Ibu bapa mana yang tidak prihatin dan peka dengan permasalahan anaknya. Memang wajib namun janganlah disebabkan perkara remeh, susu yang sebenarnya sudah serasi dengan anak ditukar sesuka hari. Jangan dulu, periksa betul-betul samada perlu atau tidak susu ini ditukar.

Menurut Dietition Fizah Sobri, menukar susu bukanlah satu tindakan bijak. Ada beberapa perkara ibu bapa perlu tahu, jangan main tukar sesuka hati.


Sikit-Sikit Nak Tukar Susu, Perlu Ke? Kenal Pasti Dulu Masalah Anak!

 

Tidak dinafikan segelintir ibu bapa hari ini yang terlalu mengambil kira dalam segala hal sehinggakan pada hal yang tidak perlu.

SIKIT SIKIT TUKAR SUSU

Anak taknak makan…tukar susu

Anak berat naik sikit…tukar susu

Anak tak suka sayur…tukar susu

Anak susah berak…tukar susu

Anak banyak berak pun….tukar susu

Sikit-Sikit Nak Tukar Susu, Perlu Ke? Kenal Pasti Dulu Masalah Anak!

IKLAN

Apabila wujud susu khas di pasaran seperti Pe***ure, D***ro sure/complete, S*6 picky e**** dan macam macam lagi, ada masalah pemakanan je mommie daddies terus tukar susu, sedangkan susu sekarang tiada masalah.

Sini Cikpuan Dietitian nak cerita apa fungsi sebenarnya susu susu ini dan KRITERIA untuk ambil susu ini
Ye ada Kriteria..bukan main redah je.

Pertama kali kena faham macam mana susu ini DIWUJUDKAN.

Sikit-Sikit Nak Tukar Susu, Perlu Ke? Kenal Pasti Dulu Masalah Anak!

Susu khas ini dipanggil ‘calorie dense formula’ atau formula tinggi kalori yang bertujuan untuk:

1. Menambah pengambilan kalori dalam kuantiti yang sama (contoh anak hanya mampu minum 5oz tetapi kalori dalam 5oz sama macam 8oz).

2. Menambah zat yang kurang akibat tak cukup dari makanan.

3. Menambah sumber protein akibat keperluan yang meninggu.

IKLAN

Bukan susu susu biasa je tau..tu sebab harga pun 2 kali ganda lagi mahal dari susu biasa.

Sikit-Sikit Nak Tukar Susu, Perlu Ke? Kenal Pasti Dulu Masalah Anak!

Kedua kepada SIAPA yang sesuai.
Akibat kalori,zat,protein yang lebih dari susu biasa, susu khas ini ditujukan kepada kanak kanak yang mempunyai masalah pertumbuhan yang KRONIK. Contohnya:

1. Anak anak yang tidak dapat makan akibat penyakit yang membantut selera makan seperti virus, chicken pox, dan lain lain.

2. Anak anak yang tinggi metabolisma sehingga walaupun makan seperti biasa tapi berat MAKIN TURUN seperti penyakit malabsorption, kanser, accident dan lain lain.

3. Anak anak yang mempunyai keperluan lebih tinggi ketika waktu itu sahaja contoh kes anak dalam ward, post op.

4. Anak anak yang tak dapat makan melalui mulut seperti anak anak special needs (seperti cerebral palsy dan lain lain), baru lepas accident, post operation.

IKLAN

Sikit-Sikit Nak Tukar Susu, Perlu Ke? Kenal Pasti Dulu Masalah Anak!

Nampak tak kes yang begitu serious baru susu diberi. Tidak digalakkan pemberian susu khas ini kepada kanak-kanak yang normal dan boleh mengambil makanan dengan baik dan MAMPU MEMENUHI keperluan nutrisi melalui pengambilan makanan yang SIHAT DAN SEIMBANG

Anak picky eater
Anak kurang makan
Anak luak makan
Bukan kriteria yang kuat untuk tukar susu formula!

Sebab jika beri secara berterusan, kalori yang berlebihan akan
1. Ye berat naik..tetapi boleh terlebih naik sehingga ke tahap obese.
2. Anak akan makin biasa dengan rasa manis (sebab susu ini selalu lebih manis dari biasa).
3. Poket berlubang woooo.

Sikit-Sikit Nak Tukar Susu, Perlu Ke? Kenal Pasti Dulu Masalah Anak!

Kalau anak yang tiada masalah kesihatan tapi sukar nak makan, mommies daddies bukan tukar susu tapi cuba
– Usaha untuk pelbagaikan menu
– Usaha untuk cuba pelbagai resipi
– Usaha untuk tambah pelbagai warna atas pinggan anak
– Libatkan anak dalam penyediaan menu/resipi
– PASTIKAN waktu minum susu selamg 2 jam sebelum/selepas makan

Ye memang penat
Ye memang frust
Ye memang time consuming
Tapi sangat berbaloi bila anak pandang kita dan cakap ‘sedap la mama buat harini..nak lagi’

Dont give up…
Ada kajian yang menyatakan anak perlu diberi/introduce makanan baru sebanyak 6-8 kali baru boleh terima.

Fighting!

Sikit-Sikit Nak Tukar Susu, Perlu Ke? Kenal Pasti Dulu Masalah Anak!

Sekian
Dietitian Fizah Sobri

**disclaimer : Susu ibu yang terbaik, tiada tandingan, post ini ditujukan kepada anak-anak yang ambil susu formula sahaja, tiada maksud anak yang mengambil susu ibu perlu tukar ke susu formula.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI