Kebiasaanya pasangan selebriti jarang-jarang memiliki cahaya mata yang ramai. Namun bagi usahawan, Neelofa dan suaminya, PU Haris, keduanya mahu segera menambah zuriat malah mahukan anak yang ramai.
Semua itu dikongsikan oleh Haris menerusi satu video perkongsiannya. Bahkan kata Haris, hal itu diutarakan oleh Neelofa sendiri yang tidak kisah punya anak ramai.
PU Riz berkata isterinya mahukan anak ramai seperti dalam pasukan bola. Namun dia menyerahkan soal rezeki cahaya mata itu kepada Allah.
“Seingat saya, dia (isteri) mahu anak ramai, satu pasukan bola dia nak. Tapi, kita pun tidak ada terhadkan berapa orang anak, yang mana Allah bagi maka kita terima sahaja. Pada saya, anak ini satu perkara yang dekat dengan hati anda dan hati saya,” katanya.
Ads
Bahkan Neelofa turut memberikan respon mengenai pendedahan suaminya bahawa dia tidak kisah mempunyai cahaya mata ramai selagi berkemampuan.
“Boleh saya katakan sebenarnya Pak Ustaz kita ini bertuah sebab isteri dia memang tidak kisah kalau dia ada anak yang ramai.
“Ada sesetengah orang berkira-kira nak beranak dan nak mengandung ni. Saya kalau boleh tak mahu hadkan jumlah anak. Selagi Allah bagi kudrat dan kemampuan untuk beranak, kita beranak ramai-ramai,” katanya.
Ads
Akui Neelofa lagi, apa yang paling penting sebagai ibu bapa juga harus punya kemampuan untuk membesarkan anak-anak dengan baik selain saham akhirat untuk ibubapa.
“Paling penting sekali kita ada kemampuan untuk jaga dan besarkan anak-anak solehah. Itulah kita punya impian sebab anak-anak ini jadi investment kita di akhirat nanti,” katanya.
Lain orang, lain pengalaman penyusuanya! Sama seperti Dr Amalina yang turut berkongsi pengalaman menyusukan bayi yang kini berusia 8 minggu.
Menurutnya, penyusuan susu ibu buat pertama kali bukan sesuatu yang mudah dan dia turut menghadapi masalah puting berdarah sehigga menganggu penyusuan susu ibu.
“Setiap orang ada pengalaman tersendiri dalam penyusuan susu ibu. Ada yang menganggapnya mudah, ada yang tidak. Saya berasa bersyukur kerana mendapat banyak sokongan daripada bidan, serta kumpulan sokongan daripada mummy NCT.
“Beberapa minggu pertama tidak mudah bagi saya. Puting saya berdarah beberapa kali, ia sangat menyakitkan, saya menangis. Bayi biasanya turun berat badan pada minggu pertama selepas kelahiran. Tetapi berat badan Bella turun lebih daripada had yang disyorkan, jadi saya dinasihatkan oleh bidan untuk mengepam setiap 3 jam dan menambah susu formula jika perlu.
Dia yang kini menetap dan bekerja di United Kingdom mengakui kadang-kadang dia perlu berjalan di taman walaupun masih dalam tempoh berpantang agar kesihatan mental sentiasa terjaga.
“Saya menjalani rejimen yang ketat untuk mengepam untuk memastikan saya boleh memberinya makan; ia sangat tertekan. Saya akan keluar berjalan-jalan dengan Alex dan Bella untuk mendapatkan udara segar di taman untuk melindungi kesihatan mental saya dan untuk meningkatkan peredaran darah saya. Menurut kajian, tekanan boleh mengurangkan bekalan susu, jadi saya ingin mengelakkan tekanan (sebab itu penting untuk bersikap baik dengan ibu baru kerana anda tidak tahu apa yang mereka alami; makcik/pakcik bawang, tolong, kami tidak tidak memerlukan komen anda yang tidak diminta).
“Selepas 2 minggu mengepam, berat badan Bella mula bertambah dan semakin baik. Saya memulakan penyusuan susu ibu secara langsung semula, dan kali ini ia tidak begitu menyakitkan, saya kurang tekanan, dan saya menghasilkan jumlah susu yang baik. Ada malam ketika penyusuan susu ibu sukar dan menyakitkan, tetapi saya tetap meneruskan; Saya berkata pada diri saya ia akan menjadi lebih baik. Saya akan menyapu krim puting Lansinoh di antara suapan (ia membantu merawat puting pecah dan berdarah!). Saya pergi berjumpa pakar untuk menilai Bella, dan dia dalam keadaan baik dan boleh menghisap dengan baik. Alhamdulillah.
Dr Amalina sempat menitipkan pesanan buat ibu-ibu lain agar tidak tertekan dengan apa jua cara penyusuan kerana setiap ibu pasti mahu yang terbaik untuk anak-anak.
“Kini, berat Bella lebih 5 kg dan membesar dengan baik. Saya sangat gembira; walaupun jatuh bangun, semuanya berbaloi, tiada lagi kesakitan & saya seronok menyusu! Kepada semua ibu, sama ada anda menyusu atau menggunakan formula, anda semua hebat! Kita semua mahukan yang terbaik untuk bayi kita, jadi jika anda tidak dapat menyusu, tidak mengapa. Sesetengah orang ingin menyusu, tetapi mereka tidak boleh! Jangan rasa bersalah; awak bukan ibu yang jahat. Dapatkan semua sokongan dan kasih sayang yang anda perlukan; minum banyak air; jangan stress; makan makanan yang sihat dan seimbang; elakkan merokok. Dan sudah tentu terpulang kepada anda untuk memilih sama ada mahu menyusu atau susu formula”
Rata-rata warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing dalam dunia penyusuan, sungguh tidak semudah yang disangka.
izzashams Tq doctor for sharing…saya sedang melalui fasa2 ni…this writing really inspired me to keep breastfeed my baby❤️❤️❤️
nadiahanisabdulsamat We shouldn’t forget that breastfeeding also makes mommy more relax and calm anyway😍😴😴
docmummy22 congratulations!!! thank you for sharing your experience. we hope more mum will stay strong and have the adequate support in Breastfeeding
farah.khamarul Yes. It wasn’t an easy journey for me too. bf my 1st born for 5 days only, 2nd born for 2 weeks, 3rd one for 2 years 8 months 😁. They’re all grown up well now n my 1st one already 14. 😍 chin up mummies, u r all doing great.
Kredit: Dr Amalina
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Dekorasi bilik anak lelaki yang penting boleh guna sampai dewasa. Memiliki ruang peribadi yang selesa dan dihias menarik pastinya memberikan lebih inspirasi kepada sesiapa sahaja apatahlagi buat si anak kecil.
Berbanding anak perempuan, dekorasi untuk bilik anak lelaki sebenarnya lebih ringkas dan mudah. Namun, jangan ambil mudah dan ada beberapa panduan yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa bagi memudahkan proses dekorasi anak bujang masing-masing.
Berikut tip yang dikongsikan oleh Anis Syuhada. Moga idea yang diberikan oleh pereka dalaman ini mampu membantu ibu-ibu memilih dekorasi yang sesuai untuk anak lelaki masing-masing.
Lazimnya kita tahu anak lelaki lebih ringkas. Mereka ada satu benda yang disukai atau fokus untuk ruangan mereka.
Bila kata cat semua orang akan cat. Bila kata beli perabot semua akan tetap beli. Bezanya adalah atas pemilihan yang kita buat bila kita combine tema, warna, saiz, perabot maka akan terjadi hasil yang kita sudah gabungkan tadi.
Sebenarnya setiap darinya ada langkah yang kita perlu ikut iaitu:
1- Tentukan TEMA, pilih satu untuk jadikan karakter utama dalam bilik tersebut.
