Bukan mudah mengandungkan anak kembar, apatah lagi bagi ibu yang berbadan kecil. Bagi penyanyi Ainan Tasneem, kandungan kembarnya yang semakin membesar membuatkan dia semakin berjaga-jaga.
Katanya menerusi instagram miliknya, dek kerana kandungannya yang sudah pun memasuki usia tujuh bulan ditambah dengan kandungan yang semakin sarat, dia mula merasa sakit pinggang dan belakang tubuhnya.
“Disebabkan twins makin membesar, perut pun makin memberat. Memang terasa sangat pressure lagi-lagi dekat pelvis area.
“Dulu time Salsabiela tak terasa sangat, tapi mungkin sebab ni 2 baby sejak kandungan 5 bulan lagi dah terasa. Sakit sangat sampai everyday sakit pinggang dan belakang,” katanya berkongsi.
Disebabkan itu, Ainan terpaksa mengenakan tali pinggang sokongan khas buat ibu hamil untuk menyokong berat kandungannya. Dan kini barulah penyanyi yang popular dengan lagu Aku Suka Dia ini rasa makin lega dan selesa.
“Tapi Alhamdulillah syukur ada ergonomic pregnancy support belt ni. Sangat membantu.
Ads
“Bila pakai perut rasa sedikit ringan, rasa macam ada tangan yang tampung perut kita. Nak bergerak ke mana-mana pun jadi mudah,” katanya lagi.
Dalam pada itu, menerusi satu entri berlainan di instagram, Ainan rupanya sudah pun menyiapkan pakaian dan kelengkapan lain untuk bayi kembarnya yang bakal lahir kelak.
Ads
“Pakaian untuk twins rasanya dah 100% ready, Alhamdulillah,” katanya yang turut berkongsi gambar pakaian buat bayi kembarnya. Semuanya sudah siap disusun cantik di rak pakaian.
Terdahulu Ainan Tasneem mendirikan rumah tangga bersama Mohammad Ariffudin Mohammad Swaimi pada tahun 2017. Mereka kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Sasabiela pada 2 Mac 2018.
Tekanan yang membelenggu ditambah dengan kerja dan tanggungjawab saban hari membuatkan ibu hamil sering mengalami sakit kepala yang terlampau. Malah ada juga yang mengalami migrain. Pun begitu, larangan mengambil ubat untuk meredakan sakit kepala ini semakin membuatkan ibu hamil merasa tertekan.
Pun begitu, menurut Dr Maiza Tusimin, Consultant Obstetrician & Gynecologists, Fertility Specialist daripada Prince Court Medical Centre menjelaskan mengenai hal ini agar ibu hamil tidak merasa lebih tertekan ketika sakit kepala.
Paracetamol atau lebih dikenali sebagai Panadol atau Uphamol adalah antara ubat yang dikategorikan sebagai selamat untuk wanita hamil, jika diambil dalam dos yang terkawal.
Food Drug Administration (FDA) mengklasifikasikan paracetamol tergolong dalam ubat kategori kehamilan A iaitu ubat yang paling selamat untuk ibu hamil yang tidak memberikan kesan buruk kepada janin dan ibu hamil itu sendiri.
Indikasi penggunaan Paracetamol adalah sebagai analgesik (ubat penahan sakit) dan antipiretik (pengurang demam). Paracetamol digunakan untuk melegakan sakit yang disebabkan oleh: sakit kepala, sakit gigi, sakit disebabkan oleh artritis, sakit otot, osteoarthritis dan senggugut.
Paracetamol adalah selamat dan berkesan untuk menurunkan suhu badan yang tinggi akibat demam sekiranya diambil dalam kuantiti seperti yang disyorkan. Dos maksima yang disarankan adalah 4 gram sehari iaitu dengan pengambilan 500mg -1 gram setiap 6 jam sehari.
Walaupun Paracetamol selamat digunakan oleh ibu hamil untuk tujuan pengubatan kendiri, namun ibu harus segera mendapatkan pemeriksaan doktor sekiranya suhu badan mencecah 38 darjah celsius. Ini adalah kerana ibu hamil terdedah kepada risiko penyakit yag lebih teruk berbanding wanita yang tidak hamil.
Sekiranya sakit kepala juga berlanjutan setelah mengambil paracetamol, ibu juga harus segera berjumpa doktor kerana dikhuatiri sakita kepala disebabkan oleh penyakit lain yang lebih serius seperti preeklamsia.
Kesan Sampingan
Paracetamol adalah ubat yang selamat jika diambil dalam dos yang disyorkan. Pastikan anda tidak mengambil lebih dari satu persediaan yang mengandungi paracetamol pada satu-satu masa. Periksa label ubat yang diambil bagi mengelakkan anda mengambil dos yang berlebihan.
Kebanyakan pesakit yang mengambil paracetamol tidak mengalami sebarang kesan sampingan. Walaubagaimanapun, pengambilan paracetamol secara berterusan atau pengambilan melebihi daripada dos yang disyorkan boleh menyebabkan kerosakan hati.
Ibu perlu segera berjumpa doktor sekiranya mengalami gejala kerosakan hati seperti loya dan muntah yang kerap, mata dan kulit kekuningan, air kencing berwarna gelap, sakit perut/abdomen dan kepenatan yang melampau. Rawatan awal adalah penting bagi mengelakkan kerosakan kekal pada hati.
Kejadian alahan juga jarang berlaku dengan pengambilan paracetamol. Antara gejala alahan adalah seperti seperti gatal, ruam, bengkak (muka/lidah/tekak), pening dan susah bernafas.
