
Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Watie Hanifiah selamat melahirkan puteri sulung mereka, semalam. Perkhabaran gembira, Shuib Watie timang anak perempuan ini terus menarik perhatian ramai peminat serta rakan artis.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 42, memaklumkan isterinya selamat melahirkan seorang bayi perempuan tepat jam 3.47 petang.
“Alhamdulillah, Isnin, 6 April 2026, tepat pukul 3.47 petang lahirnya Puteri Daddy dan Mummy.
“Terima kasih sayang, jadi seorang wanita yang sangat luar biasa! Alhamdulillah semuanya cukup senang dan dipermudahkan,” tulisnya.
Sementara itu, Shuib turut meluahkan rasa syukur atas perancangan Allah selain berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan mereka sekeluarga.
“Perancangan Allah luar biasa, kita reda, kita tawakal dan bersyukur selalu. Terima kasih yang mendoakan kami sekeluarga. Selamat datang #ajz,” tulisnya lagi.
Perkongsian tersebut jelas menunjukkan betapa besar rasa syukur Shuib atas kurniaan rezeki ini.
Menjengah ke dalam ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Ramai yang meluahkan rasa gembira melihat kebahagiaan Shuib bersama isteri dan anak-anaknya.
Untuk rekod, Watie pernah mengalami keguguran pada 11 Mei tahun lalu. Peristiwa tersebut menjadi satu ujian besar buat pasangan ini.
Kini, kelahiran ini menjadikan momen kelahiran cahaya mata sulung ini lebih bermakna buat mereka.
Terdahulu, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023 dan kehidupan mereka sering menjadi perhatian umum. Shuib menerusi perkahwinan bersama Allahyarham Siti Sarah Raisuddin dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 14, Dzahira Talita Zahra, 12, Ariq Matin, 9 dan Ayash Affan, 5.
Dengan berita Shuib, Watie timang anak perempuan, kini keluarga Shuib semakin bertambah besar dan lengkap. Makin bertambah meriah!