Hanya perlu diajar dan disimbahkan dengan sedikit kasih sayang, anak-anak kita yang masih kecil menunjukkan sikap yang luar biasa.

Cerita ini dikongsikan sendiri oleh cikgu yang cukup dikenali di media sosial, Cikgu Fadli Salleh di facebooknya yang begitu mengagumi sikap anak-anak muridnya di Tahun 1 yang mempunyai hati yang cukup mulia. Anak kecil istimewa, rakan sekelas mereka menjadi ladang pahala dan pengalaman baru bagi anak-anak ini. Hebat!


Aku namakan anak comel ini Seri, bukan nama sebenar. Seri ni murid tahun 1. Hari pertama persekolahan, Seri sangat pendiam. Orang lain dah bergerak masuk kelas, Seri masih duduk di situ. Sendirian.

Seolahnya langsung tak faham arahan. Tapi dia tak menangis. Cuma menunduk tak nak pandang wajah dan mata guru.

Puas la cikgu-cikgu memujuk. Termasuk PK Petang sekali. Kena pimpin baru dia nak bangun dan berjalan masuk kelas.

“Serius Bergenang Airmata” Kisah Murid Tahun 1 Kaya Adab, Cikgu Kagum Anak Murid Prihatin!

Setiap hari memang akan ada guru yang pimpin masuk kelas. Kalau tak, dia akan duduk tanpa bergerak kat dewan.

Masa dia berjalan, kami guru-guru perasan, sebelah kakinya tempang. Selepas dirisik, rupanya Seri anak istimewa. Pendengaran dia pun ada masalah, pertuturan juga.

IKLAN

Dalam kelas, Seri hanya menyendiri. Tidak bergaul sesiapa dan tiada siapa nak mendekatinya. Suatu hari aku masuk kelas Seri dan aku kena betulkan keadaan ini. Maka aku bercakap pada semua murid dalam kelas Seri,

“Serius Bergenang Airmata” Kisah Murid Tahun 1 Kaya Adab, Cikgu Kagum Anak Murid Prihatin!

“Dalam kelas kita, ada seorang murid istimewa tau. Murid istimewa ni biasanya tempat mereka di syurga akhirat kelak.

Kena layan dan berkawan dengan murid istimewa ni. Kena bantu dia, kena tolong dia. Jangan pulaukan, jangan pula menganjing dan memalukan dia.

Awak tahu kan siapa?” Semua murid menunjuk pada Seri. Tanpa aku suruh, dua tiga kawan berdekatan dia bangun dan terus menuju kat Seri.

“Awak. Nanti kita rehat sama-sama ya”.
“Awak nak pergi tandas cakap kat saya ya, saya teman”.
“Awak nak pensel tak? Kita ada pensel lebih”.

IKLAN

 

Serius masa tu bergenang kolam airmata aku. Betapa murni dan sucinya jiwa anak-anak ini. Kita cuma perlu beri sedikit ‘spark’ untuk menghidupkan api kasih sayang dan keprihatinan dalam jiwa mereka.

Selepas hari itu, setiap hari akan ada kawan-kawan dia pimpin Seri masuk kelas. Teman Seri ke tandas, rehat bersama, buat kerja sama-sama.

Inilah dia ilmu yang tidak tertulis dalam buku teks. Ia dipelajari melalui universiti kehidupan.
Setinggi mana lulusan, itu cuma sekeping kertas sahaja. Hasil sebenar sesuatu pembelajaran yang berjaya ialah melalui sikap dan tindak tanduk.

“Serius Bergenang Airmata” Kisah Murid Tahun 1 Kaya Adab, Cikgu Kagum Anak Murid Prihatin!

IKLAN

Aku sentiasa menitik berat hasil dan sikap dalam mendidik anak-anak. Biarlah ada yang kurang pandai dalam pelajaran, namun akhlak dan sikap biar santun dan beradab. Biar ada sifat keinsanan dan cakna pada orang keliling.

Alhamdulillah, anak-anak ini mudah mengikut kata. Mudah dilentur dan dididik. Seri dalam proses perpindahan ke sekolah pendidikan khas. Kelas yang lebih sesuai untuk dia. Namun pertukaran memakan masa juga.

Sementara itu dia akan di sekolah kami, di kelas aliran perdana bersama kawan-kawan yang lain.
Dan kini aku tidak lagi risau tentang dia. Kerana kawan-kawan dia dah ada untuk menjaga dia dan mengasihinya.

#MFS
– Kisah Tahun 1 –

Menarik: Aduhai Berketak-Ketak, Usia Nak Masuk 3 Bulan, Anak Neelofa Dah Nak Pandai Meniarap!

“Serius Bergenang Airmata” Kisah Murid Tahun 1 Kaya Adab, Cikgu Kagum Anak Murid Prihatin!

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI