“Setiap Kejayaan Suami, Adanya Isteri Di Belakang Yang Sentiasa Membebel” – Suami Yana Samsudin

Share

Suami mana yang tak sayangkan isteri walaupun isteri kuat membebel. Memang lumrah kalau golongan isteri kuat membebel, jika isteri tak membebel sehari memang tak sah. Tapi hati-hati ya suami, bila isteri mula diam lebih parah keadaanya. 

Baca Selanjutnya:

Melalui perkongsian suami kepada pelakon, Yana samsudin iaitu Fadzil Zahari, dia memuatnaik sekeping gambar selfie yang mana memperlihatkan mimik muka Yana seolah sedang membebel dan marah.

Kepsyennya yang bersahaja “Setiap kejayaan seorang lelaki, ada seorang wanita di belakangnya yang sentiasa membebel itu dan ini” telah mendapat perhatian ramai.

Setiap kejayaan seorang lelaki,
ada seorang wanita di belakangnya yang sentiasa membebel itu dan ini

Percayalah depa ni membebel untuk kebaikan, tak pernahnya di bebelkan sesuatu yang akan memudaratkan suaminya

Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat suami Yana. Namun golongan yang bersetuju yang dilihat meninggalkan komen hanyalah golongan wanita sahaja.

Betuii

Membebel anggap la dia menyanyi lagu yang merdu

Tapi orang laki susah nau nak dengar

Bebel yang berfaedah

Sumber: Fadzil Zahari

IKLAN