
Menu Sihat Untuk Anak 1 Tahun : Sedap, Mudah dan Penuh Nutrisi!
Mencari idea menu makan tengah hari yang sihat, mengenyangkan, dan mudah disediakan untuk si kecil? “Baked Potato Chicken” atau kentang bakar ayam adalah pilihan yang sesuai! Menu ini bukan sahaja lazat tetapi juga kaya dengan nutrien penting untuk pertumbuhan dan perkembangan anak.
(1 hidangan 250gm untuk 2-3 kali sesi makan)
Bahan-bahan:
4 biji kentang bersaiz besar (jenis Russet atau kentang biasa)
250g isi ayam cincang atau daging tanpa lemak
1 ulas bawang putih
Daun bawang
cream cheese
sedikit susu full cream
sedikit Italian herbs
Cara penyediaan:
Topping inti
- Cincang halus 1 ulas bawang putih
- Hiris sedikit daun bawang
- Cincang/ kisar sedikit isi daging ayam
- Panaskan kuali dengan sedikit minyak pilihan
- Tumis bawang putih yang telah dicincang sehingga
- Masukkan sedikit cream cheese
- Masukkan susu full cream secukupnya
- Gaulkan sehingga cream cheese cair & sebati dengan susu
- Tambahkan lagi susu full cream sekiranya perlu
- Masukkan sedikit Italian herbs
- Kacau sehingga rata dan padamkan api
Kentang
Kukus kentang terlebih dahulu dalam 40 min sehingga kentang lembut dicucuk
Belah kepada dua bahagian kentang yang telah direbus
Keluarkan isinya, tinggalkan kulit sebagai “bekas”
Isikan kesemua kentang dengan bahan yang telah dimasak tadi
- Letakkan sedikit daung bawang yang telah dipotong sebagai hiasan
- Susun kentang yang telah diisi diatas tray untuk dibakar
- Bakar pada suhu 150 selama 15 minit sehingga warnanya golden brown
- Siap dihidang! Memang sesuai untuk makan tengah hari si Manja
Nak tengok yang versi video? Pn Khalidamahsari, founder Bittykiddy untuk berkongi satu menu healthy baby food..
Anak berumur 1 tahun ke atas memerlukan pelbagai nutrien untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan mereka:
Protein: Penting untuk pembinaan sel dan tisu badan. Sumber: ayam, daging, ikan, telur, dan kekacang.
Zat Besi: Membantu dalam pembentukan hemoglobin dan mencegah anemia. Sumber: daging merah, sayuran berdaun hijau, dan kekacang.
Kalsium: Diperlukan untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat. Sumber: susu, keju, yogurt, dan tahu.
Vitamin A: Menyokong kesihatan mata dan sistem imun. Sumber: lobak merah, ubi keledek, dan bayam.
Vitamin C: Meningkatkan penyerapan zat besi dan menyokong sistem imun. Sumber: buah-buahan sitrus, strawberi, dan brokoli.
Ramai ibu ayah rasa teruja bila si kecil dah mula menunjukkan minat nak makan. Tapi ingat ya, bila anak dah boleh mula makan makanan pejal—sekitar umur 6 bulan ke atas—kita sebagai ibu kena lebih peka dengan apa yang masuk ke mulut mereka.
Bukan semua makanan sesuai untuk semua peringkat umur. Badan anak masih membesar, sistem penghadaman pun masih belajar berfungsi dengan baik. Sebab tu penting untuk beri makanan yang berkhasiat, segar dan ikut keperluan nutrisi mengikut usia.
Untuk bayi 6–12 bulan contohnya, makanan bertekstur lembut dan kaya zat besi sangat penting. Masuk umur 1–2 tahun, bolehlah pelbagaikan dengan sayur, buah, protein dan karbohidrat. Tapi elakkan makanan proses atau bergula tinggi ya!
Ingat, apa yang kita suap hari ini, jadi asas sihat anak untuk masa depan. Jadi ibu kena bijak pilih dan rancang menu harian anak. Tak semestinya susah pun, yang penting kita tahu apa yang sesuai dan teruskan konsisten.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI