Langsung tak sangka anak yang ditinggalkan kepada pengasuh yang juga pasangan suami isteri sejak 8 bulan lalu adalah penagih dadah.

Kegiatan pasangan suami isteri itu terbongkar selepas Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kubang Pasu membuat serbuan di rumah mereka di Taman Mahuri.

Setelah 8 Bulan Hantar Anak Untuk Dijaga, Baru Tahu Pengasuh Penagih Dadah

Kenal pengasuh kerana tinggal berjiran 

Ketika ditahan pasangan suami isteri itu berada dalam rumah bersama dua anak berusia lapan dan lima tahun serta seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.

Pasangan itu, bersama kanak-kanak tersebut dibawa ke pejabat AADK Kubang Pasu untuk siasatan lanjut manakala kedua-dua anak mereka diserahkan kepada keluarga terdekat, manakala budak yang diasuh itu diserahkan kembali kepada ibunya.

ARTIKEL MENARIK [“Bayi Tak Sedarkan Diri Sampai Di Zon Merah” Terbongkar Rupanya Gara-Gara Kesilapan Si Ibu]

IKLAN

Ibu kepada budak yang diasuh menjelaskan sudah mengenali pengasuh tersebut agak lama kerana tinggal berjiran dengan rumah keluarganya.

Setelah 8 Bulan Hantar Anak Untuk Dijaga, Baru Tahu Pengasuh Penagih Dadah

Tak syak selama ni kerap pinjam duit ‘sebab lain’

Beliau memaklumkan terkejut dan seakan tidak percaya dengan berita yang diterima kerana keadaan rumah pengasuh itu memang bersih, dan anak turut dijaga dengan baik tanpa ada sebarang masalah.

IKLAN

Setiap bulan RM250, dibayar kepada pengasuh sebagai bayaran untuk khidmat asuhan, kadangkala mereka kerap meminjam duit selama ini tetapi tidak mensyaki apa-apa.

Menerusi ujian saringan awal yang dilakukan terhadap pasangan suami isteri itu, masing-masing didapati positif methapetamine.

Dipaksa suami ambil dadah 

Pengasuh itu mendakwa, dia mengambil dadah selepas dipaksa suaminya yang juga penagih tegar.

IKLAN

Setelah 8 Bulan Hantar Anak Untuk Dijaga, Baru Tahu Pengasuh Penagih Dadah

“Lepas ini saya akan cuba berhenti kerana ini kali pertama saya ditahan AADK dan tak pernah lagi kena tangkap.

“Sebelum ini kami menetap di Kuala Lumpur dan suami sudah ambil dadah sejak di sana sebelum kami ambil keputusan untuk pulang ke sini untuk berubah tapi tak boleh sebab abang saya pun turut terbabit dengan dadah,” katanya.

Pasangan tersebut antara 12 penagih yang ditahan dalam Op Cegah yang dijalankan di sekitar daerah Kubang Pasu.

Sumber: Berita Harian

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI