Pelawak Ali Puteh telah berkongsi luahan hatinya pada foto anakanda tercinta, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang dimuat naik di laman sosial.
Menerusi posting tersebut Ali seperti meninggalkan pesanan kepada Sharifah Ainul Mardiah atau lebih mesra dipanggil Ainul supaya terus kuat menempuhi hari mendatang.
Lebih menyentuh perasaan apabila Ali memberitahu kepada Ainul supaya tidak perlu bimbang tentang wanga ringgit kerana dia akan usahakan, walaupun susah dan perit.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul…Untuk anak walid dan ibu Sharifah Nur Ainul Mardhiah.
“Walid tahu kamu kuat…Soal duit walid usahakan…biar lah susah dan perit..ibu dan walid akan sentiasa bersama kamu..yang penting kamu kuat dan walid nak kamu terus kuat untuk ibu dan walid,” tulisnya.
Ads
Di ruangan komen, rata-rata pengikut Ali turut mendoakan kesihatan Ainul dan meminta supaya Ali dan isteri terus berdoa dan kuat untuk puterinya itu.
Ainul yang kini dah berusia 2 bulan lebih berdepan masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang dan bergantung kepada bantuan oksigen untuk bernafas.
Sekarang Ainul sedang menunggu giliran untuk menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) dan buat sementara waktu ditempatkan di tempatkan di Hospital Ampang untuk menjalani rawatan.
Sumber: ig Ali Puteh
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas dikecam kerana memberi air kosong kepada bayinya yang baru berusia tiga bulan, penyanyi Nourul Depp tampil dengan penjelasan dari seorang doktor yang merupakan pakar kanak-kanak.
Menurut Nourul, dia dinasihatkan oleh doktor supaya memberi air kepada bayi selama memberi susu ibu dalam tempoh enam bulan.
“Seperti yang dijanjikan! Interview kami bersama doktor pakar kanak-kanak. Dr Choy Yiew Sing doktor pakar kanak-kanak yang sempat saya interview masa bawak check-up Isabella hari tu.
“Ini jawapan dia mengenai AIR DAN BAYI. Ya! Kata WHO kalau sumber air tak bersih dari negara yang tidak membangun, air harus dielakkan.
“Susu ibu selama enam bulan is the best tapi air kena bagi juga. Sebab ibu pun adakala tak minum air yang cukup. Dengar dan tanya saya di komen di bawah andai ada yang tak faham,” katanya.
Menerusi perkongsian tersebut, dia memuat naik rakaman video ketika dia berjumpa dan bertanyakan mengenai perkara tersebut kepada doktor.
Sebelum ini, Nourul telah dikritik kerana memberi air di dalam botol susu kepada bayinya, Isabella yang baru lahir pada 30 April lalu.
Sementara itu, doktor tersebut sempat menjelaskan mengenai saranan untuk makanan bayi seawal lima bulan.
“Makanan untuk bayi : WHO sarankan lima bulan ke atas. TAPI kata Dr Choy kalau baby tak nak susu badan lagi, bagi susu formula tapi baby macam nak lagi susu, boleh bagi makan.
“Tapi mula dengan jus buah buahan untuk bayi. Bukan jus dewasa. Atau perah jus buah sendiri. Boleh bagi cereal tapi yang untuk empat bulan dalam kuantiti yang sedikit. Sekali sehari. Jangan hangpa bagi sepinggan!
“Apa-apa pun, ikut nasihat doktor untuk anak anak. Tapi ibu lebih tahu sebab kita siang malam pagi petang dengan baby kita. Jangan ikut apa orang condemn. Tak semua baby sama.
“Jika bagi susu badan berlebihan: baby akan picky eater. Kita kena tau apa kita nak bagi makan baby. Doktor Choy ada pesan susu ibu sangat baik tapi jangan terlalu lama bagi. Nanti baby ta kmau makan lain. Jadi baby malnutrition. Jadi kena seimbang na,” jelasnya.
Penjelasan itu menarik perhatian pengikutnya yang rata-rata bersetuju dengan pandangan doktor tersebut.
Penyanyi lagu Kerana Terluka itu telah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Perancis, Eric Depp pada 2012 dan sebelum ini, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Zachary Depp, 5, dan Raphael Depp, 3.
Sebelum itu, menerusi perkahwinan bersama bekas suami, Ajai, mereka memiliki seorang anak perempuan, Ayu Nazirah yang berusia 20 tahun.
Sumber: ig Nourul Depp & Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tekanan boleh menyebabkan masalah darah beku berlaku. Eh, takutnya! Jangan main-main dengan bab tekanan dalam hidup ya!
Tekanan atau stres memang perkara normal dalam kehidupan hari ini. Semua orang akan mengalaminya sama ada disebabkan oleh masalah hubungan, keluarga, kerjaya ataupun kewangan.
Tetapi mungkin tak ramai yang tahu, tekanan boleh menyebabkan darah beku. Stres merupakan satu tindak balas normal manusia kepada apa-apa jenis permintaan ataupun ancaman.
Apabila badan mengesan sesuatu bahaya, stress akan mengambil alih dan membuatkan kita lebih fokus, bertenaga dan berwaspada.
Tindak balas yang dikenali sebagai fight-or-flight response ini juga bertanggungjawab menyelamatkan kita ketika dalam kecemasan.
Walaupun stres mampu memberi semangat kepada kita untuk lebih fokus tetapi tidak semua orang mampu menghadapi banyak tekanan dalam kehidupan.
Golongan wanita terutama para ibu antara yang ramai menghadapi tekanan kerana bebanan pelbagai tugasan di rumah dan di tempat kerja bagi yang bekerja. Ada yang kurang tidur atau tak dapat tidur malam atau hilang selera makan jika mengalami tekanan perasan terlalu teruk.
Lama kelamaan, stres ini akan mempengaruhi kesihatan, mood, produktiviti dan kualiti hidup seseorang. Lebih teruk lagi, stres yang berlarutan dalam jangka masa yang terlalu lama boleh mengakibatkan masalah depresi.
Kegelisahan dan depresi yang berlarutan dalam satu jangkamasa yang lama juga telah terbukti dapat meningkatkan risiko penyakit sakit jantung.
Tambah lagi, masalah kegelisahan dan depresi yang berlaku secara serentak, ditambah lagi dengan gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan tidak bersenam, sudah pasti akan menyebabkan kesihatan seseorang itu jadi merosot.
Selain itu, perlu diingat bahawa ada di antara kita yang tidak mampu untuk mengawal stres dengan baik.
Disebabkan setiap individu mengalami stres dengan intinsiti yang berbeza, ada individu yang boleh diserang ketakutan yang amat sangat dan serangan panik akibat stres yang melampau.
Saintis di Univerisity of Bonn telah melakukan kajian terhadap 31 orang subjek yang mengalami masalah kegelisahan. Subjek ini kemudiannya di bandingkan dengan individu yang sihat dengan umur dan jantina yang sama.
Berdasarkan kajian yang dilakukan, mereka mendapati bahawa individu yang menghidap masalah kegelisahan dan mengalami stres berpanjangan mempunyai darah yang lebih pekat berbanding individu yang sihat.
Saintis juga mendapati ada sedikit perbezaan pada sistem pembekuan darah milik pesakit anxiety dan juga manusia biasa.
Sistem pembekuan darah boleh berfungsi secara dua hala dan saling mengimbangi satu sama lain. Sistem koagulasi badan bertindak untuk membekukan darah untuk mengelakkan pendarahan berlebihan.
Dalam masa yang sama, sistem koagulasi juga akan melakukan proses fibrinolysis iaitu sebuah proses yang membantu darah mengalir dengan lebih baik dengan cara menguraikan darah beku dalam salur darah.
Walau bagaimanapun, dalam kalangan pesakit yang mengalami kegelisahan dan depresi, proses fibrinolysis tidak dapat dijalankan secara normal.
Pesakit yang mempunyai masalah ini lebih berisiko untuk mengalami darah beku dalam saluran arteri. Keadaan ini mungkin merupakan jawapan kepada mengapa pesakit anxiety lebih berisiko untuk meninggal dunia akibat sakit jantung.
