Shila Amzah Dedah Warisi Talasemia, Doktor Nasihat Tak Mengandung Dan Czer Lagi!

Share

Penyanyi terkenal, Shila Amzah, baru-baru ini berkongsi tentang keadaan kesihatannya yang mungkin tidak ramai tahu, iaitu dia merupakan pembawa talasemia, sejenis penyakit berkaitan darah. Pendedahan mengenai Shila Amzah talasemia ini sekali gus menarik perhatian ramai kerana ia melibatkan faktor genetik dan kesedaran kesihatan yang sering dipandang ringan.

Menerusi satu hantaran di Threads, pelantun lagu Patah Seribu itu mendedahkan bahawa dia hanya mengetahui mengenai kondisi tersebut selepas menjalani pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh. Perkongsian itu dibuat ketika dia menjawab satu isu berkaitan talasemia dalam kalangan wanita hamil yang sedang dibincangkan oleh pengguna media sosial.

Mewarisi Dari Keluarga Sebelah Bapa

Menurut Shila, dia sebenarnya mewarisi talasemia jenis beta daripada sebelah bapanya. Pada awalnya, dia tidak menyedari keadaan tersebut, namun selepas mendapatkan penjelasan daripada doktor, barulah segala persoalan terjawab, terutama berkaitan paras hemoglobin (Hb) yang sangat rendah dalam tubuhnya.

“Sama. Ia genetik talasemia beta yang diwarisi daripada pihak keluarga sebelah bapa. Selepas menjalani pemeriksaan penuh dengan doktor, barulah saya faham kenapa paras hemoglobin saya sangat rendah, sekitar 7 g/dL,” kongsinya.

Kesan Kesihatan Selepas Kehamilan

Shila turut mengakui bahawa dia mula merasakan perubahan ketara pada tahap kesihatannya, terutamanya selepas melalui dua fasa kehamilan. Antara simptom yang sering dialami adalah rasa hampir pitam yang semakin kerap berlaku.

“Tapi Sha boleh merasakan perubahan pada keadaan kesihatan, yang mana simptom seperti rasa hendak pitam semakin kerap berlaku selepas dua kali kehamilan. 

“Kedua-dua kelahiran tersebut juga melibatkan pembedahan kecemasan (Caesarean). Oleh itu, doktor telah menasihatkan untuk tidak lagi hamil untuk kali ketiga,” titipnya.

Tambahnya lagi, kedua-dua proses kelahiran anaknya juga melibatkan pembedahan kecemasan Caesarean. Disebabkan faktor kesihatan tersebut, doktor telah menasihatkan agar dia tidak lagi hamil pada masa akan datang demi keselamatannya.

Kepentingan Saringan Talasemia Sebelum Kahwin

Apa yang menarik, Shila juga mendedahkan bahawa sebelum menjalinkan hubungan serius dengan suaminya, Ubai, dia telah terlebih dahulu bertanya mengenai status talasemia pasangannya. Baginya, perkara ini sangat penting untuk diketahui lebih awal kerana ia melibatkan faktor genetik dan risiko kepada zuriat.

“Ini perkara pertama saya tanya kepada Ubai. Ubai, awak ingat lagi tak sayang? Saya pula pembawa talasemia,” ujarnya.

Langkah yang diambil oleh penyanyi ini berkaitan talasemia beta wajar dijadikan contoh oleh pasangan lain. Saringan awal dapat membantu mengelakkan risiko anak mewarisi talasemia yang lebih serius.

Kesedaran Awam Tentang Talasemia

Perkongsian jujur Shila Amzah ini bukan sahaja membuka mata ramai, malah meningkatkan kesedaran tentang kepentingan saringan kesihatan, khususnya berkaitan talasemia, lebih-lebih lagi dalam kalangan pasangan yang merancang untuk berumah tangga.

Menarik: Amira Othman Sah Hamil 7 Bulan, Bakal Bersalin Jun Nanti! 

Sumber: Sinar Plus

 

Published by
SRM