Kebersihan bilik air selalu dipandang ringan, maklumlah jarang sekali kalau ada yang berkunjung ke rumah mahu menumpang guna tandas. Biasanya orang lebih mementingkan kebersihan ruang tamu dan dapur, tetapi sebenarnya tandas adalah ruang yang paling penting untuk dibersihkan.

Kebersihan tandas sangat penting supaya penghuni rumah lebih selesa dan jauh dari gangguan syaitan iblis. Paling penting, rezeki murah! Mencurah-curah masuk umpama air mengalir.

Artikel Menarik: [Jangan Suka-Suka Bagi Anak Pegang Menu Restoran. Ada Hampir 200,000 Bakteria Lekat Di Situ]

Kebanyakan kita sekarang ni, bilik air di dalam rumah. Bukan macam zaman dahulu, tandas terletak di perkarangan rumah. Kalaulah tandas di luar rumah, makanya anda dalam zon selamat. Sebenarnya BILIK AIR boleh menjadi PUNCA REZEKI TERSEKAT. Mengapa?

Artikel Menarik: [Awas, Tabiat Merasa Makanan Sebelum Suap Ke Mulut Anak Boleh Sebabkan Pemindahan Bakteria!]

Dalam Islam, kita tahu syaitan sukakan tempat yang kotor. Tandas adalah salah satu daripadanya. Malah di tandas jugalah mereka ‘berpesta’ dan beranak-pinak. Perhatikan tandas anda jika ada ciri-ciri seperti di bawah:

*Lantai dan magkuk tandas berwarna kekuningan
*Lantai yang dipijak rasa licin sebab dah mulai ditumbuhi lumut
*Sinki dalam bilik air kotor dan berkerak
*Bau bilik air yang busuk
*Anda selalu MEMBIARKAN PINTU TANDAS TERBUKA?

REZEKI BERAT ‘MASUK’ BILA BILIK AIR KOTOR
Itulah punca rezeki tersekat! Bagaimana pula tu?

*Syaitan dan jin meruntuhkan kasih sayang dan rezeki dalam sesebuah famili. Anak cenderung jadi BIADAP, ibu ayah pula selalu BERTENGKAR. Isteri HILANG RESPEK PADA SUAMI dan SUAMI JADI BIAWAK HIDUP (pemalas)!

*Paling kita takuti, bila mana mula ada sifat-sifat negatif menguasai diri. Contohnya: IRI HATI, CEPAT TERASA, BONGKAK, RASA DIRI SENDIRI SAJA YANG BETUL, SOMBONG, BERDENGKI dan paling penting LUPA PADA ALLAH SWT!
*Bila kita bekerja atau berniaga khususnya, emosi perlu stabil. Semangat perlu kental, baharulah perniagaan maju dan diberkati. Jika tidak, mulalah jadi malas, mental lemah dan tiada kesungguhan untuk menjayakan perniagaan yang diusahakan.
*Jadi, mulai hari ini rajin-rajinlah sental dan bersihkan bilik air tu ya?

Selain menggunakan sabun pencuci lantai atau cecair anti bakteria, anda boleh bersihkan bilik air yang kotor menggunakan bahan semula jadi.

PETUA SENTAL BILIK AIR SAMPAI BERKILAT

Bahan-bahan yang diperlukan:
160gm baking soda
60ml perahan lemon
1/2 sudu besar cuka
1 sudu besar hidrogen peroksida
15-20 titik pewangi

Artikel Menarik: [Mengandungnya Orang Lain, Dia Pula Yang Muntah. Biar Suami Rasa Macam Mana ‘Mabuk’ Tu!]

Cara Buat Bebola Pencuci:
1. Campurkan baking soda dengan perahan lemon dalam bekas.
2. Dalam bekas lain, bolehlah dicampurkan hidrogen peroksida dan cuka.
3. Masukan campuran hidrogen ke dalam bekas baking soda. Sedikit demi sedikit.
4. Masukkan pula pewangi pilihan ke dalam campuran ini.
5. Bentukkan campuran tadi menjadi bulat dan susun kemas atas kertas kering.
6. Biarkan kering selama empat jam sebelum digunakan.
7. Kemudian bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.

Sumber: MINGGUAN WANITA