Isteri tetap sedia menunggu ‘jasad’ suami walaupun sudah memasuki hari ketiga pencarian. Biarpun hati berduka dengan cara pemergian suami begitu kejam, Sabriah tetap setia menunggu.
Jauh disudut hati walaupun hanya sekujur tubuh itu sudah memadai untuknya untuk melihat kali terakhir mayat arwah suaminya. Redup mata sambil berlinangan air mata, membuatkan hati Subhiah Roslina Shahibi, 57 isteri kepada mangsa pilu dengan dugaan buat diri dan keluarganya.
Menerusi laporan Sinar Harian, melaporkan operasi pencarian pesara Felcra Sabari Baharom, 62, pada hari ketiga di Sungai Padang Terap, di sini berakhir tanpa sebarang petunjuk pada Rabu. Operasi yang disertai anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Polis Marin, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melibatkan pencarian radius 13 kilometer.
Subhiah Roslina Shahibi, 57 isteri kepada mangsa pilu dengan dugaan buat diri dan keluarganya.
Berkongsi lanjut, Subhiah berkata beliau hanya mengetahui perkembangan siasatan yang mendapati suaminya itu dicampak ke sungai itu kira-kira 2 petang semalam menerusi kumpulan WhatsApp keluarga.
“Pada mulanya, anak saudara suami maklumkan dalam kumpulan (WhatsApp) itu, kemudian anak suami pula beritahu mereka berada di IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah) berjumpa dengan Ketua Polis Negeri.
“Dari situ saya dapat tahu suami dibuang ke dalam sungai. Walaupun berat, saya lega kerana selepas 26 hari menunggu, akhirnya ada jawapan. Sekarang, kami hanya menunggu jasad suami ditemukan,” katanya.
KRONOLOGI KEHILANGAN SABARI
Pelbagai usaha mencari dilakukan oleh ahli keluarga namun Sabari masih gagal dikesan.
4 dan 5 September 2024
Ads
Seorang wanita tempatan dilaporkan melakukan transaksi wang daripada akaun Sabari hasil penelitian polis melalui sistem kamera litar tertutup (CCTV).
20 September 2024
Anak Sabari dimaklumkan mengenai penemuan Proton Waja yang dipandunya ditemui penduduk dalam keadaan terbakar di Belantik, Sik.
24 September 2024
Polis mengesahkan penahanan seorang wanita berusia 62 tahun bagi membantu siasatan berhubung kehilangan Sabari.
Ads
27 September 2024
PDRM Kedah berjaya mengesan dan menangkap dua lelaki tempatan berusia 26 dan 38 tahun yang disyaki dapat membantu siasatan kes.
Hasil soal siasat dijalankan, pengakuan telah dibuat oleh kedua-dua tersebut bahawa mangsa telah dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Jitra Kedah dengan tangan diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat.
30 September 2024
Ads
Operasi mencari jasad mangsa di Sungai Padang Terap Jitra, Kedah dijalankan oleh polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melibatkan radius lima kilometer dari lokasi mangsa dipercayai dibuang.
1 Oktober 2024
Operasi pencarian jasad mangsa diteruskan pada hari kedua bermula jam 9 pagi dengan radius diperluaskan kepada 12.8 kilometer dari Jambatan Kampung Empa yang dipercayai lokasi mangsa dibuang.
Satu lagi sektor pencarian adalah melibatkan kawasan Loji Rawatan Air Pelubang ke Tandop Chegar melibatkan radius kira-kira tujuh kilometer.
Sumber: Harian Metro & Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas sebulan lebih melahirkan cahaya mata keduanya, CP Juliana Evans memuat naik wajah bayi comelnya di media sosial.
Menerusi Instagramnya, Juliana memuat naik beberapa keping gambar buah hati terbarunya untuk tatapan umum.
Kongsi ibu kepada dua cahaya mata perempuan ini lagi, menjadi ibu kepada dua cahaya mata menjadikannya lebih multitasking dalam segala hal.
“Sebulan setengah lepas melahirkan bidadari kedua saya.
“Motherhood of two has got me multitasking like no other but to watch my baby grow healthier every single day, is probably the best sight ever,” kongsinya.
Apa yang menarik perhatian ramai pastinya raut wajah anak kedua Juliana yang sangat comel. Malahan wargamaya turut menyamakan wajah cantik persis ibunya.
Terdahulu, Che Puan Juliana Evans selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada 17 Jun lalu. Juliana dan suami, Tengku Shariffuddin Shah turut mempunyai seorang lagi cahaya mata, Tengku Kamiliah Zanariah Josephin Ehsan Shah yang kini berusia empat tahun.
Hati ibu mana yang tak sedih bila anak asyik merengek minta nak makan makanan kegemarannya tapi tak dapat ditunaikan atas kekangan tertentu. Begitulah yang berlaku kepada salah seorang ibu ini yang bersyukur sangat hajat anaknya tercapai.
“Lega rasanya apabila hajat anak untuk makan ayam goreng kesukaannya Kentucky Fried Chicken (KFC) sejak sekian lama akhirnya tercapai.
“Sebagai ibu, tersentuh hati apabila melihat reaksinya yang menikmati hidangan dipesan dengan bersungguh-sungguh,” ujar asnaf, Azlina Abdullah.
Azlina, 42, berkata, hampir tiga tahun, anak tunggalnya Muhammad Amirul Aiman Abd Rasid, 11, meluahkan hasrat supaya membawanya ke restoran makanan segera itu kerana ingin menikmati ayam goreng.
“Bukan tidak mahu tunaikan permintaannya itu tetapi saya tidak berkemampuan, duit yang ada cukup untuk perbelanjaan harian sahaja.
“Boleh dikatakan, kerap juga dia memberitahu teringin untuk makan ayam KFC, tetapi saya minta supaya bersabar, kalau ada rezeki lebih nanti saya belikan,” katanya.
Azlina dan anaknya itu ditemui selepas Program Wayang Sekampung Merlimau yang dianjurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Dr Muhamad Akmal Saleh, di sebuah pusat beli-belah di Bandar Hilir, di sini, baru-baru ini.
Menurut ibu tunggal itu, semasa arwah bapa Muhammad Amirul Aiman ada, suaminya agak kerap membawa anak mereka ke restoran makanan segera terbabit.
“Selepas kematian suami dan saya tidak lagi dapat bekerja akibat kemalangan, jadi kami hanya bergantung kepada pencen arwah untuk meneruskan kehidupan,” katanya.
Kanak-kanak perempuan9 tahun berdepan detik cemas, nyaris dilarikan ketika tunggu van sekolah. Seorang kanak-kanak perempuan berdepan detik cemas apabila cuba dilarikan ketika sedang menunggu van sekolah.
Kanak-kanak Perempuan 9 Tahun Berdepan Detik Cemas, Nyaris Dilarikan Ketika Tunggu Van Sekolah
Kejadian berlaku berhampiran perumahan di Bukit Beruntung pada Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, laporan berkaitan kejadian dibuat ibu mangsa kira-kira jam 8.56 malam.
Beliau berkata, kejadian terbabit berlaku ketika mangsa berumur sembilan tahun berada di bawah blok sebuah flat di sini ketika sedang menunggu van sekolah.
“Siasatan mendapati suspek merupakan lelaki warga tempatan didapati cuba melarikan mangsa.
“Mangsa kemudiannya melarikan diri ke kedai berdekatan sebelum menjerit meminta pertolongan,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Katanya, orang ramai yang berada sekitar lokasi kejadian kemudiannya berjaya menyelamatkan mangsa.
“Suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri ketika cuba ditahan orang ramai ketika kejadian.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan,” katanya.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.