Ads
Home Berita Sikap Cuai Hingga Meragut Nyawa, Murid Tadika Tertinggal Dalam Van Sekolah

Sikap Cuai Hingga Meragut Nyawa, Murid Tadika Tertinggal Dalam Van Sekolah

Ads

Hati ibu ayah mana yang tidak sebak apabila anak tunggal kesayangan pergi dahulu diusia yang masih muda. Itulah situasi yang perit yang dilalui oleh ibu bapa kepada mangsa kanak-kanak tadika yang baru berusia lima tahun yang ditemukan maut tertinggal dalam van sekolah.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam van berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari.

“Mangsa yang bersekolah di sebuah tadika di Taman Bukit Indah dikatakan menaiki van dari kediaman keluarganya sebelum tiba di hadapan tadika sekitar jam 7.30 pagi.

“Bagaimanapun, mangsa dipercayai tertinggal di dalam van selepas pemandu menurunkan kanak-kanak lain di hadapan tadika tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Kumarasan berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian. Manakala seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun yang bekerja sebagai pemandu van sekolah itu telah ditahan di kawasan Taman Bukit Indah pada jam 2.40 petang hari yang sama.

Ads

PIHAK TADIKA MAKLUM JAM 1 TENGAHARI

Sikap Cuai Hingga Meragut Nyawa, Murid Tadika Tertinggal Dalam Van Sekolah
Gambar sekadar hiasan

Dalam pada itu, Bapanya, Teo Jia, 37, berkata, beliau dan isteri hanya dimaklumkan mengenai kejadian itu apabila menerima panggilan daripada guru tadika kira-kira jam 1 tengah hari yang meminta mereka segera ke sebuah hospital swasta.

“Cikgu telefon suruh saya dan isteri datang segera ke hospital swasta berhampiran rumah kerana anak dalam kecemasan.

“Apabila sampai, anak saya sudah terbaring kaku. Doktor cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Yu Zie yang merupakan satu-satunya anak kami.”

Ads

Menurutnya, anaknya menaiki van dari rumah mereka di Taman Bukit Indah pada jam 7.15 pagi dan biasanya tiba di tadika sekitar jam 8.15 pagi.

Katanya, mungkin anaknya tertidur ketika itu yang akibatkan pemandu van mungkin tidak menyedarinya.

Jenazah mendiang Yu Zie akan dikebumikan di Nirvana Memorial Park Christian Kong Kong, Masai.

Ads

SIKAP CUAI SEHINGGA MERAGUT NYAWA 

Sikap Cuai Hingga Meragut Nyawa, Murid Tadika Tertinggal Dalam Van Sekolah

Sementara itu, dia meluahkan rasa kecewa sikap cuai pemandu van yang seharusnya memaastikan semua kanak-kanak turun sebelum boleh tutup pintu atau beredar.

Teo yang bekerja di Singapura turut menyuarakan kekecewaan terhadap pihak tadika yang menurutnya gagal memantau kehadiran murid serta tidak menghubungi ibu bapa lebih awal.

Beliau berharap siasatan terperinci dilakukan dan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab agar insiden tragis itu tidak berulang.

Semoga kejadian ini menjadi iktibar buat semua.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI


SeeNI ×