Selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya hasrat pelakon Anzalna Nasir dan suaminya, Hanif Zaki untuk menimang cahaya mata sudah termakbul.
Anzalna mengumumkan berita gembira beliau sudah hamil empat bulan menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagramnya sempena majlis doa selamat sempena sambutan hari lahirnya, 9 Januari.
Sekian lama menunggu detik untuk hamil, Anzalna meluahkan rasa syukur atas kurniaan tersebut. Pada masa sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.
Ads
Anzalna dalam perkongsiannya jelas terharu dan bersyukur kerana momen ini adalah yang sangat dinantikannya bersama suami. Allah lebih tahu apa yang terbaik dan masa sesuai untuk anugerah ini.
Ads
“Benar! Jodoh, rezeki, rezeki zuriat atau ajal maut menjadi rahsia-Nya tak perlu kita mempersoalkannya. Yang penting kita berusaha, berdoa dan tawakal,” tulis Anzalna.
Ads
Di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Anzalna dan suami serta tidak sabar mahu menantikan kelahiran cahaya mata pertama mereka.
Pasangan berkahwin pasti mahukan zuriat sendiri. Untuk yang mempunyai rezeki awal, sejurus selepas nikah tidak lama kemudian terus ‘melekat’. Tetapi ada juga pasangan yang perlu menunggu bertahun-tahun sebelum dapat memeluk bayi sendiri. Ada pula yang terpaksa berhabis duit dan tenaga serta perlu kuat emosi serta fizikal untuk melalui pelbagai ujian kesuburan.
“Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul”… Pepatah lama yang hanya akan difahami oleh mereka yang bernasib sama. Orang keliling hanya tahu bertanya dan berkata tanpa fikir perasaan orang lain..
“Rugi kalau dapat anak lambat.. Nanti bila dah tua, anak-anak masih kecil” “Jangan la biar lama-lama baru nak dapat anak.. Takut nanti tak sempat nak menimang cucu sendiri”
“Takde berubat mana-mana ke? Cubalah ikhtiar” “Orang perempuan ni kalau dah kahwin tapi takde anak, dah serupa macam kain buruk” “Bro.. Air mani kau tak power kut…”
MashaALLaH… Yang berkata dan bertanya pun seolah-olah seperti tiada iman.. Ingat anak ni macam beli air kat vending machine ke? Masuk duit, tekan punat nak jantina apa, terus keluar anak tu? Satu lagi, pasti ke yang kita akan hidup sampai tua? Sedangkan Nabi ALLaH Zakaria a.s. diuji dengan tiada zuriat sehinga Baginda tua.. dan Baginda tak putus-putus berdo’a memohon agar dikurniakan zuriat.. Sesungguhnya tiada yang mustahil bagi ALLaH SWT.. Akhirnya Nabi Zakaria a.s. dan isterinya yang mandul dikurniakan seorang anak iaitu Nabi Yahya a.s.
Hanya mereka yang faham saja akan benar-benar mengerti.. Setiap bulan si isteri berdebar menanti kedatangan haid dengan harapan biarlah “sangkut”.. Alangkah kecewanya hati, alangkah sedihnya hati bila tiba-tiba “bocor”.. Air mata cepat-cepat dikesat agar jangan sampai suami nampak.. Serta-merta terus berpura-pura gembira seolah-olah takde apa yang dirasa kerana taknak suami turut kecewa..
Bukan taknak ikhtiar.. Fitrah manusia itu sendiri berikhtiar.. Zaman sekarang dah ada macam-macam teknologi canggih.. Tapi bukan semua orang mampu.. Katalah kalau mampu sekalipun, bohong kalau takde rasa bimbang.. Bagi si isteri, bagaimana kalau terbukti memang dia tak boleh mengandung? Bagaimana penerimaan suami nanti? Apa fungsi seorang isteri? Perlukah diizin suami menikah lagi?
Bagi si suami pula, bagaimana jika terbukti dia tak mampu memberi zuriat? Hancurkah ego seorang lelaki? Hilangkah kejantanannya? Bagaimana harus dijelaskan kepada isteri? Semua ini memerlukan tahap redha dan persediaan mental yang amat tinggi.. Ada juga suami yang salahkan isteri setiap bulan apabila isteri datang haid.. Seolah-olah isteri itu yang menentukan dia mahu hamil atau tidak.. Tak semua pasangan mampu duduk bertentang mata untuk sama-sama menyelesaikan masalah ini..
Hati isteri mana yang tak tersentuh melihat suami mendukung anak orang lain? Hati suami mana yang tak terkilan melihat isteri membelek-belek dan merenung pakaian bayi yang comel-comel ketika keluar shopping bersama?
Anak angkat… Memang mudah untuk dilafazkan tapi tak semua pasangan mampu melakukannya.. Ada suami yang berkeras hanya mahukan zuriat daripada bakanya sendiri.. Ada pula yang memikirkan masa depan anak itu nanti.. Bagaimana nak hadapi waktu untuk menjelaskan status anak itu nanti bila dia sudah dewasa.. Satu lagi yang ramai terlupa..
Anak angkat juga merupakan rezeki anugerah ALLaH.. Bukan semua pasangan ALLaH hadiahkan anak angkat.. Ada kes yang bertahun-tahun mencari anak angkat tapi ada je halangannya.. Duit dah keluar, tapi akhirnya si ibu ubah fikiran.. Ada juga yang memohon di Jabatan Kebajikan Masyarakat tapi proses itu tidak semudah ABC.. Banyak prosedur dan saringan yang akan dilakukan.. Akhirnya penantian itu jadi terlalu menyiksakan..
Kepada pasangan yang ALLaH uji tanpa zuriat lagi, kuatkanlah semangat kalian.. Mungkin ALLaH nak bagi masa untuk kalian kuatkan ikatan perkahwinan.. Mungkin ALLaH nak kalian enjoy honeymoon lama sikit.. Bersangka baiklah kepada ALLaH..
Jangan putus berdo’a dan cubalah cari masa yang sesuai untuk berbincang suami isteri.. Pilihlah jalan terbaik.. Jika nak ikhtiar, biarlah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.. Bagi keluarga, sanak saudara dan rakan taulan, hentikan soalan-soalan yang boleh mengguris perasaan.. Ini semua hak mutlak ALLaH.
Mempersoalkan zuriat seseorang sama seperti mempersoalkan Qada’ dan Qadar ALLaH.. Hati-hati jangan sampai jatuh kufur.. Bagi yang sudah ada zuriat, jangan sombong dengan mereka yang masih belum ada zuriat.. Kita tak tahu nasib anak kita nanti macam mana.. Apa jadinya dia bila dewasa.. Betul, anak yang soleh/solehah boleh membantu ibu bapa di Akhirat.. tapi anak juga mampu menarik tangan ibu dan bapa ke Neraka.. Jangan sibukkan hal orang lain sehinggakan hal mendidik anak itu kita abaikan.
Kepada yang masih mencuba, amalkanlah do’a Nabi Zakaria a.s. iaitu Ayat 89 daripada Surah al-Anbiya’..
Pastikan isteri ambil EPO, Acid Folic dan Vitamin E 400 secara berterusan dan suami pula makan Multivitamin (apa-apa brand pun boleh).. Boleh beli di farmasi untuk stabilkan hormon dan sihatkan sperma.. Pastikan “bersama” di antara hari ke-9 sehingga hari ke-21 daripada hari haid pertama dan mesti “bersama” setiap 4 hari sekali dalam tempoh 13 hari ini.. Ini waktu subur wanita dan tempoh 4 hari sekali memastikan sperma suami berada dalam keadaan kualiti yang paling optimum.
Ramai lelaki berpendapat air mani yang tersimpan lama adalah lebih baik, tetapi ianya SALAH! Menurut pakar perubatan, air mani lelaki berada dalam keadaan yang paling sihat adalah ketika ia minimum 3 hari dan maksimum 5 hari. Selepas hari ke-5, sperma di dalam air mani mula bertukar menjadi sperma yang tidak berkualiti lagi. Para suami semua sila ambil perhatian!
Menanti dalam debaban. Pelakon Farah Nabilah kini sudah pun memasuki bulan kelapan kehamilannya. Lagi sebulan pelakon cantik jelita ini bakal bergelar ibu sedikit waktu lagi.
Pun begitu, Farah dan suaminya masih berteka teki mengenai jantina bayi mereka. Bahkan kedua-duanya mahu membiarkan jantina anak mereka sebagai kejutan meskipun kehamilannya sudah menjangkau usia lapan bulan.
