Siapa tak sayang anak kan? Kalau boleh memang kita nak manjakan dia sampai dia besar. Ya Allah, sayang sangat kalau boleh nyamuk pun tak nak bagi hinggap!
Atas dasar sayang sangat ni lah kadang-kadang kita ‘tersalah’ didikan. Macam mana tu? Anak ni jalan terkedek-kedek ada hati berlari tuu, memang asyik jatuh, dan jatuh, dan jatuh.
Kadang terlanggar batu, kadang terlanggar sofa.. Pernah tengok tak.. bila anak jatuh dan nangis, maknya marah,
“Eh!!! Biasa ni kerusi ni buat adik jatuh! Meh mama babap dia! Meh adik babap kerusi!”
NO!!! JANGAN!!! PLEASE NO!
Perbuatan seperti ini memang mampu menghentikan tangisan anak namun secara tak langsung kita memberi didikan ‘sentiasa menyalahkan orang lain atas kejatuhan kita’.
Ads
Anak akan terdidik dengan rasa, menyalahkan persekitaran hatta kerusi atau batu sekalipun!
Jangan biarkan anak kita terdidik dengan jiwa yang lemah seperti ini please….Sebaliknya, bila anak jatuh.. datang segera dan lihat keadaan lukanya. Jika tak serius, ajar dia untuk bangun sendiri dan katakan, “Wowww kuatnyaaa adik! Power lahh boleh bangun!”
Ajar dia untuk basuh jika adanya luka. Pesan terus kepada dia, “Lain kali, hati-hati tau. Tengok sekeliling ok?”
Ads
Pesanan ini mendidik anak untuk sentiasa waspada/alert dengan sekeliling. Perkara seperti ini nampak remeh tapi inilah didikan yang tertanam di jiwanya hingga dewasa. Di dunia serba mencabar sekarang, kita perlu didik anak kita berjiwa kental, fizikal yang lasak. Tapi itu bukan alasan untuk kita tak pedulikan hal ehwal anak kita pula!
Kurangkan menghadap skrin walaupun musim PDPR ya.. sebab skrin ni ‘mencuri’ alertness dan fokus anak-anak kita. Jadi, jika dah seharian menghadap skrin.. berikan mereka aktiviti fizikal yang lasak.
Main hujan…memanah..ajak cuci rumah, berus kerusi… Berkebun. Sangat penting untuk anak sentiasa engaged dengan alam semulajadi. Lepas ni, kita jadi POM POM TEAM untuk anak kita ya! Anak kita sebenarnya jauh lebih kuat dari yang kita sangkakan tau! Yang penting pastikan mereka dalam keadaan yang selamat InsyaAllah
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjelang hari raya, pasti yang paling seronok ialah anak-anak. Yelah, duit raya pasti menjadi perhatian anak-anak berbanding makanan. Ketika ini lah anak-anak akan sibuk mengira hasil duit raya.
Ibu bapa jangan terlalu cepat memaksa anak menabung. Pastikan dia kenal tentang nilai wang tersebut. Ajar mereka bagaimana menguruskan wang dahulu dan kemudian mereka akan faham apa itu konsep menabung. Konsep ini bukan hanya pada hari raya sahaja tapi yang utama sepatutnya dilakukan pada hari biasa. Ikuti perkongsian Puan Shanaa bagaimana dia mengajar anak tentang nilai wang dengan menggunakan duit belanja persekolahan.
JANGAN ajar anak menabung…… it is a big NO NO!
Selagi dia tak faham erti value. Ibarat suruh org yang tak mengantuk untuk tidur. Dia liat nak buat.
So, ajar dia nilai duit dulu. I give umar RM2 per day each day dia pergi sekolah. Sabtu ahad tak dapat, MC atau ponteng tak dapat.
Beli Guna Duit Sendiri
Everytime keluar, pergi mall, restaurant, petronas, bawak duit tu. Belikan wallet, saya beli wallet mickey tu dia kedai ECO RM2 sahaja. So, apa2 yang dia minta. Suruh dia guna duit dia. Ajar dia mcm mana nak tgk price tag.
Cth: RM5.50, saya akan cakap 5 keping. So dia kira 5 keping.
Akhirnya Anak Akui Kena Menabung
Apa yang membuatkan saya terkjut. Dia boros, suprise egg kinder , choki2, twiggies, u name it, one day dia termenung. I tnya kenapa umar? Dia jawab duit dia dah nak habis. KENA MENABUNG ni mama , jangan membazir . Allah! Dia faham nilai dan value duit. Dan menabung dgn sendiri tanpa i paksa terpekik. Budak 4 tahun dah faham, u want somthing you have to earn it. Kalau dia request untuk guna duit u instead. Bawak beg duit extra. Beg duit kosong. Tunjuk kat dia duit kta habis. Anak kecik kurang faham dgn audio, dia lebih faham visual. Dia tgk, dia faham.
Dia Mula Tak Minta Apa-Apa
2 mggu kami keluar dia tak minta apa2. Terkatup rapat mulut. Tiap2 hari belek wallet dia. Hehehhehe. Mggu ke tiga dia beli cheezy wedges untuk mama! Terharu nyaaaa! Kumpul duit untuk mama rupanya!
BUT! Only bg duit time dia nk g sekolah. Biar dia fhm kiter pergi keje cari duit, untuk belanja beli brg keperluan. Chores, kerja rumah. Jgn ajar upah, sbb itu adalah tggjwb. Buat dgn FREE and ikhlas. Sbb tkut anak jadi money oriented. Sikit2 mintak duit.
Sekian dari saya.
Kredit: Shanaa Amirah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada banyak cara dan teknik mengajar anak-anak kita, nak tiru cara atok nenek kita pun boleh tak salah tapi pertimbangkan juga adakah betul jika kita tiru buta-buta, bulat-bulat tanpa ambil kira perbezaan zaman dan intelektual anak masa kini.
4 Kategori Ibu Bapa Asia
1️⃣Bengis
Dalam fikiran ibu bapa ini anak kena tahu takut barulah senang nak ajar. Caranya mengajar anak dengan muka garang, bengis dan tak senyum. Sekali jeling je anak terus kecut perut. Ini cara nenek moyang katanya. Kesannya anak jadi terlalu takut untuk bercakap jika ada kecemasan/masalah lepas tu ibu bapa adalah orang terakhir yang akan tahu.
2️⃣Serius
Selalu serius tak pernah main-main bila ajar anak. Anak pun tahu bila ayah nak mengajar tak boleh bergurau, tak boleh main-main mesti serius. Anak pun lama-kelamaan hilang sifat kebudak-budakan. Terpaksa mendewasakan diri walaupun belum sunat. Anak pandai berdikari tapi tak terganggu emosi nya. Sangat kurang empati dalam diri.
3️⃣Manja
Terlalu risau pasal keselamatan, keselesaan dan kesihatan anak sehingga termanjakan anak dalam semua perkara. Apa sahaja anak minta terus di beri, apa sahaja anak cakap terus percaya, anak jadi layu, kurang bersemangat dan tiada ‘self worth’. Tiada keyakinan dan keberanian untuk buat sesuatu jika ibu bapa tak bantu.
4️⃣ Sayang
Ada masa serius, ada masa bengis dan ada masa manja. Kerana sayang ibu bapa paksa diri kawal emosi sendiri supaya tidak keterlaluan semasa mengajar. Anak-anak dapat belajar dengan gembira dan emosi mereka terpelihara dari luka yang serius.
Garam sekarang tak sama masin dengan garam dulu, sekarang pun banyak masakan tak guna garam. Takut kena darah tinggi.
Yang berkesan dulu tak semestinya akan berkesan sekarang, tapi ilmu sentiasa evergreen walau pun dah beratus tahun. Rajinkan lah belajar cari ilmu mendidik supaya anak kita terdidik tanpa tercedera emosi.
Saya selalu jadi budak-budak masa mengajar annur rania supaya ada keserasian dan kesefahaman semasa mengajar.
Tanpa sedar, perasaan dan emosinya terjerut yang kemudiannya akan menjadi punca kepada berontaknya jiwa mereka. Susunan kelahiran boleh memberi kesan kepada anak-anak anda terutamanya anak kedua atau di tengah.
Sindrom anak kedua atau anak tengah adalah masalah besar pada kanak-kanak hingga ada yang mengatakan anak kedua sering menimbulkan masalah dan buat perangai.
Menurut pakar psikologi Kevin Leman dama bukunya, The Birth Order Book,anak tengah adalah anak kedua yang dilahirkan dalam keluarga lebih daripada dua adik beradik. Ada kala, anak tengah merasa kekurangan dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan perhatian ibu mama dan papa. Antara gejalanya ialah;
Anak tengah mungkin tidak ada rasa “memiliki” kepada keluarga seperti anak-anak lain. Dia rasa dia perlu berjuang untuk lebih untuk dekat dengan keluarga kerana berasa diabaikan dan ‘tidak diingini’. Kadang-kadang, anak tengah juga merasakan dihimpit di antara adik-beradik yang lain. Dia rasa tiada ruang untuk dirinya di dalam keluarganya!
Cara atasi: Mama dan papa perlu memberikan perhatian. Selalu ajaknya bermain dan ucapkan penghargaan dan memuji mereka agar mereka tidak terpinggir.
2.Rendah diri
Anak kedua atau pertengahan selalu merasakan bahawa dirinya tidak diingini dan mungkin mempunyai harga diri yang sangat rendah. Malah lebih buruk lagi, si kecil membina rasa “tidak diperlukan” dalam dirinya hingga boleh menjejaskan emosinya sehingga dewasa. Hal ini mempunyai kesan yang serius kepada pembangunan keseluruhannya. Dia akan mengalami perasaan rendah diri dalam proses pembesarannya. Keyakinan dirinya juga mungkin tipis kerana perasaan yang terlepas pandang oleh mama dan papanya
Cara atasi: Jangan membandingkan mereka dengan adik-beradik lain dan cari jalan untuk mengawal tindak balas anak kepadanya supaya dia berasa seiring dengan anda.
3.Suka menyendiri
Selalunya mereka lebih cenderung menyendiri dalam apa-apa aktiviti serta mempunyai personaliti introvert atau tidak suka bersosial. Mereka merasa seperti orang luar dalam keluarga. Oleh sebab itu mereka suka melakukan semua perkara sendiri seperti memakai pakaian sendiri, makan sendiri atau bermain sendirian. Suka menghabiskan masa dengan bersendirian kerana berasakan tiada orang mengendahkan dirinya. Dia cuba untuk mencipta dunianya sendiri dan berdikari.
Cara atasi: Adakan waktu khas untuk mama atau papa dengan dia si anak tengah. Luangkan masa untuk bermain bersama-samanya. Main peranan masak-masak atau sekadar membaca bersama-sama. Mama juga boleh mengajaknya keluar berdua sahaja tanpa membawa adik-beradik lain. Katakan hari ini girls day out!
4.Kecelaruan
Kanak-kanak yang menghidap sindrom kedua juga tidak jelas arah tuju. Terdapat banyak kekecewaan di dalam diri mereka dan mereka berjuang untuk mencari arah yang sebenar kehidupan mereka. Mereka tidak selesa untuk berhubungan rapat dan bermesra dengan ibu bapa dan adik-beradik mereka. Ada juga keadaan anak tengah lebih rapat dengan kakak atau abang berbanding ibu dan ayahnya sendiri! Kebanyakan mereka yang mengalami sindrom ini mempunyai risiko kecelaruan untuk menentukan minat, menyalurkan bakat serta tiada arah tuju.
Cara atasi: Mereka mahukan perhatian anda dan kata-kata perangsang. Pandulah potensi dan bakat dirinya kepada bidang yang bersesuaian agar dia boleh melihat jelas masa depannya.
5.Keras kepala dan buat perangai
Selalunya, anak kecil akan percaya apa yang dikatakan oleh ibu dan ayahnya dan benar-benar bergantung kepada kedua-duanya. Tetapi tidak bagi si manja yang mengalami sindrom anak pertengahan ini. Mereka yang sudah menanamkan perasaan diabaikan dan tidak disayangi dalam dirinya berasa sukar untuk mempercayai dan mendengar kata-kata orang lain. Ada kalanya mereka ini cenderung untuk keras kepala dan enggan mendengar pendapat orang lain.
Cara atasi: Sementelah dirinya dirasakan terabai, kata-katanya juga enggan didengari. Tidak adil bagi si kecil ini. Justeru, biarkan si kecil meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Biar dia merasakan dirinya ‘didengari’. Mintalah pendapatnya dalam apa-apa hal secara spontan. “Apa pendapat kakak kalau ibu pakai baju ini dengan seluar ini?” atau “Abang rasa kita perlu atau tidak bersihkan sangkar kucing kita? Dah kotor ke? Cuba Abang tengok?”.
TIP TANGANI AWAL SINDROM ANAK TENGAH
Sindrom anak kedua ini memanglah kelihatan tidak berbahaya namun dalam jangka masa panjang ia boleh menjejaskan emosi dan psikologi si anak. Hal ini memanglah mencabar dan perlukan inisiatif dan tanggungjawab dari ibu dan ayah. Berikut adalah perkara yang boleh untuk menangani tanda-tanda awal sindrom ini.
a)Bersikap adil
Berikan sama rata apa jua barang atau hadiah kepada si manja dan adik- beradiknya. Misalnya untuk hadiah hari jadi si abang mendapat kamera digital manakala adiknya mendapat sebuah basikal baru manakala bagi dirinya hanyalah sebuah buku. Ini jelas tidak adil untuk si anak tengah!
b)Luangkan masa untuk setiap anak
Cuba ingati masa yang anda luangkan untuk setiap anak, adakah seimbang adakah adil? Jika merasakan ada anak yang ketinggalan dalam meraih perhatian anda, maka lebihkan fokus dan masa anda kepadanya untuk tempoh tertentu.
c)Beri perhatian
Misalnya si kecil bercerita kepadanya yang dia berasa sunyi dan ingin memasak atau bermain dengan anda. Ini tandanya dia perlukan perhatian anda. sesuaikan dengan keadaan anda. Biarkan dia membantu anda memasak kerana sekurang-kurangnya anda dan dia dapat meluangkan masa bersama-sama.
d)Bijak guna masa
Masa terhad di rumah menjadi kekangan untuk anda memberikan perhatian kepada setiap anak. Manfaatkan masa di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke tadika atau semasa makan untuk bertanya tentang perkembangan terkini dirinya. Misalnya tentang apa yang dia makan di sekolah, kawan rapatnya hadir ke sekolah atau tidak dan sebagainya. Hal ini menunjukkan anda berminat kepada dirinya dan dia rasa tidak terabai.
e)Cuba empati
Letak diri anda pada kedudukan anak. Dengan ini anda boleh merasakan jika dia sedang cemburu, menjauhkan diri dan sedih dengan tindakan anda. Anda juga boleh mengesan perubahan dirinya dan mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membuatnya bersedih.
Sempena kemerdekaan yang ke-63 tahun ini dengan tema Malaysia Prihatin, NU Ideaktiv juga menunjukkan sokongan dengan #kitakansama. Semoga Malaysia terus sejahtera dan berjaya di masa hadapan!
#kitakansama #MalaysiaPrihatin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.