Kesan kepada bayi
Satu kajian kohort yang di laporkan di International Journal of Epidemiology ke atas 48,631 orang kanak-kanak yang mana ibu telah mengambil paracetamol secara berterusan selama 28 hari atau lebih, mendapati bahawa kanak-kanak ini mengalami sedikit masalah perkembangan dan perangai pada usia tiga tahun.
Walaupun paracetamol selamat dikonsum ketika hamil, tetapi perlu diambil pada dos yang ditetapkan dan hanya dikonsum apabila perlu dan pada jangkamasa yang tidak terlalu lama. Ibu disarankan untuk berjumpa doktor sekiranya demam atau sakit kepala berlarutan.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Selepas memiliki anak lelaki, ternyata impian Elfira Loy untuk dapat anak perempuan untuk kehamilan keduanya dimakbulkan Allah apabila dia berkongsi berita tersebut di instagram. Ternyata doanya selama ini Allah dengar.
Menerusi perkongsian itu, Elfira memberitahu perasaan mengandung kali ini lain macam sikit debarannya. Sebelum ini kalau orang bertanya mengenai jantina anak kedua, pasti akan jawab tak kisah mana-mana pun. Tapi dengan kawan-kawan rapat, mereka tahu saya teringin anak perempuan.
“Sejak Rayyan lahir lagi, saya doa nak anak perempuan tapi tak tahu Allah nak bagi bila. Jadi dua tahun saya doa, nak anak perempuan.
“Kalau ikutkan sebenarnya tak nak tahu pun jantina bayi kali ini sehingga dia keluar tetapi @sarancak lah seolah-olah buat saya macam percaya dengan apa Allah nak bagi.
“Jadi selepas tu, bila janji temu dengan doktor, terus tanya doktor gender bayi dan minta tulis pada kertas.
“Bagi pada keluarga dan kawan-kawan tahu dulu, sebab saya masih takut,” ujarnya.
“Instinct tu ada..”
Kongsi Elfira lagi, sebagai seorang ibu, dia memang dah ada ‘instinct’ dan boleh rasa kali ini mengandung bayi perempuan.
“Sebabnya memang rasa lain sangat bentuknya dari anak pertama. Bukan itu saja, mood lain, cravings lain dan bacaan surah pun lain,” katanya.
Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkahwin dengan Muhd Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019 dan pasangan tersebut dikurniakan dengan cahaya mata sulung, Muhammad Rayyan Khalaf.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan urusan bersalinnya dipermudahkan.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini, pelakon Lisdawati mengumumkan berita kehamilannya. Paling mengejutkan, rupa-rupanya selama ini dia berahsia. Beliau menjelaskan dirinya tidak berniat sedemikian. Seboleh-bolehnya dia berpendirian mahu mengelak orang lain terutamanya kru produksi yang terlibat dalam penggambaran yang dijalani risau tentang dirinya.
Isteri kepada pengarah dan pelakon, Fauzi Nawawi ini berkata dia tidak mahu menyusahkan teman sekerja ketika di lokasi penggambaran. Sudah menjadi tabiatnya tidak mahu orang lain bersusah-payah hanya disebabkan dirinya berbadan dua.
“Saya tak berniat nak sorok kehamilan. Saya cuma tak mahu orang risau. Sebenarnya sewaktu usia kandungan tiga bulan, saya ditawarkan berlakon dalam drama Mr. Grey dan kemudian drama Makmum Yang Paling Aku Cinta. Saya terima tawaran itu dan tidak memberitahu pihak produksi saya hamil kerana tidak mahu mereka akan fikir saya penat atau tidak boleh beri komitmen sedangkan saya mampu bekerja.
Lagipun watak saya sebagai ibu, tak perlu memakai baju yang mengikut bentuk badan. Jadi saya cari baju bersaiz besar, sesuai dengan watak saya. Ada juga kru yang menegur. Mereka fikir saya sekadar mengalami perubahan fizikal yang biasa. Ketika itu saya mengiyakan kata-kata mereka dan beri alasan mahu sesuaikan dengan watak. Alhamdulillah, saya boleh jalani penggambaran kedua-dua drama sehingga selesai dengan lancar dan tiada masalah.
Kalau tengok saiz kandungan, memang kecil. Ketika menjayakan penggambaran drama Mr Grey dulu, kru produksi tak sedar pun saya sudah pun hamil trimester pertama. Bukan apa, bersandarkan pengalaman lalu, rata-rata kru sangat prihatin sampai saya naik segan.”
Dia mengakui dirinya kekal bertenaga sepanjang hamil.Tambahnya lagi, dia juga masih aktif melakukan aktiviti lasak seperti berbasikal namun semuanya dibuat mengikut nasihat doktor.
Tiga minggu lalu, Lisdawati berbasikal sejauh 10 kilometer di Putrajaya. Baru-baru ini, Lisdawati diundang Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) menjayakan program My Town Night Ride bersama Mike Bikes di ibu negara.
“Sebelum berbasikal, saya pastikan ciri keselamatan dipatuhi. Seronok dapat meneroka lokasi menarik termasuk Dataran Merdeka dan Bukit Nanas. Semasa kandungan saya empat bulan, saya pernah jayakan acara Hari Wanita dan berjaya berkayuh sejauh 10 kilometer di Putrajaya.
Jangan risau sebab saya dapatkan nasihat daripada doktor sebelum melakukan aktiviti ini dan setiap kali selesai aktiviti, saya akan terus ke hospital untuk melakukan pemeriksaan. Alhamdulillah, kata doktor bayi saya aktif.” katanya.
Lisda yang sekarang sudah berehat daripada aktiviti lakonan dan dijangka bakal melahirkan cahaya mata keempatnya iaitu bayi lelaki selepas Hari Raya Aidilfitri.
Sumber: BH Online dan MyNewsHub
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!