Namun, ini tidak bermaksud semua pesakit yang mengalami stes ataupun kegelisahan berpotensi untuk mengalami serangan jantung.
Jika anda mengalami stres yang berpanjangan, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk sesi konsultasi.
Doktor boleh membantu anda mengenal pasti punca stres dan cara yang terbaik untuk mengawal dan mengurangkan tekanan perasaan yang anda alami.
Kajian membuktikan bahawa stres yang berpanjangan boleh meningkatkan risiko anda menghidap penyakit kardiovaskular.
Jika anda dapati diri anda sering rasa tertekan, cuba redakan stres yang anda alami dengan melakukan aktiviti yang sihat. Jika anda mempunyai hobi, luangkan sedikit masa untuk melakukan aktiviti yang anda sukai.
Lakukan senaman yang boleh menenangkan seperti yoga, brisk walking, jogging ataupun senaman lain.
Persoalan tentang komplikasi popular waktu mengandung dan baby baru lahir akan dihuraikan oleh Pakar Perunding O&G, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa dalam Talk To Doctor Bersama Moms To BeDaftar di SINI
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita wajib mengambil tahu tentang kewujudan pelbagai penyakit yang mungkin boleh menyerang mereka serta cara-cara penjagaan kesihatan diri agar terhindar daripada menghidapinya. Menurut Pakar Sakit Puan terkenal, Datuk Dr Hamid Arshat, hari ini semakin ramai wanita yang menderita sakit akibat kerosakan rahim pada usia muda.
Penyakit ketumbuhan dalam rahim, fibroids dan adenomyosis pada suatu ketika dulu menimpa wanita-wanita umur 40-an. Zaman sekarang dalam umur 20-an tahun pun sudah mengidap penyakit tersebut. Malah ada yang amat besar tumbuhan tersebut.
Penyakit berkaitan dengan rahim juga ada kaitan dengan pemakanan. Maka sebab itulah kaum wanita perlu menjaga pemakanan sejak dari kecil lagi. Makanan yang kita makan antara penyumbang pelbagai jenis penyakit.
Berikut antara penyakit-penyakit berkaitan dengan rahim.
Adenomyosis
Bagi adenomyosis, tanda pertama ialah senggugut sering didahului dengan penyakit endometriosis.
Dalam endometriosis, tisu-tisu darah haid (endometrium) tumbuh di luar rahim. Adenomyosis tisu-tisu tersebut tumbuh dalam otot rahim.
Tanda-tanda lain ialah perdarahan yang banyak dan/atau berpanjangan.
Adenomyosis telah merosak seluruh rahim.
Gejala-gejala ialah sukar hamil, mandul dan sering gugur.
Fibroids pula sering tiada tanda, tiada gangguan atau gejala. Malah ramai wanita yang hamil dan melahirkankan anak tanpa gangguan.
Fibroids
Banyak yang dikesan secara kebetulan waktu pemeriksaan untuk tujuan lain.
Ada juga yang mengalami perdarahan, kesakitan, keguguran, sukar hamil, gangguan-gangguan kencing dan buang najis.
Fibroid, bulat tumbuhannya, disekelingi capsule. Kurang kerosakkan pada tisyu otot lain.
Fakta Penting
Kedua-dua jenis tumbuhan tersebut ada faktor baka, ertinya jika emaknya mengidap penyakit tersebut, anak-anakp erempuan ada risiko. Berwaspada!
Jika anak-anak gadis mengalami senggugut, gangguan pendarahan dan edaran haid, elok buat ultrasound scan perut untuk mengesan masalah peranakan dan ambil langkah-langkah awal untuk mengawal dan mencegah.
Ajar, pupuk dan sematkan tabiat makan yang baik sejak dari kecil lagi. Jadi sangat penting mengambil pemakanan yang berzat dan berkhasiat. Didik anak-anak makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Kesan buruk ialah kegemukan anak dan kelemahan imuniti anak-anak menyebabkan mereka ditimpa berbagai penyakit.
Mari kita amalkan tabiat makan yang terbaik, mulakan dari anak-anak kecil lagi.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.