Anak-anak memang lumrah sukakan perhatian daripada papa dan mama. Ketika mereka sedang membesarlah saat paling sesuai untuk papa dan mama mengajar mereka tentang adab dan peribadi yang baik.
Jangan lupa untuk sentiasa mendoakan anak, jadikan amalan dan lakukan dihadapanya agar kelak dia membesar menjadi manusia yang sentiasa memohon daripada-Nya.
Berebut-rebut la tangan ibu ni nak letak pada ubun-ubun dorang. Tersenyum-senyum la ibu melihat keletah dua beradik ni.
Alhamdulillah hampir setahun ibu amalkan, dan nampak perubahan anak-anak ibu.
Ads
Sebagai ibu, jangan sia siakan peluang yang Allah bagi. Doa setiap masa, doa tanpa henti, cakap yang baik-baik.
Doa ibu tiada hijabnya. Amin Ya Allah Ya Mujib ================================= Letakkan tangan di ubun-ubun kepala anak. Mulakan dengan Asmaul Husna.
Ya Fattah Ya Alim Ya Nur Ya Hakim Ya Rashid Ya Hafiz Ya Muhaimin
Ads
YA ALLAH BUKAKAN PINTU KEFAHAMAN DAN ILMU PENGETAHUAN, CAHAYAKAN HIKMAH KEBIJAKSANAAN, KECERDASAN DAN KEPINTARAN KEPADA ANAK2 KAMI ( sebut nama penuh anak) DAN JAGAKAN ANAK KAMI DALAM JAGAANMU DAN PENGAWASANMU YA ALLAH.
Seterusnya titipkan doa ini. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الرَّحْمَنُ (1) عَلَّمَ الْقُرْآنَ (2) خَلَقَ الْإِنْسَانَ (3) عَلَّمَهُ الْبَيَانَ (4)
Semoga bermanfaat buat semua ibu ibu. #sharingiscaring
Kredit: Sheila Amir
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan mudah bagi seorang lelaki bergelar suami memikul tanggungjawab membesarkan anak-anak yang masih kecil dan dalam masa sama kena menguruskan rumah tangga.
Mungkin di awal-awal rasa susah sebab semua urusan isteri yang banyak lakukan. Namun apabila kehilangan isteri dalam keadaan mengejut tanpa suami rasa bersedia untuk kehilangannya, kekuatan itu datang dengan sendirinya.
Perkongsian dari seorang bapa, Khairul Abdullah mengenai perjalanannya membesarkan 3 anak lelaki yang masih kecil selepas pemergian isteri tahun lalu cukup membuktikan hebatnya kasih seorang ayah.
Seorang lelaki hendak menjaga 3 anak kecil yang mana paling kecil ketika itu berusia 7 bulan, masih bayi lagi adalah di luar jangkaan. Orang tak percaya kot. Aku rasa aku boleh dan walau susah aku gagahkan juga.
Melayan kerenah 3 anak kecil yang sedang lasak bukannya mudah. Tahap kesabaran kena tinggi melampau, tahap stress tu kadang-kadang sampai dah tak boleh bawak bincang.
Beberapa bulan pertama adalah bulan air mata untuk aku. Penat mengurus rumahtangga, sedih mengenang isteri yang dah tiada, sedih mengenang anak-anak yang tiada ibunya. Redup mengenang masa depan kami semua.
Namun kini semuanya jauh lebih mudah.
Penat lelahnya tetap sama namun kerjanya lebih mudah kerana semuanya telah menjadi rutin. Setakat nak gosok baju berpuluh helai tu sekali harung sahaja no hal. Setakat nak cuci bilik air, vakum, mengemop semuanya pun kacang sahaja. Masak-memasak pun boleh pejam mata sahaja. Kalau malas, bungkus sahaja.
Anak-anak pun sudah ok semuanya. Sudah redha yang ibu mereka sudah pergi selamanya. Aku puas sebenarnya.
Puas kerana dapat membesarkan sendiri ketiga-tiga anak aku ini. Aku rasa susah payahnya. Aku hadap penat lelahnya. Aku bahagia dengan gelak tawa mereka walaupun kadangkala aku rasa macam nak rotan sahaja kesemuanya.
Betapa kini aku menghargai dan mengagumi insan yang boleh membesarkan anak tanpa ada wanita. Susah oihhhh. Bagi yang ada isteri tu, tolonglah hargai mereka.
Paling kagum aku dengan wanita terutamanya kaum ibu. Depa ni sangat champion sebenarnya. Depa boleh buat segalanya dan tangan depa ada lapan gamaknya.
Aku juga sedar, menjadi bapa bukanlah sekadar memberi sperma dan nafkah seadanya. Menjadi bapa harus berkorban bersama-sama. Berganding bahu melakukan segalanya. Jika kita penat bekerja, isteri lebih 100 kali ganda penatnya, apatah lagi yang bekerja dan balik menguruskan pula rumahtangga.
Bagi yang baru bergelar bapa, belajarlah untuk membantu isteri selayaknya. Bangun malam tukar lampin anak. Belajar mandi dan siapkan anak. Sama-sama atau bergilir masuk dapur siapkan makanan. Sama-sama atau bergilir mengemas rumah atau paling penting menyental bilik air.
Pakat-pakatlah membantu kerana urusan rumahtangga adalah kerja yang sangat-sangat memenatkan. Pedulikan kata-kata orang kononnya kalau kita masuk dapur, urus anak, vakum lantai kita kena queen control. Pedulikan.
Bila kita boleh buat semuanya sama seperti apa yang isteri kita buat maka jadilah kita seorang suami dan bapa yang dikagumi anak-anak dan juga isteri.
Paling penting, kita adalah role model kepada anak-anak. Kalau kita jadi raja dan buli isteri, anak-anak nanti akan turut buli mak dia, dan dah besar dia buli isteri dia, dia buli semua wanita sekeliling dia. Hentikan kitaran yang tidak bagus ini.
Semoga semua ayah, papa, abah, apak, baba, walid, daddy atau apa sahaja panggilannya sentiasa diberikan kesihatan yang baik agar dapat menjadi seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab dan hero di mata anak-anak dan juga isteri.
Ibu bapa yang ada anak lebih dari seorang kena faham kasih sayang antara anak-anak kena sama rata dan tak boleh berat sebelah. Walaupun ada di antara kita yang mungkin mempunyai anak ‘favourite’.
Lagi satu tugas ibu bapa juga kena pastikan bonding antara adik beradik juga kena kuat sampai mereka besar. Ibaratnya hubungan silaturahim ini tak boleh putus biarpun masing-masing dah berkeluarga.
Menurut Ustazah Nazirah Abd Rahim sebagai ibu bapa kita kena tanamkan nilai kasih sayang antara anak-anak.
Adik beradik …sejahat mana pun..baik mana pun..tak ada yang lebih baik kecuali menyambung silaturahim dan berkasih sayang kerana Allah.
Itulah saham ibu bapa kita. Susah mana pun..carilah adik beradik kita.. Tak ada orang lain yang akan kasihi melebihi kasih sayang adik beradik.
Usah biarkan orang lain merosakkan kasih sayang adik beradik kita. Siapapun adik beradik kita merekalah keluarga kita kerana ibu ayah kita yang melahirkan kita dan membesarkan kita.
Bila kita mati adik beradiklah sahaja yang dapat mandikan kita dan kafankan kita yang muhrim.
Sayangilah adik beradik kita. Berilah nasihat jika adik beradik salah. Ingatkan jika terlupa. Berilah jika kurang dan selalulah hubungi tanya khabar dan berjumpa. Besarnya pahala kita berkasih sayang sesama adik beradik
Tangisan adik beradik kita akan kita rasai di malam hari syahdu Allah. Benarkah petunjuk ini Ya Allah..solatlah malam bermohonlah pada Allah dan hubungi adik beradik kita bertanya khabar.
Dalam satu rumah yang ada pelbagai kisah suka duka. Subhanallah..makan sama sama..mandi sama..tidur sama gaduh sama. Semua sehingga besar ada rumah tangga sendiri, usah lupakan adik beradik kita.
Dalam soal zuriat, Allah akan bagi pada waktu yang terbaik. Jika kita terkejut menerima awal dan tanpa kita bersedia pun, memang itu adalah waktu yang terbaik. Jika lambat dan kita ternanti-nanti, mengharap dan sedih. Memang itulah waktu yang terrbaik. Kita rasa kita mampu, tapi Allah lagi tahu. Allah Maha lagi Mengetahui untuk kehidupan kita.
Bila-bila waktu pun Allah mula merezekikan si comel untuk berada di dalam perut, ‘itulah waktu yang terbaik untuk kita.’ Yakinlah.
Usah marah, sedih, dan kecewa. Teruskan berdoa supaya setiap langkah kita disusun sesuai dengan perancangan kita.
Ada pengalaman kawan saya, sudah 10 tahun mendirikan rumahtangga, tapi belum ada rezeki. Tanpa disangka-sangka, Alhamdulillah baru-baru ini beliau selamat melahirkan seorang anak.
Sedih dia, cemburu, tidak putus asa berdoa, SABAR, lalu Allah ‘mengurniakan’ anugerah yang terindah di atas kesabaran dan sifat mengharapnya yang tinggi HANYA pada Allah.
Masing-masing ada cerita dia. Doa saya sentiasa untuk mereka yang terus meminta pada Allah.
MyKid 260626-06-xxxx menjadi perhatian apabila bayi yang lahir di Pahang pada 26 Jun 2026 menerima nombor kad pengenalan yang unik, tersusun dan mudah diingati, sekali gus bertepatan dengan Hari Asyura.