2- Tentukan SAIZ PERABOTyang diperlukan contoh single, super single atau twin sharing atau triplet mengikut keluasan bilik.
3- KEPERLUAN YANG PERLU ADA dalam bilik contohnya tempat belajar, ruang simpan mainan, ruang display koleksi, ruang solat, ruang bermain, ruang baju, ruang bersiap, ruang tuala dan gantungan.
4- LIGHTINGpastikan ada dua pencahayaan iaitu cozy effect warm lighting dan downlight cool white. Mungkin anak takut tidur bilik sendiri tapi bila kita wujudkan ruangan yang cozy dan warm, secara automatik anak-anak menerima baik dan mula berdikari di ruangan sendiri.
5- PEMILIHAN WARNA haruslah lembut dan tenang untuk impak yang lebih luas dan tenang. Hadkan penggunaan warna. Highlight pada aksesori sahaja contohnya gambar, quilt cover, carpet untuk menceriakan ruang. Boleh pilih warna cat base grey ( twilight @ edelweiss by Jotun).
Pendek kata less is more simple. Dekorasi bilik yang ringkas ini sampai bujang nanti pun masih boleh guna. Kegunaan untuk jangka masa panjang.
Kehilangan seorang anak adalah ujian yang paling berat untuk mana-mana ibu bapa. Itulah yang sedang dilalui oleh keluarga kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, pelajar berusia 13 tahun yang meninggal dunia di asrama sekolahnya. Sejak tragedi ini berlaku, seluruh rakyat Malaysia turut berkongsi rasa simpati, apatah lagi bila prosiding inkues kini sedang berjalan untuk mencari kebenaran.
Menurut laporan Harian Metro, terbaru Mahkamah Koroner menolak bantahan pihak keluarga terhadap permohonan peguam lima remaja yang dituduh, untuk menjadi pihak berkepentingan dalam prosiding. Peguam mewakili ibu arwah, Shahlan Jufri, berkata meskipun mereka mengemukakan bantahan, keputusan mahkamah itu tetap dihormati.
Menurut Shahlan, prosiding pagi itu menyaksikan semua pihak memohon untuk menjadi pihak berkepentingan di hadapan hakim koroner baharu. Mahkamah membenarkan ibu arwah, bapa arwah, serta peguam bela remaja terbabit untuk turut serta. Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) juga hadir sebagai pemerhati.
“Pihak kami ada membantah terhadap permohonan peguam bela pesalah kanak-kanak sebagai pihak berkepentingan, namun bantahan ditolak. Kami menghormati keputusan mahkamah,” jelasnya.
Setakat ini, seramai 68 orang saksi disenaraikan termasuk pasukan forensik, Jabatan Patologi, pihak polis, pelajar sekolah, guru, warden dan pegawai keselamatan. Malah, ibu arwah sendiri, Puan Noraidah Lamat, turut tersenarai sebagai saksi, namun tarikhnya belum ditetapkan.
Mahkamah juga memaklumkan, sekiranya saksi kanak-kanak dipanggil, prosiding akan dijalankan secara tertutup demi menjaga keselamatan dan emosi mereka.
Tragedi yang menimpa arwah Zara Qairina bukan sahaja meninggalkan luka mendalam kepada keluarganya, malah menjadi peringatan besar untuk seluruh ibu bapa. Keselamatan anak-anak, terutamanya ketika berada di sekolah atau asrama, perlu diberi perhatian serius.
Semoga prosiding inkues ini membawa keadilan buat arwah Zara Qairina, dan menjadi iktibar buat kita semua agar tragedi sebegini tidak berulang lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak tidak respon bila dipanggil kadang-kadang normal, tetapi dalam situasi tertentu ia boleh menjadi tanda awal masalah perkembangan. Ketahui bila ibu ayah perlu lebih peka.