangka, rumah yang dulu penuh dengan suara gelak tawa kini bertukar menjadi lokasi tragedi berdarah.”
Awal pagi tadi, ketika kebanyakan daripada kita masih lena dibuai mimpi, satu keluarga di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai dihancurkan dalam sekelip mata.
Seorang pelajar Tingkatan Lima kini ditahan selepas disyaki menikam ibu kandungnya dan abang sulung hingga maut — dan mencederakan adik bongsunya yang baru berusia 13 tahun.
Ibunya, seorang ibu tunggal berusia 51 tahun, dan abangnya yang berumur 21 tahun ditemui tidak bernyawa di ruang tamu, tubuh mereka berlumuran darah dengan kesan tikaman.
Sementara si adik yang masih hidup ditemui berlumuran darah di garaj rumah, mungkin menyaksikan sendiri detik hitam itu… mungkin juga menjerit meminta tolong yang tak sempat disambut sesiapa.
Apa yang berlaku dalam rumah itu, hanya Tuhan yang tahu. Tapi yang pasti, tiada yang lebih memilukan daripada kehilangan keluarga… di tangan darah daging sendiri.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, siasatan awal pihak polis di lokasi telah membawa kepada penahanan suspek berusia 17 tahun yang juga merupakan anak kedua keluarga berkenaan.
Katanya, turut dirampas adalah sebilah pisau lipat dengan anggaran panjang 20 sentimeter yang disimpan di dalam beg sekolah milik suspek.
“Mangsa wanita merupakan seorang guru di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan anak sulungnya adalah pelajar kolej.
“Kedua-dua mereka mati dipercayai akibat ditikam suspek menggunakan pisau lipat dengan kesan tikaman di leher, pinggang dan belakang badan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, di Bukit Beruang, hari ini.
“Kita syak suspek menyimpan dendam terhadap si mati kerana jiran tetangga mendakwa keadaan rumah tersebut sering berlaku pergaduhan dan remaja itu mengalami tekanan kerana dipaksa belajar, mungkin kerana dia bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Jenayah ini telah dirancang suspek kerana pisau tersebut telah dibelinya, malah remaja itu juga cuba menghapuskan barang bukti termasuk pakaian dengan kesan darah ke kawasan semak berhampiran tetapi kita berjaya mencarinya,” jelasnya.
Ujarnya lagi, pengakuan awal dibuat suspek mendakwa dia cuba membunuh guru tersebut ketika mangsa berada di dalam bilik tidur sebelum kejadian disedari oleh abangnya yang kemudian turut terkena tikaman ketika bergelut untuk menyelamatkan ibu mereka.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut sahaja nama Jebat Jayden, pasti sudah terbayangkan kepetahan Jebat dengan aksi spontannya menjawab pelbagai soalan.
Si comel Jebat yang kini berada di Tanah Suci bersama seluruh keluarganya tetap menarik perhatian ramai. Mana tidaknya, ada sahaja aksi comel Jebat sepanjang berada di sana.
Salah satu video yang dikongsikan oleh ibunya adalah telatah comel Jebat yang berkongsi perkongsian ketika sedang beristirehat di sana.
“Kalau kita minum banyak, muscle kita jadi yembek yembek,” kata Jebat melalui videonya.
Bahkan aksi dan celoteh Jebat yang sempat bertazkirah turut dimuat naik oleh ibunya di Insta Story. Memang petah dan comel.
Anak cilik itu petah bercerita mengenai manfaat minum air zam- zam kepada keluarga. Malah, ketika ahli keluarga bertanyakan soalan berkenaan solat, Jebat terus menjawab dengan yakin. Langsung tidak kekok.
“Letak tangan atas peha, auto macam Baba dia”
Paling menarik perhatian pastinya gaya bersahaja Jebat yang seakan-akan gaya ayahnya ketika berceloteh panjang.
Dengan tangan yang diletakkan di peha, aksi comel Jebat tak ubah seperti ayahnya Sharnaaz yang dikenali dengan gaya bersahaja ketika bercakap. Sama!
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat Jebat Jayden yang begitu petah malah begitu baik sepanjang berada di Tanah Suci.
Bahkan wargamaya turut memuji kecerdikan kanak- kanak 5 tahun itu walaupun sedikit pelat, namun berusaha untuk bercakap dengan orang sekeliling.
Bagi seorang wanita bila dah bergelar isteri tiada apa yang diharapkannya melainkan mendapat kasih sayang dari suami. Dalam masa yang sama, si isteri juga mahu dirinya rasa dihargai. Bukan setakat hulurkan wang ringgit tetapi usaha untuk bantu melakukan kerja rumah, jaga anak pun dah boleh menggembirakan isteri.
Walaupun begitu, ada juga suami yang masih belum memahami. Mereka anggap cukup bagi nafkah dah memadai dan urusan menguruskan anak, keluarga dan sebagainya terletak pada isteri. Itu silap ya!
Sebenarnya dalam rumah tangga, ‘give and take’ sangat penting. Suami dan isteri harus menghargai setiap pengorbanan bagi memastikan hubungan sentiasa harmoni. Sesekali apa salahnya melakukan kejutan kerana ia boleh mengeratkan hubungan. Selain itu, ciuman di dahi isteri boleh menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya.
Sekiranya masih tak pasti cara yang sesuai untuk menghargai isteri, berikut antara tip yang suami boleh lakukan dan semestinya si isteri akan tersenyum serta rasa bertuah.
Jadi pendengar setia
Biarpun keputusan terletak di tangan suami tetapi tiada salahnya jika sesekali mendengar juga si isteri memberikan pendapat. Mungkin idea isteri anda lebih bernas untuk dikongsi. Bertukar-tukar pendapat boleh membantu satu sama lain mendapat penyelesaian terbaik dalam sesuatu masalah.
Malah, perbualan mengenai isu-isu semasa juga mampu mencipta komunikasi yang lebih bermanfaat dan isteri akan merasa dihargai. Suami boleh juga bertanya mengenai perkembangan anak-anak manakala si isteri pula boleh membalas dengan soalan berkenaan kerja-kerja suami di pejabat. Perkongsian seperti ini ternyata dapat mewujudkan suasana harmoni dan keprihatinan antara satu sama lain.
Bantu isteri uruskan anak dan rumah tangga
Kebanyakan suami menganggap melakukan kerja rumah adalah tanggungjawab isteri sepenuhnya. Namun suami harus faham, isteri pun ada juga komitmen lain. Apa salahnya bantu apa yang patut. Tak jatuh ego suami jika sama-sama meringankan beban isteri. Tapi anda dilihat suami dan bapa yang hebat.
Malah jika anak-anak lihat pun, mereka akan rasa bangga mempunyai ayah yang terbaik dan ini boleh menjadi contoh kepada mereka bila dah besar nanti.
Anggap isteri seperti diri anda sendiri
Kalau anda inginkan perhatian dan layanan dari seorang isteri, maka begitu jugalah apa yang isteri anda inginkan dari sang suami. Oleh itu, letakkan diri anda di tempat isteri yang sentiasa menginginkan belaian, penghormatan dan kasih sayang. Kalau waktu bercinta boleh mengapa selepas berkahwin menjadi muram? Sepatutnya semakin lama hidup bersama semakin kuatlah daya tarikannya. Buat sesuatu yang dapat menambat hati pasangan. Kerana isteri umpama cermin pada diri anda sendiri. Kemana sahaja pergi, dia akan membawa anda bersama.
Buat kejutan pada isteri
Bunga dan wanita memang tak dapat dipisahkan. Ini antara simbolik bagi seorang wanita. Tanyalah sesiapa pun, jika dapat bunga dari insan tersayang, ibarat dirinya seperti sangat bermakna. Jadi apa salahnya suami buat kejutan dengan memberi bunga pada isteri.
Contohnya masa hari lahir, sambutan ulang tahun perkahwinan atau bila-bila masa sahaja. Ini antara salah satu kegembiraan buat isteri. Jadi bagi yang ingin mendapatkan perkhidmatan gubahan bunga yang cantik dan sesuai dengan bajet anda, Hana Florist mampu merealisasikan kejutan buat insan tersayang.
Selain gubahan jambangan bunga, Hana Florist juga turut memenuhi permintaan pelanggan dengan mengambil tempahan mengikut apa yang diinginkan seperti bunga yang diletakkan dalam kotak khas, pasu, bingkai gambar yang diletakkan gambar dan taburan bunga serta turut menyediakan pakej untuk hari istimewa seperti majlis perkahwinan, majlis ‘gender reveal’ dan sebagainya.
Kepakaran Hana Florist adalah menggunakan bunga artificial dan ia boleh tahan lebih lama jika disimpan buat kenangan. Misi Hana Florist adalah untuk memastikan pelanggan berpuas hati dengan konsep gubahan yang nampak eksklusif.
Bagi yang ingin mendapatkan perkhidmatan gubahan bunga istimewa Hana Florist atau pertanyaan lanjut, boleh hubungi 017 3321237.
Nak lagi mudah layari Instagram Hana Florist atau terus ke alamat 19-2, Jalan Temenggung 27/9, Mahkota Cheras, Cheras, Selangor.
Tunaikan Impian Isteri
Setiap orang ada impiannya yang tersendiri. Begitu jugalah dengan isteri anda, jauh di sudut hatinya pasti ada impian yang ingin dikecapinya. Biarpun tidak semuanya akan tertunai, namun memadailah andai satu dari seribu keinginannya berjaya ditunaikan.
Contohnya, jika ada bajet lebih, boleh belikan barang kemas atau bawa pergi bercuti. Tak perlu ikut orang, tapi kita buat ikut kemampuan sendiri. Yang penting isteri gembira, anak-anak pun rasa tenang melihat hubungan kasih sayang ibu ayahnya.
Ingat setiap pemberian itu melambangkan anda adalah suami yang amat menghargai isteri. Kita yang mencorakkan hubungan tersebut jadi lebih baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.