Menurut Farah, dia dan suaminya, Mohammed Amirul Yunus amat bersyukur dengan kehadiran zuriat sulung dan berharap proses kelahiran berjalan lancar. Begitu kata Farah melalui Astro Gempak.
Malah katanya lagi, dia dan suami tidak kisah sama ada bayi lelaki atau perempuan. Cuma yang diharapkan agar bayinya kelak dalam keadaan sihat. Kata Farah lagi, dek kerana mahukan kejutan ini, dia dan suami hanya menyediakan kelengkapan bayi yang berwarna nuetral sahaja. Selamat!
“Saya dan suami masih belum tahu jantina anak sebab anak pertama, kami tidak kisah bayi lelaki dan perempuan asalkan dia dalam sihat. Barang-barang pun kami beli yang warna nuetral dan biar bayi yang beri kami kejutan.
“Gementar sebenarnya nak sambut kelahiran bayi pertama ni. Tak tahu apa yang kami patut jangka tapi saya berpegang pada prinsip kalau ibu kita boleh bersalin lima, enam anak, saya rasa kita pun mesti boleh buat,” kata Farah berkongsi.
Mahu Bersalin Normal
Malah pelakon yang membintangi drama Cik Reen En Ngok Ngek ini juga menyimpan hasrat untuk melahirkan bayi sulungnya secara normal. Begitu impian Farah untuk kelahiran sulungnya kelak.
“Kalau boleh saya nak melahirkan anak secara normal,” jelas Farah kepada Gempak.
Farah yang ditemui ketika majlis pelancaran pejabat pengurusan produknya di Catson Global (M) Sdn. Bhd. di Skypark @ One City, Subang Jaya, Selangor, Rabu lalu turut bersyukur kerana diberikan kesihatan yang baik walaupun sudah pun memasuki fasa ketiga kehamilan.
Malah katanya lagi peluang berehat seketika daripada bidang lakonan ini membolehkan dia kini bergerak aktif merancang perniagaannya.
“Setakat ini alhamdulillah kehamilan saya berjalan dengan lancar dan sebab itu juga saya boleh menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
“Kalau ikutkan saya nak aktif berlakon juga tapi ada produksi yang dah tak mahu ambil sebab perut dah besar,” ujar Farah lagi.
Sekadar info, Farah dan Amirul yang merupakan seorang juruterbang mendirikan rumah tangga pada 20 Disember tahun lalu.
EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA
Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Berkongsi berita gembira bahawa dirinya kini sedang hamil anak kedua, pelakon Ummi Nazeera mengumumkan hal tersebut kepada peminat melalui instagram miliknya.
Memuat naik gambar bertiga bersama suami dan anak, dalam kapsyen posting tersebut pelakon Bisik Pada Langit ini menyatakan bahawa usia kandungannya kini sudah hampir 4 bulan.
Menurut Ummi, dia dan suami berasa sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana bakal dianugerahkan cahaya mata kedua.
“Assalamualaikum .. Alhamdulillah Ummi nak share di sini .. Ummi telah dianugerahkan rezeki untuk mengandung kali kedua dengan Izin Allah SWT,” tulisnya.
Ummi juga memohon kepada semua untuk mendoakan kesihatan dirinya dan bayi dalam kandungan.
“Ummi minta tolong semua untuk doakan kesihatan baby yg kini hampir 4 bulan & juga ummi kedua dua nya sihat walafiat. Semoga perjalanan kami dipermudahkan.. Ameen,” tulisnya lagi.
Menjenguk ke ruangan komen pula, rata-rata wargamaya dan rakan artis meluahkan rasa teruja selain mendoakan semoga segala urusan ummi akan dipermudahkan.
Dalam pada itu, di instagram milik suaminya, Dr Mohd Izzar Anwari juga turut memuat naik gambar yang sama. Menerusi posting tersebut, Dr Izzar berharap perjalanan kehamilan isteri untuk kali ini juga berjalan lancar dan selamat.
“Alhamdulillah. Semoga perjalanan kehamilan ini berjalan lancar dan selamat buat kandungan dan isteri. Doa-doakan kami sekali. Ayra pun tak lama lagi dapatla jadi kaklong kawasan insyaAllahh. Bismillah,” tulisnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.