Shukri Yahaya Nyanyikan Lagu Puasa, Khas Untuk Ameena. Memang Saja Nak Kacau Anak Betullah!

Share

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon kacak yang berbakat, Shukri Yahaya? Dikurniakan dua orang anak yang comel, figura ini dilihat sangat menyayangi keluarganya. Anak sulungnya, Aira Ameena juga rapat dengan Shukri.

Artikel Menarik: [“Tahniah Ayah dan Mak Iti, Alhamdulillah Baby Sihat & Comel.” Asyraf Khalid Teruja Dapat Adik Lelaki]

Terbaharu, melalui sebuah perkongsian di laman Instagram menunjukkan bapa mithali ini mnegusik anak perempuannya itu. Dalam video tersebut, salah seorang ahli keluarga Shukri bertanya adakah Ameena berpuasa atau tidak.

Yang lucunya adalah reaksi dari Shukri. Dia telah menyanyikan sebuah lagu yang ditujukan khas buat anak sulungnya itu. Mendengarkan lirik lagu yang ditukar, Ameena juga nampak seperti malu-malu.

Jom tengok video lucu ayah dan anak ini :

Video yang mendapat tontonan sehingga hampir 64,000 ini ternyata mengusik hati warga maya. Ada juga yang meninggalkan komen mengatakan Shukri seorang yang nakal kerana mengusik anaknya begitu.

Artikel Menarik: [Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak. Ini Apa Yang Boleh Dibuat]

 

Anak Shukri masih kecil lagi. Mungkin setahun dua lagi bolehlah latih untuk mula berpuasa. Shukri pun saja-saja mengusik, lagu yang dinyanyikan juga sekadar hiburan untuk ahli keluarganya.

Sumber: shaheira9521

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN