Bagi sesetengah ibu bapa, lubang kecil di bahagian depan telinga bayi kelihatan seperti tanda lahir comel atau seolah-olah si manja sudah ditindik sejak lahir. Namun, tahukah anda bahawa lubang kecil itu bukan tanda biasa? Dalam istilah perubatan, keadaan ini dikenali sebagai sinus preauricular, satu keadaan yang nampak kecil, tetapi boleh mendatangkan risiko jika tidak dipantau dengan betul.
Apa Itu Sinus Preauricular?
Sinus preauricular ialah kecacatan kongenital (sejak lahir) yang berlaku apabila proses pembentukan telinga semasa janin dalam kandungan tidak sempurna. Keadaan ini menghasilkan lubang halus di bahagian depan telinga, sama ada di satu atau kedua-dua belah. Ia merupakan antara kecacatan kecil yang paling kerap dilihat oleh doktor, terutama semasa pemeriksaan bayi baru lahir.
View on Threads
Menurut Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) Klinik ENT Dr Ezairy Bandar Dato’ Onn Johor Bahru, Dr Ezairy M Sallih, kebanyakan kanak-kanak yang mempunyai sinus preauricular tidak mengalami sebarang masalah.
“Lazimnya, ia hanya dikesan semasa pemeriksaan fizikal rutin dan tidak memerlukan rawatan kecuali jika berlaku jangkitan,” katanya.
Bila Sinus Preauricular Boleh Jadi Bahaya?
Walaupun biasanya tidak berbahaya, lubang kecil ini boleh terdedah kepada jangkitan bakteria. Apabila ini berlaku, kawasan sekitar telinga boleh membengkak, merah, sakit dan mengeluarkan nanah. Dalam kes yang lebih serius, jangkitan boleh menyebabkan pembentukan cyst atau abses (kantung nanah) yang memerlukan rawatan lanjut.
Ads
Contoh lubang dan benjolan cyst pada telinga.
Tanda-Tanda Jangkitan Sinus Preauricular
Bengkak dan kemerahan di sekitar telinga.
Rasa sakit atau pedih bila disentuh.
Keluar cecair atau nanah daripada lubang.
Timbul ulser kecil di sekitar kawasan tersebut.
Anak mengalami demam atau rewel tanpa sebab jelas.
Jika simptom ini muncul, segera bawa anak berjumpa pakar ENT. Biasanya, doktor akan memberi antibiotik untuk mengawal jangkitan. Jika terdapat nanah, prosedur kecil akan dilakukan bagi mengeluarkan kandungan tersebut. Dalam kes berulang, pembedahan mungkin disarankan untuk membuang kantung sinus sepenuhnya bagi mengelakkan jangkitan berulang.
Ada Kaitan Dengan Genetik & Masalah Lain?
Menurut pakar, sinus preauricular boleh berlaku secara keturunan autosomal dominan, iaitu diwarisi daripada salah satu ibu atau bapa. Namun, ia juga boleh berlaku secara spontan tanpa sejarah keluarga.
Kajian turut mendapati keadaan ini lebih banyak berlaku pada telinga kiri berbanding kanan. Walaupun jarang, ada kes yang dikaitkan dengan masalah pendengaran atau buah pinggang, maka pemeriksaan lanjut oleh doktor sangat disarankan terutama bagi bayi baru lahir.
Ads
Penjagaan Harian Untuk Elak Jangkitan Sinus Preauricular
Bagi anak yang mempunyai lubang kecil ini, ibu bapa perlu lebih peka dalam aspek kebersihan telinga. Pastikan:
Ads
Kawasan sekitar telinga sentiasa kering dan bersih.
Elakkan memicit atau membersihkan lubang dengan benda tajam.
Bawa anak ke klinik jika ada tanda jangkitan.
Sesetengah individu dewasa yang memiliki sinus preauricular berkongsi bahawa mereka perlu membersihkan kawasan itu setiap hari kerana bau kurang menyenangkan atau nanah yang keluar. Ini menunjukkan pentingnya rawatan awal dan pemantauan berterusan agar masalah tidak berulang.
Lubang kecil pada telinga anak memang kelihatan tidak berbahaya, tetapi ia boleh membawa risiko sekiranya diabaikan. Sinus preauricular mungkin kecil, namun implikasinya besar jika dibiarkan tanpa rawatan. Pemeriksaan doktor dan penjagaan rapi dapat memastikan si manja kekal sihat dan ceria tanpa sebarang komplikasi.
👶 Pesanan Pa&Ma: Jika anda perasan lubang kecil pada depan telinga bayi, jangan panik. Ambil gambar dan tunjukkan kepada doktor semasa pemeriksaan. Pemeriksaan awal boleh mengesan jika ada kaitan dengan masalah kesihatan lain dan memastikan anak anda mendapat penjagaan terbaik sejak awal lagi.
Di dunia terdapat dua kaedah rawatan iaitu secara tradisional dan juga secara moden. Rawatan tradisional sangat popular pada zaman dahulu terutama bagi masyarakat yang tinggal jauh dari pusat perubatan. Ada juga yang lebih selesa mengamalkan rawatan tradisional, namun ada juga berpendapat rawatan moden lebih berkesan.
Seorang pengguna Facebook telah membuat satu posting berkenaan rawatan tradisional yang bertajuk ‘Jangan Perlekehkan Rawatan Tradisional’ yang mendapat perkongsian ramai dan menarik ramai netizen untuk memberikan pendapat. Salah soerang yang berkongsi pendapat dan pengalaman antaranya jururawat yang bertugas di wad kanak-kanak. Dia menceritakan bagaimana sedihnya ibu bapa yang terus membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan di luar hospital tanpa mengambil tahu faktor dan punca penyakit anak mereka.
Tak salah pun nak cuba rawatan traditional.. Sebab walaupun saya nurse.. Ada jugak saya dapatkan rawatan dengan ‘orang pandai’ untuk sesetengah perkara.. Cuma satu ja saya mintak..
Kalau boleh dapatkan diagnosis tu dulu kat hospital.. Rawatan hospital ambil.. Yang traditional pun seiring.. Saya cakap berdasarkan pengalaman saya yang tak seberapa kat ward kanak-kanak.. Bila sebut tentang ward kanak-kanak ni.. Yang sakit tentu la anak-anak kan..?
Tapi yang buat keputusan untuk mereka ibubapa.. Sebab dah banyak kali jadi.. Anak nampak sihat.. Tapi keputusan darah atau scan anak tak cantik Dan perlukan rawatan segera..
Berapa kali ada ibubapa yang degil.. Sanggup sign surat tanggung risiko sendiri untuk bawak anak keluar hospital sebab nak Cuba rawatan traditional..
End up lepas beberapa bulan datang balik hospital anak dah tenat Dan nazak.. Melutut depan doctor mintak selamat kan anak.. (kesian.. Kasih ibu.. Sanggup Melutut untuk anak..).. Dah 3 4 kali kejadian macamni jadi depan mata.. Dan selalu ya doctor akan bagi nasihat untuk bawak anak balik supaya anak dapat luangkan saat-saat akhir dengan adik beradik lain(untuk yang dah tak boleh buat apa dah)..
Saya jururawat dan saya seorang ibu.. Sakit sangat hati ni kalau anak tu tenat disebabkan ego parents..
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kesan regangan atau stretch mark dan wanita hamil memang sinonim antara satu sama lain. Keadaan itu terjadi apabila kulit meregang kesan tekanan berlebihan apabila anda mengalami pertambahan berat badan secara drastik sewaktu hamil.
Biasanya stretch mark kelihatan lebih ketara selepas bersalin. Ketika iti, akan timbul garisan kecil berwarna putih di bahagian perut, punggung, payu dara dan beberapa bahagian tubuh yang lainnya.
Apabila bahagian tubuh mengalami stretch mark, ia akan menjadi kekal tetapi ada beberapa cara yang boleh anda usahakan untuk mengurangkan penampakan kesan itu.
Amalkan suplemen vitamin B6, C dan magnesium
Kekurangan zat besi dalam tubuh menyebabkan hal Ini terjadi. Oleh sebab itulah, anda kena banyak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet harian kerana kebanyakan sumber makanan ini kaya dengan kesemua zat yang dinyatakan.
