Terdahulu Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Wan Khaleda yang dilahirkan pada 25 Jun 2022.
Pengalaman melahirkan anak adalah satu pengalaman yang paling terindah dalam hidup seorang wanita. Satu pengalaman yang mendebarkan namun tidak mungkin dilupakan sampai bila-bila.
Bagi pelakon cantik manis, Farah Nabilah, pengalaman melahirkan anaknya, Andre Omar setahun yang laly benar-benar meninggalkan kesan dalam hidupnya.
“Betullah orang kata bersalin ini ada satu keajaiban”
Kata Farah menerusi perkongsiannya di Webinar Simpan SSPN x Pa&Ma, Detik Indah Bersama Si Manja semalam, Farah turut berkongsi cerita detik kelahirannya Andre yang cukup manis untuknya.
“Dulu masa bersalin, Farah bersalin secara pembedahan sebab ada komplikasi, kedudukan bayi yang tak berada di kedudukan normal waktu itu.
“Pengalaman melahirkan anak bagi Farah satu pengalaman yang begitu mendebarkan. Dia punya nervous masa tu tak payah cakaplah, sangat mendebarkan. Kalau bersalin normal mungkin lepas push, sakit dan dan bila anak dah selamat dikeluarkan tapi pengalaman bersalin melalui pembedahan pada Farah sangat menakutkan.
“Dengan lampu-lampu dan segala macam persediaan di bilik bersalin, lepas kita dengar pulak orang sekeliling bercakap itu ini masa nak bedah perut bertambahlah rasa takut.
“Tapi selepas melahirkan anak tu pulak hanya Allah saja yang tahu tapi walaupun sakit, bila dengar anak menangis terus hilang rasa sakit.
“Betullah orang kata bersalin ini ada satu keajaiban, sakit tapi bila kita dengar suara anak terus rasa macam hilang kesakitan dan ketakutan yang kita lalui,” kongsi Farah lagi.
Pengalaman lepas melahirkan anak adalah satu kepayahan bagi pelakon berbakat ini. Bercerita mengenai detik kelahirannya melahirkan Andre Omar, akui Farah di awalnya dia melalui waktu-waktu yang sukar.
“Bayangkan nak menyusukan anak dengan perut baru lepas operate tu memang susah. Nak buang air besar, berjalan, batuk, nak gelak pun susah.
“Pada saya tak adil nak judge ibu yang melahirkan anak secara operate ini. Kebanyakkan ibu yang melahirkan anak secara pembedahan bukan atas kehendak ibu itu sendiri tetapi tak ada pilihan kerana masalah komplikasi dan sebagainya.
“Tak perlu nak fikir apa orang cakap dan banding-bandingkan cara kita bersalin. Bagi saya yang penting anak dan ibu sihat,” kongsinya lagi.
Banyak belajar ilmu parentingBercerita mengenai soal imu keibubapaan kata pelakon drama bersiri Cik Reen Cik Ngok Ngek ini lagi, akuinya, ilmu keibubapaan sangat mencabar dirinya. Namun banyak perkara baru yang diperolehi.
“Andre pula sekarang memang aktif sangat. Tapi Farah jenis tak kisah, bila dekat rumah memang Farah bagi je dia buat apa-apa. Nak pulak sekarang ni tak boleh keluar rumah, jadi Farah biarkan saja dia aktif dalam rumah.
“Bagi saya ilmu parenting satu ilmu baru yang baik tapi begitu mencabar. Misalnya nak buatkan pasir untuk anak dari bijirin pada Andre itu pun Farah buat macam-macam research. Tak adalah Farah simply bagi pada Andre. Ia satu sensori yang bagus untuk Andre sendiri.
“Agak mencabar bila mana kita nak cuba macam-macam cara untuk anak tapi orang lama perbetulkan itu dan ini dan macam itu juga bila zaman moden sekarang ini macam-macam cara orang menegur.
“Tapi bagi Farah ikut apa kesesuaian baby kita, tak perlu dengar apa orang nak kata disamping dapatkan pandangan dari yang berpengalaman,” kongsinya lagi sambil berkongsi mendapatkan pelbagai sumber untuk perkembangan anaknya.
Simpan Duit Anak Sejak Kecil
Bercerita mengenai simpanan anaknya, kata Farah dia dan suami rupanya sudah pun lebih awal mewujudkan simpanan masa depan buat Andre.
“Tak dinafikan Andre dia ada income sendiri dari beberapa posting di IG dan saya serta suami sediakan simpanan sendiri untuk dia supaya di masa hadapan, dia ada simpanan sendiri nanti.
” Sekarang pun susah untuk dapatkan kerja, bila anak ada simpanan, sekurang-kurangnya dia sudah ada simpanan kelak bila besar nanti.
“Macam Farah dari dulu memang parent dah sediakan tabung-tabung simpanan dan kini bila dah ada anak, barulah Farah nampak. Nak belajar pun Farah gunakan simpanan yang mak ayah Farah sediakan dulu. Alhamdulillah, jadi memang kita kena persiapkan tabungan lebih awal,” kongsinya lagi.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @farahnabilahofficial
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemakanan yang berkhasiat amat penting untuk memastikan kandungan ibu hamil sihat. Semasa mengandung, bukan sahaja jumlah pemakanan anda perlu ditingkatkan, tetapi apa yang anda makan.
Secara umumnya, wanita hamil memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari amat penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi. Ini kerana apa yang ibu makanan turut sama dikongsi oleh bayi yang dikandung. Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda.
Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi. Malah jika berlakunya peningkatan berat badan dan tidak dikawal, ibu juga akan menghadapi pelbagai masalah lain seperti kencing manis, darah tinggi dan lain-lain.
Sehubungan itu, doktor akan menasihatkan ibu-ibu supaya mengambil makanan dalam jumlah atau kuantiti yang sedikit tetapi tingkatkan kadar kekerapan pemakanan.
Apa yang pasti, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi yang pada asasnya anda perlu mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan.
Namun, jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat. Biar sedikit tetapi kerap.
7 panduan mengenai nutrisi yang diperlukan oleh ibu-ibu hamil
1.Vitamin B kompleks – menjaga sistem otot, saraf dan jantung, supaya berfungsi dengan normal. Sumber makanan: Birijin, kekacang, sayur hijau, produk tenusu (susu), telur dan sereal.
2.Vitamin D – untuk pertumbuhan dan pembentukan tulang bayi. Sumber makanan: Minyak hati ikan, susu dan kuning telur.
3.Vitamin E – bagi pembentukan sel-sel darah merah yang sihat. Sumber makanan: Gandum, kekacang, minyak sayur dan sayur hijau.
4.Protein – sumber zat pertumbuhan sel. Sumber makanan: Daging, kekacang, ikan dan telur.
5.Asid folik– Untuk perkembangan sistem saraf, dan sel darah. Keperluan asid folik semasa tempoh kehamilan adalah 800 mcg sehari terutamanya pada 12 minggu pertama kehamilan. Kekurangan nutrien ini boleh membawa kepada gangguan pembentukan otak yang boleh menyebabkan kecacatan pada susunan saraf atau pun otak bayi. Sumber makanan: Bayam, brokoli, pisang dan tomato.
6.Zat besi – mengelakkan berlakunya anemia di kalangan ibu mengandung. Sumber makanan: Bayam, kangkung, daging dan hati.
7.Kalsium – bagi proses pembentukan tulang, dan gigi bayi serta menghalang ibu dari mengalami osteoporosis. Sumber makanan: Sayur hijau, kekacang, susu dan produk tenusu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beberapa hari lepas aktres jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta membuat lawatan ke di Hospital Sungai Buloh. Perkongsian ini dibuat Che Ta melalui laman Instagramnya. Dia turut berkongsi beberapa foto bersama para ibu di wad bersalin hospital itu.
Sempat berseloroh, Che Ta mengatakan dia terasa seperti mahu ‘buat’ anak apabila melawat ibu-ibu di wad ini. Melihat kepada ruangan komen aktres itu, rata-rata pengikutnya terhibur dengan status tersebut. Walaupun melawat ke hospital, Che Ta tidak pernah ‘kalah’ dalam bergaya. Persalinan anggun dan nampak cantik seperti biasa!
Che Ta pandai pasang badan, kalau mengandung sekali lagi pun tak ada masalah. Teringin juga nak tengok rupa adik kepada si comel Aaisyah Dhia Rana. Mesti sama cute macam kakaknya
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.