Sesekali tu, cuba periksa mulut anak-anak kita. Nak tengok ada ke tidak TANDA-TANDA AWAL gigi berlubang. Tak susah pun. Cuma angkat bibir dan tengok pada permukaan gigi.
Gigi yang bersih warna macam putih susu. Tanda awal gigi rosak ialah adanya TOMPOKAN PUTIH/KUNING pada permukaan gigi berdekatan dengan gusi. Jika ada, jangan abaikan. Bawalah anak-anak anda berjumpa doktor gigi.
Mengenal pasti tanda awal gigi berlubang boleh mencegah gigi daripada menjadi lubang yang lebih besar dan teruk.
Kena Risau Bila Nampak Tompok Putih Di Gigi Anak
Lagi satu soalan yang biasa ibu bapa tanya gigi susu anak saya ada tompok putih. Perlu ke saya risau?
Ads
Perlu.
Tompok putih itu tanda awal gigi susu nak rosak. Lapisan enamel menipis. Biasanya terdapat di kawasan berdekatan gusi. Dalam keadaan tertentu, tompok putih ini boleh hilang dengan penggunaan flourida.
Kebanyakan ibu bapa faham gigi berlubang bila warnanya coklat atau kuning atau hitam. Tapi tak ramai sedar tompokan putih itu tanda-tanda awal bermulanya gigi rosak.
Ads
Gigi yang sihat warna putih susu. Permukaannya licin. Berbeza dengan warna tompokan putih itu.
Di peringkat Kementerian Kesihatan, semua misi dan doktor gigi perlu menjalani latihan untuk mengesan tompok-tompok putih ini. Kita mahu mencegah dari awal supaya tompok putih ini tidak merebak menjadi karies. Sapuan flourida akan disapu pada gigi-gigi yang berkenaan.
Ads
Kalau tompok putih ini dibiarkan, lama kelamaan akan menjadi kuning dan coklat.
Tompok kuning atau coklat tanda gigi sudah berlubang. Kawasan sekeliling tompok kuning/coklat akan menjadi semakin rapuh. Wajib jumpa doktor gigi dah!! Jangan biarkan.
Peringkat karies teruk boleh membahayakan anak-anak. Gusi bengkak. Muka bengkak kalau dibiarkan. Boleh juga menyebabkan gigi dicabut awal.
Oleh itu pentingnya untuk bawa anak-anak periksa gigi bermula gigi susu pertama tumbuh, dan diikuti setiap 6 bulan. Penting juga untuk ibu bapa sentiasa membantu anak-anak membersihkan gigi mereka setiap hari.
Makin kerap pula kes-kes sakit kulit berlaku kepada ibu selepas bersalin. Kebiasaannya ibu akan mula mengalami masalah kegatalan melampau diikuti dengan timbulnya bintik-bintik merah yang gatal di kawasan badan, leher, pelipat-pelipat lengan dan kaki.
Dari sudut perubatan moden ia digelar postpartum hives di mana ia dikatakan berlaku akibat perubahan hormon ibu selepas bersalin.
Manakala dari sudut perbidanan Melayu pula ianya digelar meroyan kulit yang disebabkan oleh ketidaklawasan darah kotor selepas bersalin (darah nifas) yang meracun sistem dalaman tubuh ibu.
Untuk ibu-ibu yang sedang mengalami masalah kulit sebegini, apa kata cuba petua bidan-bidan lama ni untuk melegakan ketidakselesaan yang dialami.
MANDI AIR REBUSAN HERBA KHAS
– Bahan-bahan air rebusan terdiri dari daun mambu, kunyit, inai dan sireh. Rebus dan
bahagikan 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan sejuk suhu bilik. Satu lagi suam panas.
Yang sejuk dipupur basuh kulit kepala muka dan leher. Yang suam dimandikan dari bahu
sampai kaki.
PUPUR BEDAK BERUBAT
– Blender kunyit hidup bersama-sama daun mambu. Dicampur dengan bedak sejuk. Dan
diratakan seperti bedak sejuk ke seluruh tubuh setiap hari selepas mandi.
PANTANG LARANG
– JANGAN guna lulur
– TAK PERLU berbengkung jika tak selesa
– Makan hanya sayur ulam. Ulam yang boleh dalam pantang ialah ulam raja, pegaga,
tenggek burung, daun selum, pucuk mengkudu dan cekur.
– Untuk ikan pula, pilih SEJENIS sahaja jenis ikan untuk dimakana dalam pantang samada
merah, jenahak atau selar
– Boleh makan DAGING
– ELAKKAN benda berperam seperti kicap dan bahan perasa
– Masak makanan cara rebus dan stim sahaja.
– ELAKKAN masak secara tumis dan bergoreng.
Semoga petua-petua bidan lama ini dapat membantu melegakan kegatalan ibu selepas bersalin.
Selamat berpantang!
Credit:
Datin Sh Anisah Barakbah, penulis Ensiklopedia Perbidanan Melayu
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Stok susu ibu perahan (SIP) amat penting kerana bayi akan minum SIP semasa anda di pejabat. Stok perlu disediakan seawal yang boleh apabila susu matang yang berwarna putih sudah mula kelihatan. Pada waktu itu semua kolostrum yang diperlukan oleh bayi sudah dihabiskan.
Mengumpul stok susu
Jika bayi terpaksa ditahan di hospital sebaik melahirkan, anda perlu memerah seawal hari pertama lagi. Walaupun kelihatan susu hanya menitik sedikit, ia perlu teruskan untuk mencipta permintaan. Jika tidak dimulakan awal, penghasilan sukar untuk meningkat dengan cepat.
Waktu paling lewat untuk mengumpul stok ialah sebulan sebelum mula bekerja. Kebiasaannya, apabila bayi mula kerap menyusu, ia menyebabkan hasil perahan yang dikumpulkan menjadi sedikit. Maka, ia memakan masa untuk mengumpulnya.
Perahan efektif
Bagi memudahkan stok susu dikumpulkan, perahan secara efektif amat mustahak. Anda perlu bijak memilih pam susu yang sesuai. Kesesuaian setiap orang terhadap sesuatu jenis pam tidak sama. Sebaik-baiknya cubalah dulu sebelum anda membeli atau cuba bertanya kepada mereka yang berkongsi maklum balas positif tentang pam tersebut berdasarkan saiz coli. Biasanya jika saiz coli sama, maka kesesuaian dan keselesaan pam payu dara juga hampir sama.
Pekerjaan ibu juga perlu diambil kira. Sebenarnya tip untuk memilih pam payu dara yang efisien dilakukan berdasarkan pekerjaan, bukan bajet. Jika pilih berdasarkan bajet, ada kemungkinan pam yang dipilih tidak sesuai dengan pekerjaan anda. Ada sesetengah ibu yang sukar untuk meneruskan penyusuan atas kekangan masa kerana pam yang dipilih mengambil masa yang lama untuk mengosongkan payudara.
Selepas mengambil kira faktor ini, pam yang terbaik adalah pam berganda kerana ia mampu mengeluarkan susu secara serentak. Masa dapat dijimatkan dan anda tidak perlu terkejar-kejar untuk memerah susu ibu, malah boleh memerah sambil bekerja. Anda juga boleh memerah secara bebas tangan menggunakan hands free bra atau coli khas.
Namun, jika anda kurang berkemampuan untuk mendapatkan pam berganda, gunakan pam payudara biasa tetapi perlu belajar memerah sambil menyusukan bayi. Selain itu, belajar teknik memerah menggunakan tangan atau Marmet secara bebas tangan supaya kedua-dua tangan bebas untuk memegang bayi dan memicit payu dara.
Jumlah stok
Jumlah stok minimum yang perlu dikumpulkan perlulah cukup untuk keperluan bayi dalam tempoh sebulan. Jadi, anda ada masa untuk meningkatkan pengeluaran susu apabila merudum ketika mula bekerja nanti. Jika keperluan minimum bayi adalah 15 – 18oz sehari, anda perlu kumpul stok minimum sebanyak 450oz – 540oz sebulan.
Jadual memerah susu sebelum kembali bekerja
dan seterusnya
Rujukan
*Perah tandem bermaksud bayi menghisap sebelah payudara manakala sebelah payudara lagi diperah untuk menghasilkan stok SIP.
**Menyusu terus bermaksud bayi menyusu terus dari payudara.
Bayi tidak puas
Bayi boleh jadi tidak puas menyusu apabila anda perah dulu sebelum menyusukan kerana jumlah susu baru memakan masa untuk dihasilkan. Namun, anda tidak perlu risau kerana setiap kali payudara dikosongkan pasti akan ada susu baru dihasilkan.
Cara untuk mempercepatkan proses penghasilan susu baru ialah anda perlu menggunakan pendekatan pemakanan. Contohnya mengambil minuman yang mengandungi zat seperti susu, oat, koko dan bijirin. Minuman tersebut perlu diminum semasa masih panas. Ia mampu meningkatkan hormon prolaktin dan oksitosin dengan lebih cepat. Jika bayi menyusu selepas anda memerah, dia akan mendapat lebih banyak dapat susu hindmilk yang bagus untuk tumbesarannya kerana mengandungi banyak lemak.
Pengurusan SIP
Selepas memerah, anda perlu tahu proses pengurusan SIP iaitu melibatkan rutin memerah, melabel botol dengan tarikh ia diperah dan membekukannya. Manakala bagi bekas penyimpanan, anda disarankan menggunakan bekas yang dibuat khas untuk menyimpan SIP. Antara plastik lining dan botol, plastik lining lebih praktikal kerana jimat ruang dan SIP mudah mencair semasa dipindahkan dari tempat beku ke tempat sejuk (chiller). Bekas dadih masih selamat digunakan untuk penyimpanan tetapi plastik yang biasa digunakan untuk membuat aiskrim Malaysia sangat tidak digalakkan kerana ia terlalu nipis dan mudah terkoyak dan menyebabkan SIP tercemar.
SIP perlu diletakkan di bahagian chiller dahulu sebelum dibekukan kerana susu ibu sangat sensitif dengan perubahan suhu. Jadi, suhu perlu berubah secara perlahan-lahan untuk menjaga kualiti susu ibu dan mengurangkan risiko bakteria membiak dengan cepat. SIP pada hari yang sama boleh dicampurkan dengan syarat semua SIP terbabit disejukkan dahulu semalaman dan keesokan harinya boleh dicampurkan.
Tip bawa pulang SIP selepas berpantang
Kaedah ini boleh digunakan bagi memindahkan SIP dalam perjalanan yang melibatkan perjalanan jauh dan masa yang lama. Misalnya dari kampung ke kediaman anda di ibu kota. Peralatan yang diperlukan ialah ais, kotak polisterin (saiznya mengikut kuantiti SIP), garam kasar (sebagai agen melambatkan ais mencair), tuala dan pita pelekat. Langkah-langkah menguruskan SIP:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!