Selain daripada makanan segar, anda boleh ambil suplemen tambahan yang mengandungi magnesium dan vitamin B6. Hal ini kerana ia boleh membantu memperbaiki struktur kulit yang rosak. Pengambilan vitamin C pula boleh menolong anda mengembalikan keanjalan kulit.
Buat urutan
Setiap hari, urut bahagian berparut penggunaannya minyak zaitun atau pelembab agar kulit di bahagian itu sentiasa lembap dan anjal.
Selain daripada itu, anda juga sangat disarankan untuk menggunakan minyak kelapa atau minyak kelapa dara kerana ia berupaya membantu mengekalkan kelembapan kulit untuk tempoh yang lebih lama.
Sapuan gel aloe vera
Aoe vera memang terbukti dapat memperbaiki semula kulit berparut. Di pasaran, terdapat banyak gel aloe vera yang boleh anda gunakan untuk mengurangkan kesan stretch mark yang ada ini
Namun, yang demikian, adalah lebih baik jika anda gunakan bahan semula jadi. Gel aloe vera ini boleh anda peroleh daripada batang lidah buaya itu sendiri.
Minyak vitamin E
Vitamin E berfungsi sebagai antioksidan yang mampu membantu proses pembaikan kulit yang rosak.
Untuk itu dapatkan suplemen vitamin pilihan. Oleh yang demikian, anda boleh gunakan minyak vitamin E dengan kerap untuk membantu diri memudarkan kesa parut stretch mark yang ada.
Bersenam
Dengan bersenam setiap hari, kulit yang kusam boleh menjadi bertambah sihat dan cantik. Hal ini kerana, peredaran darah akan bertambah lancar dan merangsang pertumbuhan sel kulit yang baik.
Sapuan jus lemon
Lemon mengandungi alfa hydroxy yang bertindak sebagai agen peluntur. Ia boleh membantu anda membuang sel kulit mati dan membaik pulih kulit yang rosak.
Jadi, sapu jus lemon pada kawasan parut untuk seketika agar ia menyerap ke dalam kulit. Biarkan ia beberapa minit dan kemudian bilas bersih.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apa yang menyebabkan “Karies Gigi Botol Susu” atau lebih dikenali dengan Early Childhood Caries?
Menurut Doktor Digi, Dr Azila Mohd Kassim, sebab utama ialah kerana gula yang terkandung dalam makanan ringan seperti coklat, lollipop malah susu formula boleh terhakis di gigi anak anda.
Jika anak anda mempunyai kebiasaan tidur atau berjalan-jalan dengan botol susu ia boleh menyebabkan gula sering disimpan di mulut anak anda.
Proses risikonya seperti berikut:
⚡Gula yang senang dijajah oleh bakteria-bakteria
⚡Bakteria boleh menghasilkan Asid
⚡Asid boleh menyumbang kepada kerosakan gigi
Ingat ya anak anda memerlukan gigi susu yang sihat untuk mengunyah makanan dan bercakap. Jadi bukan orang dewasa sahaja kena check gigi, anak-anak kecil pun kena periksa gigi juga.
Tak comel takpa janji gigi tak hitam🤗
CEGAH KARIES GIGI SUSU
1. Mulakan memberus gigi anak anda apabila gigi pertama sudah tumbuh.
2. Gunakan ubat gigi berflorida
• Secalit nipis umur kurang 2 tahun
• Sebesar saiz kacang ‘pea’ 2-5 tahun,
• 2 minit x 2 kali sehari
3. Jangan biarkan anak anda tidur sambil menghisap botol susu.
4. Jangan kongsi sudu/garpu atau merasa makanan sebelum menyuap kepada anak anda.
5. Elakkan gula ke dalam botol susu.
6. Pantau tahap pengambilan gula dan kekerapan pengambilan makanan ringan.
7. Tidak terlalu awal untuk membawa anak anda untuk menjalankan pemeriksaan gigi.
8. Pastikan pemeriksaan gigi dilakukan sebelum kanak – kanak berumur satu tahun.
9. Jika anak anda mengalami sakit gigi atau bengkak sila dapatkan rawatan segera.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.