Ads

Setiap Hari Kawan Baik Ziarah Pusara Abdul Fatah, Gambar Ketiga Paling Menyentuh Hati

Kejadian menyayat hati seorang kanak-kanak yang terjatuh ke dalam tangki kumbahan baru-baru ini masih segar di ingatan. Pemergian Allahyarham Abdul Fatah Khairol Riza memberi kesedihan yang mendalam buat keluarga, malah turut menggores hati sahabat baiknya Qarnain.

Dalam kejadian tragis itu, arwah Abdul Fatah, 9 tahun, menghembuskan nafas terakhir selepas terjatuh ke dalam tangki septik di sebuah sekolah kebangsaan di Lenggeng, Sabtu lalu.

Di TikTok, perkongsian terbaru daripada Ayah Fattah menerusi akaun abifattah benar-benar meruntun jiwa warganet. Beliau memuat naik tiga gambar kenangan Abdul dan Qarnain di sekolah.

Ayah Fattah menitipkan kata-kata yang menusuk hati:

Setiap Hari Kawan Baik Ziarah Pusara Abdul Fatah, Gambar Ketiga Paling Menyentuh Hati

“Atah dan Qarnain. Mereka ni berkawan baik. Meja sebelah menyebelah. Saiz badan, ketinggian hampir sama.
Pakcik tahu Qarnain rindu dengan Abdul kan? Pakcik pun sama macam Qarnain. Maafkan pakcik yer… sebab masukkan gambar Qarnain di sini. Bila kita rindu nanti, kita tengok kat sini yer sayang…

Anak sekecil ini tahu nilai persahabatan yang sejati. Persahabatan yang ikhlas lahir daripada hati yang bersih dan penuh kejujuran.

Qarnain sayang… Kita doa baik-baik yer. Di akhirat nanti kita akan jumpa Abdul. Sebab Nabi sebut ‘kita akan bersama dengan orang yang kita cintai semasa di dunia’. Jangan risau yer… Pasti Abdul akan jemput kita bersamanya di dalam syurga.

Qarnain belajar rajin-rajin tau… Abdul selalu cakap pada pakcik, Qarnain ni budak pandai. Pakcik doakan Qarnain jadi anak soleh yang membahagiakan ibu dan ayah. Insya-Allah…”

Kawan baik setiap hari ziarah Gambar paling pilu

Lebih menyayat hati, Qarnain dikatakan setiap hari menziarahi pusara sahabatnya. Segala pemberian dan hadiah daripada Abdul disimpannya dengan penuh kasih tanda betapa kuatnya ikatan persahabatan yang tulus walaupun dipisahkan oleh ajal.

Ads

Menerusi perkongsian itu, sejak hari pertama Allahyarham Abdul Fatah Khairol Rizal dikebumikan, kelibat seorang sahabat baiknya dilihat tidak pernah jemu menziarahi pusara kecil itu.

Beberapa keping foto yang merakamkan rakan sekelasnya, Qarnain, setia mengunjungi kubur Abdul Fatah telah dikongsi oleh bapa arwah di media sosial.

Namun, gambar ketiga itulah yang paling menyentuh perasaan menggambarkan betapa akrabnya persahabatan mereka. Perkongsian itu nyata meruntun jiwa netizen, menyaksikan betapa dalamnya nilai persahabatan meskipun di usia sekecil itu.

Ads

Setiap Hari Kawan Baik Ziarah Pusara Abdul Fatah, Gambar Ketiga Paling Menyentuh Hati Setiap Hari Kawan Baik Ziarah Pusara Abdul Fatah, Gambar Ketiga Paling Menyentuh Hati Setiap Hari Kawan Baik Ziarah Pusara Abdul Fatah, Gambar Ketiga Paling Menyentuh Hati

Hadiah Jadi Kenangan

Anak sekecil ini sudah mengajar kita sesuatu yang besar: bahawa persahabatan sejati lahir daripada hati yang bersih, tanpa syarat, dan penuh dengan kejujuran.

Ads

Setiap Hari Kawan Baik Ziarah Pusara Abdul Fatah, Gambar Ketiga Paling Menyentuh Hati Setiap Hari Kawan Baik Ziarah Pusara Abdul Fatah, Gambar Ketiga Paling Menyentuh Hati

Kisah Abdul dan Qarnain ini wajar menjadi renungan untuk kita semua. Kasih sayang yang suci di usia kanak-kanak adalah cerminan nilai persahabatan sebenar. Moga Abdul ditempatkan di syurga, dan Qarnain membesar menjadi anak soleh yang membahagiakan keluarga.

 

Sumber: abifattah

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

NASOM Perkenal Logo Baharu: Langkah Inspirasi Perkukuh Sokongan Anak Autisme &...

NASOM perkenal logo baharu sebagai simbol komitmen memperkukuh sokongan dan advokasi buat anak autisme serta keluarga di seluruh Malaysia.