Usahawan dan pelawak sensasi, Shuib Sepahtu mendedahkan sudah berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah bersama isteri dan anak-anaknya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shuib di Insta Storynya, bapa kepada empat cahaya mata ini juga turut memohon doa agar perjalanan ibadahnya bersama keluarga dipermudahkan.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad turut dia memohon maaf kepada semua sekiranya dia melakukan kekhilafan sepanjang mengenalinya selama ini.
Jelas Shuib, dia hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada dosa dan meminta kepada orang ramai mendoakan agar urusannya dalam mengerjakan umrah dipermudahkan.
Ads
“Assalamualaikum, kami sekeluarga telah berangkat ke Kota Suci Makkah bagi menunaikan Ibadah Umrah.
“Maaf andai ada salah silap dari kami, terkasar bahasa, terguris rasa sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak.
Ads
“Mohon doakan agar segalanya dipermudahkan buat kami sekeluarga sepanjang berada di Tanah Suci,” tulisnya.
Melalui satu entri di Instagramnya, Shuib dan isteri serta anak-anaknya turut bergambar kenangan dengan busana sedondon serba kelabu.
Semoga perjalanan suci Shuib dan anak-anak dipermudahkan.
Lumrah anak kecil yang sentiasa bermain, anak kesayangan pasangan selebriti, Fazura dan Fattah Amin juga tidak kurang menghiburkan wargamanya.
Mana tidaknya, terlebih kreatif, Fatima yang petah berkata-kata ini mengenakan gincu bibir ke mukanya seperti foundation atau bedak asas.
Aksi comel itu dikongsikan Fazura menerusi akaun rasmi Instagram keluarga itu, @fattzuralovelife.
Paling menarik pastinya telatah Fatima yang begitu pantas walaupun ditinggal sekejap oleh Fattah.
“Ni lah kejadian bila tinggal anak dengan bapak bapak kan?
“Kejap je daddy dia mandi, lepas tu lihat lah apa terjadi ya.
“Habis sebatang lipstick dia jadikan foundation,” kongsinya.
Aksi comel Fatima sudah semestinya mendapat perhatian ramai malah memuji anak kecil itu yang pandai meniru aksi solekan atau bersiaran secara langsung atau ‘live’ seperti yang selalu dilakukan ibunya. Memang comel.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Mereka bukan sekadar penumpang mereka adalah anak, sahabat, bakal guru pembawa harapan bangsa. Tapi dalam sekelip mata, semuanya diragut dalam tragedi yang tak terjangka. Bas yang sepatutnya membawa mereka pulang, akhirnya membawa sebahagian daripada mereka kepada titik akhir kehidupan.
Sesungguhnya ajal dan maut itu adalah ketentuan Ilahi. Siapa kita untuk menafikannya. Difahamkan bahawa seramai 44 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah memberikan nama untuk menaiki bas berkenaan. Namun, dua daripada mereka dikatakan tidak berbuat demikian, menjadikan jumlah penumpang ketika kejadian hanya seramai 42 orang.
Menceritakan pengalaman seorang penuntut yang tidak menaiki bas tersebut, dia yang dikenali sebagai Alia meluahkan rasa terkejut dan sedih selepas menerima berita tragis mengenai kemalangan yang melibatkan rakan-rakan universitinya.
“Sekitar jam tiga pagi saya dikejutkan dengan berita bahawa bas yang membawa rakan-rakan terlibat kemalangan, sepatutnya saya juga menaiki kenderaan berkenaan.
“Memang terkejut, terkedu mendengar rakan-rakan terbabit dengan kemalangan. Malah, ramai juga menyangka saya berada dalam bas itu memandangkan nama saya ada,” katanya.
Menurut laporan media tempatan, Alia sepatutnya menyambut Hari Raya Aidiladha di Setiu, Terengganu dan dijadualkan pulang bersama-sama rakan-rakannya dengan menaiki bas yang sama.
Namun, Alia membuat keputusan untuk mengubah perancangan dengan pulang ke kampus lebih awal dan menyambut Hari Raya Aidiladha di tempat pengajian, sekali gus menyelamatkan dirinya daripada tragedi yang tidak diduga itu.
“Saya sepatutnya menyambut Aidiladha di Setiu, Terengganu dan akan pulang dengan menaiki bas bersama-sama malam tadi, namun saya ubah perancangan untuk pulang ke kampus lebih awal.
“Namun, pagi ini ramai yang menghubungi kerana menyangka saya juga berada dalam bas,” katanya.
Alia yang juga pelajar tahun pertama itu berkata, kesemua mangsa yang berada dalam bas berkenaan berasal dari Besut dan Setiu, Terengganu.
Terdahulu, SinarPlus melaporkan bahawa seramai 15 pelajar universiti terbabit disahkan maut dalam satu kemalangan tragis yang melibatkan sebuah bas dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain rasa masakan yang sedap, salah satu tip untuk menjadikan makanan yang kita sediakan untuk anak-anak haruslah berkat. Bermula dengan bahan mentah yang dibeli oleh si ayah sehinggalah ketika proses ibu memasaknya. Rahsia air tangan ibu selain kepakaran menyediakan hidangan yang enak adalah amalan yang dibuatnya semasa di dapur.
Semasa ibu memasak, ibu boleh memohon kepada Tuhan segala apa yang dihajati melalui masakan yang akan dihidangkan kepada suami dan anak-anak. Inilah masa yang sesuai untuk membacakan doa dan zikir pada masakan.
Malah pesanan mak-mak kita dulu katanya, ‘air tangan ibu sangat berkuasa untuk mengikat kasih sayang anak-anak dan juga suami. Oleh, jika anak isteri yang bekerjaya dan sibuk , ibu-ibu tetap kena curi masa memasak untuk ahli keluarga.
Menyedari betapa berkesannya air tangan, anda yang bergelar ibu perlu ambil peluang menggunakan waktu memasak untuk mencipta kesejahteraan fizikal dan mental keluarga. Malah memberi suapan kepada mulut anak dengan tangan membawa kesan yang mendalam kepada diri anak.
Memang tidak ada kajian saintifik yang menjelaskan kehebatan air tangan seorang ibu, tetapi ia boleh dijelaskan melalui kaedah rohaniah.
11 ZIKIR DAN DOA SEMASA MEMASAK YANG BOLEH DIAMALKAN OLEH IBU-IBU
2.Doa masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang bermaksud “ Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”
3.Doa mengambil beras iaitu surah An-Nahl ayat 96 yang bermaksud “ Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”
4.Doa simpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.
5.Doa memotong sayur atau daging iaitu surah Al-Baqarah 71 yang bermaksud “Musa berkata: “Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya”. Mereka berkata: “Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya”. Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.”
6.Doa memotong sayur ialah surat Al-Kautsar 1–3 yang bermaksud “Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.
7.Doa meletak kuali atas dapur ialah surah Al-Baqarah 137 yang bermaksud “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
9.Waktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanan ke kiri. Itu sunnah Rasulullah.
10.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud “ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.
11.Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak.
Moga ibu-ibu muhasabah diri untuk memasak buat ahli keluarga. Dengan air tangan ibu-ibu yang penuh kasih sayang semasa memasakan serta disulami zikir dan doa akan menjadikan akhlak anak-anak terpuji. Doa dan zikir ini juga boleh dipraktikkan kepada suami supaya rumah tangga harmoni dan penuh kasih sayang.