Membedung bayi telah diamalkan dalam masyarakat kita sejak berabad lamanya. Kebanyakannya bersetuju bahawa dengan membedung bayi, ia akan memberi rasa aman kepada bayi.
Ada juga yang menganggap bahawa membedung bayi adalah salah satu cara untuk mendapatkan bentuk kaki bayi yang lurus dan tidak ‘kengkang’.
Dr. Nicholas Clarke, melalui Archives of Disease in Childhood menekankan bahawa setiap ibu bapa perlu mengetahui cara membedung bayi dengan betul. Masih ramai yang mungkin kurang sedar mereka melakukan cara yang salah semasa membedung bayi.
6 PERKARA IBU MESTI TAHU TENTANG CARA BEDUNG BAYI
Beberapa perkara yang harus diperhatikan dalam cara bedung bayi adalah seperti berikut.
1. BIARKAN ADA RUANG UNTUK KAKI BAYI BERGERAK
Mungkin kebanyakan ibu yang menarik dan menekan kaki bayinya sebelum melilitkan kain bedung kerana mempercayai cara ini mengelakkan kaki bayi ‘pengkar’.
Menurut pakar, apabila kaki dan pinggul bayi tidak bebas untuk bergerak, ia akan meningkatkan risiko bayi terkena hip dysplasia, iaitu gangguan pembentukan sendi pinggul di mana bahagian atas tulang peha tidak berada tepat di soketnya. Untuk jangka masa panjang, ia dapat menyebabkan masalah perkembangan pada persendian kaki dan pinggul bayi.
2. PENTINGNYA MENGEMASKAN BAHAGIAN ATAS BEDUNGAN
Ads
Sesetengah ibu terlalu memberi perhatian kepada bedungan bawah (bahagian kaki) dan memberi kelonggaran pada bahagian atas. Sebenarnya, cara ini adalah terbalik daripada yang sebetulnya.
Sepatutnya, ibu perlu memastikan lengan bayi dibedung dengan kemas dan terlilit rapi. Hal ini penting kerana bedungan atas yang terlepas tanpa disedari boleh menjadi faktor bayi lemas atau risiko SIDS (sudden infant death syndrome).
3. PASTIKAN SEMUA KEPERLUANNYA TELAH DIPENUHI TERLEBIH DAHULU
Jika anda mahu membedung bayi, pastikan dahulu bahawa bayi sudah menyusu dan lampinnya tidak basah.
Ads
Apabila keperluan ini tidak dipenuhi, bayi mungkin akan meragam dan tidak rasa selesa ketika dibedung.
4. SAMPAI BILAKAH BAYI PATUT DIBEDUNG?
Menurut The American Academy of Pediatrics, bayi sebenarnya tidak perlu dibedung lagi apabila mereka sudah boleh berguling, iaitu sekitar usia 2-3 bulan. Apabila bayi sudah kuat untuk berguling, mereka mungkin boleh tertiarap sendiri tanpa dapat melepaskan lengan, lalu menghalang pernafasan.
Dalam usia ini juga, biasanya refleks ‘terkejut’ atau ‘startle reflex’ akan berkurang dan bayi akan dapat tidur dengan lebih lena.
5. ELAKKAN MEMBEDUNG TERLALU LAMA
Ads
Namun jika bayi kelihatan tidak selesa dan sukar tidur tanpa dibedung, bolehlah anda terus membedungnya untuk beberapa bulan lagi untuk membantunya tidur. Apapun, elakkan membedung terlalu lama kerana sesetengah sumber berpendapat selepas usia tersebut, bedung mungkin menghalangnya daripada bergerak-gerak dan mengganggu perkembangannya.
Tanpa bedung, skin-to-skin contact antara bayi dan ibu dapat berlaku dengan lebih kerap, lalu membantu mengeratkan hubungan serta memberi rasa selesa kepada bayi.
Kini telah terdapat pelbagai produk yang dijual di pasaran khas untuk membedung bayi. Dengan rekaan dan corak yang comel, ibu-ibu mesti rambang mata untuk memilih!
Perlu diingat, faktor penting dalam pemilihan kain bedung ini antaranya adalah kesesuaian fabrik tersebut dengan suhu di negara kita. Pastikan kain tidak terlalu tebal sehingga membuat bayi terlalu panas dan tidak selesa apabila dibedung.
Tidak salah untuk mengajar ABC sebenarnya, cuma banyak lagi kemahiran-kemahiran lain yang boleh diajar pada mereka yang mana ianya lebih penting untuk perkembangan otak mereka dan dalam menjadi bayi yang lebih bijak yang mana ramai antara kita selalunya tidak sedar ianya adalah satu kemahiran yang penting. Jadi di sini saya berikan apakah kemahiran-kemahiran lain yang boleh diajar selain ABC.
UMUR : 0-6 BULAN
Belajar beradaptasi dan membentuk hubungan dengan orang sekeliling. Ini penting untuk perkembangan social dan komunikasi mereka
Mengenal objek sekeliling dan belajar melalui deria rasa, dengar, lihat, bau dan sentuh. Ini akan melatih sel-sel otak kanak-kanak untuk memproses setiap rangsangan dari deria yang berbeza dan menghubungkan kesemuanya menjadi sesuatu informasi yang akan disimpan untuk kegunaan yang seterusnya
Meningkatkan kemahiran koordinasi tangan dan mata (eye-hand coordination) yang mana ianya merupakan latihan awal bagi kanak-kanak untuk mengkoordinasikan anggota badan mereka.
UMUR : 6 – 12 BULAN
Belajar memahami “sebab dan kesan” yang mana mengajar kanak-kanak bahwa apa yang mereka lakukan akan memberikan sesuatu kesan samaada negatif atau positif. Ini ada penting bukan sahaja penting dalam dalam membentuk keupayaan berfikir mereka, malah ianya penting dalam membentuk sikap mereka.
Meningkatkan kemahiran motor halus dan kasar yang mana ianya penting untuk mobility mereka dan boleh meneroka dengan lebih baik.
Mengajar kemahiran menyelesaikan masalah seperti memasukkan atau mengeluarkan barang dari tempat yang sempit. Ini boleh membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran berfikir dan kreativiti mereka.
Mengajar kemahiran untuk meniru bunyi-bunyi pertuturan. Ini adalah sangat penting untuk kanak-kanak belajar bahasa dan berkomunikasi.
UMUR : 1 – 2 TAHUN
Belajar mempelajari bagaimana untuk menggunakan objek dan mengaitkan satu objek dengan objek lain seperti sudu dan cawan, kerusi dan meja, kunci dan pintu dan sebagainya. Ini akan meningkatkan kemahiran mereka untuk berfikir.
Mempelajari kemahiran sosial dan berkongsi. Jadi nanti tak ada la komplen yang anak tak suka kongsi barang dengan orang lain.
Belajar membentuk komunikasi dengan perkataan, gesture dan ekspresi muka. Bermula dengan satu perkataan dan akan berkembang mengikut umur. Ini akan membolehkan kanak-kanak menyampaikan mesej dengan lebih berkesan.
Belajar meningkatkan keseimbangan badan dan koordinasi melalui pergerakan fizikal. Ini adalah penting kerana mereka perlu meneroka dengan lebih lagi selepas ini untuk mempelajari sesuatu yang baru.
UMUR : 2 -3 TAHUN
Belajar meningkatkan kemahiran berfikir dan berimaginasi yang mana ianya akan membentuk kreativiti kanak-kanak.
Belajar menyelesaikan masalah yang lebih kompleks dan mencabar otak mereka untuk berfikir dengan lebih lagi. Perlu diingat bahawa perkembangan kognitif dan mental kanak-kanak bukan dipelajari dari membaca, tapi dari pengalaman mereka meneroka alam sekeliling mereka.
Belajar menggunakan bahasa yang lebih panjang dan berinformasi (2-3 patah perkataan) dimana ianya adalah sangat penting dalam komunikasi mereka. Bahasa pun perlu ada latihan seperti kemahiran-kemahiran yang lain.
Meningkatkan keupayaan motor halus seperti memegang menggunakan jari dengan lebih baik. Ianya merupakan persediaan untuk mereka untuk memegang pensil, menulis dan mewarna nanti.
UMUR : 4 TAHUN DAN KE ATAS
Meningkatkan kemahiran bersosial, berkongsi dan bermain secara berkumpulan. Ini penting dalam membentuk hubungan sosial dengan orang lain dan mempelajari tentang apa yang boleh dan apa yang salah semasa bersosial
Meningkatkan kemahiran untuk memahami dan mengikut peraturan kerana ianya penting untuk membentuk sikap mereka
Meningkatkan kemahiran imaginasi. Kemahiran ini juga diperolehi hasil dari pengalaman dan bermain dan bukan dari membaca buku. Contoh permainan pondok-pondok yang mana mereka berlakon sebagai orang lain dan melakukan perkara yang dilakukan oleh orang lain. Bukan ke imaginasi namanya tu. Nanti dah besar boleh jadi Astronaut.
Kemahiran berbahasa yang lebih kompleks seperti bercerita, menjawab soalan, memahami arahan yang kompleks dan lain-lain yang mana ianya penting untuk mereka belajar apabila masuk sekolah nanti. Jika kefahaman mereka bagus, jadi lebih senang untuk mereka faham apa yang cikgu ajarkan. Tak gitu?
Haaa, banyak tak kemahiran lain ni. Cukup masa tak nak ajar?
Semua kemahiran di atas ada caranya untuk mengajar. Tapi kata kunci nya satu sahaja iaitu melalui “BERMAIN” bukan membaca.
Sumber: Aishah Kassim
Pakar Pertuturan Bahasa
Aisyah Kassim Academy
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah habis tempoh berpantang, Sit Sairah akhirnya mendedahkan wajah anaknya kepada umum. Netizen menyamakan wajah anak keempat itu dengan anak saudaranya, Siti Aafiyah.
Siti Sairah yang merupakan adik kepada Datuk Sri Siti Nurhaliza bersalinkan anak keempatnya pada 12 Disember 2018 lalu. Bayi comel itu dinamakan Siti Nurkhalishah Alisha dan merupakan anak pertama dari perkahwinan keduanya bersama Mohd Sharidan.
Sebelum ini, Sairah mempunyai 3 orang anak daripada perkahwinan pertamanya iaitu Ummi Umairah, 7 tahun, Ahmad Daiyan, 6 tahun dan Ahmad Aisy, 4 tahun.
Foto bayinya disamping anak saudaranya, Siti Aafiyah dimuatbaik Sairah. Para peminat memberikan pelbagai pendapat, ada yang mengatakan seiras dan ada yang mengatakan kedua-dua comelnya mengikut wajah bapa masing-masing.
“Eh, pandainya anak mama nak pusing badan. Dah nak meniarap ke? Cepatnya dia membesar”
Perasan tak tingkah laku bayi anda yang masih kecil tetapi sudah bijak hendak cuba memusingkan badannya. Ketika usianya baru masuk tiga bulan, ada bayi yang mula berusaha untuk belajar meniarap. Hebatnya kuasa Allah kerana seorang bayi yang normal itu dengan sendirinya mempunyai keinginan untuk belajar kemahiran dirinya.
Meniarap adalah perkembangan kognitif awal seorang bayi selepas dia cukup kuat untuk mengawal pergerakan kepalanya. Selain atas usaha sendiri, papa dan mama juga boleh membantu bayi untuk mahir meniarap.
Anda boleh tolong meniarapkan bayi di atas perut, bayi mungkin boleh menaikkan kepala dan bahunya menggunakan lengan. Tekan tubi mini ini membantu bayi menguatkan otot-otot yang diperlukan untuk bergolek. Si kecil akan memusing dari posisi baring meniarap kepada terlentang.
Ada sesetengah bayi akan rasa teruja dengan kebolehan barunya. Jadi anda boleh melatihnya dengan meletakkan dia dalam posisi meniarap untuk satu atau dua minit pada satu-satu masa.
Tetapi ada juga bayi yang akan menangis bila meniarap, jangan paksa bayi anda. Cuba duduk di lantai bersama-samanya dan tunjukkan mainan kegemaran bayi jauh daripadanya. Cuba tarik perhatian si manja dengan menunjuk-nunjukkan mainan tersebut. Dia pasti merasa geram dan cuba untuk meniarap.
Fahami dengan betul penerangan daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad tentang perkembangan meniarap seorang bayi.
BILA BAYI MULA MENIARAP?
Kebolehan untuk bayi meniarap bergantung kepada kebolehan seorang individu. Ada bayi yang boleh meniarap seawal usia tiga bulan.
Tetapi kebanyakan bayi mengambil masa yang lebih lama kerana untuk meniarap ia memerlukan kekuatan otot leher dan lengan.
Tanpa kekuatan otot ini agak sukar untuk bayi kita memusing tubuhnya dari posisi terlentang kepada posisi meniarap. Ini hanya boleh dilakukan apabila mereka mencapai usia lima atau enam bulan.
MENIARAP ADALAH DETIK PENTING DALAM PERKEMBANGAN BAYI
Salah satu tanda bayi kita menjalani perkembangan fizikal yang mengikut umurnya, ialah apabila bayi kita mampu untuk meniarap.
Meniarap adalah waktu peralihan di mana seorang bayi telah dapat mengawal pergerakan kepala dan sejurus sebelum mempelajari kaedah duduk tanpa bantuan, kebanyakan bayi belajar cara meniarap. Bayi yang sudah mahir meniarap boleh memusing dari posisi terlentang, kemudian ke posisi meniarap semula, seolah-olah berguling-guling.
Ini juga merupakan salah satu cara yang membolehkan bayi kita bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain. Ia selalunya didorong oleh keinginan untuk mencapai satu mainan yang berada di luar jangkauan, atau hanya untuk mendekati ibubapanya.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.