Apabila seorang wanita bergelar isteri, tanggungjawab dan kehidupan berubah 360 darjah. Lebih-lebih lagi apabila menguruskan rumah tangga dengan anak yang ramai, kerja seharian bukanlah sesuatu yang mudah.
Ada kala suami tidak nampak segala penat lelah yang dilakukan di rumah, sehingga ada yang melabel isteri sebagai pemalas hanya kerana kerja itu nampak ‘simple’. Hakikatnya, tugas seorang isteri dan ibu penuh dengan cabaran yang sering dipandang ringan.
Menerusi Facebook Farrah Hanani Amir Hamzah, satu perkongsian seorang wanita di fb Mak Wan Tenang Sihat yang kini sudah bergelar nenek kepada 20 cucu menarik perhatian ramai.
AI Generated
Dalam perkongsiannya, wanita ini menceritakan pengalaman berhadapan dengan suami yang beranggapan tugas suri rumah sepenuh masa adalah kerja yang mudah.
Menurutnya, dia pernah memberontak secara ‘legal’ hanya untuk mendapatkan rehat daripada menguruskan enam orang anaknya.
Katanya lagi, akibat tekanan atau ‘stress’ melampau yang dialami sekitar tahun 2001 ketika anak-anak sedang membesar, dia berpakat dengan doktor untuk dimasukkan ke wad hospital. Dari situ, dia akhirnya mendapat peluang berehat buat seketika dalam tempoh yang lama.
Nyata cara ‘sweet’ wanita ni bukan untuk kepentingan diri tetapi inginkan rumah tangga bahagia kekal sehingga ke hujung nyawa. Malah suaminya telah berubah malah rumah tangganya makin bahagia.
Sementara itu, Farrah Hannani turut bersetuju bahawa wanita juga ada cara tersendiri untuk ‘sekolahkan’ suami agar lebih menghargai isteri. Ia bukanlah bermaksud melepaskan tanggungjawab, sebaliknya untuk menanamkan rasa empati dalam diri setiap pasangan.
Ads
AI Generated
Nampak macam simple tapi susah nak cakap. Ada seorang perempuan ni dia sedih, dia dah uruskan semua hal rumahtangga dia, lepas tu bila balik, suami dia kata dia pemalas.
Banyak sangat respond dalam tu cerita pengalaman masing-masing juga. Orang lelaki ni kalau benda tu dia tak nampak, dia macam tak tahu tau sebenarnya benda dah settle. Bila dia sampai, memang lah nampak isteri tu relaks.
Ada satu komen, dia meniaga. Jadi dari jam 2 pagi, dia masak lepas tu 7 pagi camtu suami dia pergi buka gerai. Sepanjang suami dia ke gerai tu dia kemas semua dapur dan peralatan memasak. Tapi suami dia tetap rasa dia relaks sebab tak perlu keluar meniaga.
Satu hari, lepas habis masak, dia sakit perut jadi kena pergi hospital. Tak sempat nak kemas lagi. Selama 3 hari dia kat hospital tu, barulah suami dia sedar yang selama ni punya lah banyak kerja dia buat sebab tu suami dia balik, rumah dah kemas.
Saya bercakap tentang kes orang sahaja. Setiap rumahtangga ni dinamik. Tak sama lah pengalaman masing-masing. Paling terhibur bila baca komen Mak Wan Tenang ni. Siap pakat dengan doktor.
Ads
“Bila baca perkongsian seterusnya, sekarang dah ada 20 cucu dah pun Mak Wan ni. Alhamdulillah baik-baik sahaja semuanya.”
FB : Makwan Tenang Sihat
Orang perempuan yang dalam situasi begini, kena pandai tarik hand brake. Dan ubatnya selalunya ialah, kau biar je suami kau sorang-sorang uruskan hal rumah dan anak-anak. Kau pergi lah mana-mana sekejap. Kursus urutan dan aromatherapy ke, contoh.
Kat sinilah ujian untuk dia. Kalau dia lelaki yang baik, masa tu dia sedar lah yang selama ini dia dah salah cakap isteri dia pemalas. Nescaya dia akan lebih meringankan tulang selepas ini buat urusan rumahtangga sama-sama.
Kalau dia makin baran, terus nak cari bini lain yang konon nya lebih baik daripada kau. Hah elok lah angkat kaki sahaja daripada lelaki jalang macam tu. Dah lah pemalas mulut pun jahat.
Saya tambah sedikit ya, dia begini, isteri tak minta pun princess treatment. Kalau balik tu mulut berat nak puji, sekurang-kurangnya diam je lah kalau nampak ada benda tak kena. Kata-kata yang kasar, itu makan dalam. Bertahun-tahun sampai lah seorang isteri tawar hati.
Ada ke perempuan pemalas yang suami dia pulak rasa teraniaya. Ada je, tapi tu tajuk lain. Hari ni kita fokus tajuk suami kata isteri pemalas padahal dia yang pemalas. Sekian
Ads
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata turut berkongsi pengalaman masing-masing dalam menguruskan tekanan rumah tangga dan cara mereka menghadapinya.
Antara komen adalah :
“Surirumah paling banyak kerja. Nampak mcm tak ada kerja tapi kus semangat.. sampai tengah malam”
“Pengalaman saya bab pasar. Suami ni betul lah klu dia tak experience sendiri dia tak tahu & isteri lah selalu nya salah manjang. 8 tahun lepas dah mula harga barang naik mcm roket. Sebelum tu suami beri rm50 boleh lah belanja barang dapur. Selepas tu harga barang pasar naik. Minta lebih suami kata selalu 50 je napa nak lebih. Saya kata brg dah naik. Mula dari situ every weekend bawa suami ke pasar, saya tak minta duit pasar biar dia bayar. Terkejut beruk dia dengar harga barang belian. Dlm kereta dia terduduk. Lepas tu je isteri dia apa lagi bebel lah panjang sampai telinga overload. Tu je cara nak bagi suami paham kan. Klu berdebat pun tak guna.”
“Sebelum ni suami 100% provider. Sy fully housewife, anak sorang (time tu), anxiety and ocd fighter. Dan suami tak pernah sentuh 1 pun kerja rumah waima jaga anak sekali pun. Alhamdulillah suami bukan jenis cerewet. Tak nak masak? Ok beli atau makan kat luar. Malas kemas rumah? Ok je. Tak sempat iron semua baju? Ok je. Until satu hari kami diuji dgn masalah kewangan — sy kena keluar bekerja. Sy risau ya. Risau sy penat fizikal mental nak handle rumahtangga lagi kerja lagi. Suami mmg tak pernah buat kerja rumah. Anak dah masuk 2 orang time ni. Bila dah jadi macam ni, sy baru nampak sisi lain suami. Yang selama ni tak pernah tukar lampin anak, tak pernah masak, tak pernah jemur baju. Now, bab jaga anak dia lagi perfect dari sy. Masak lagi sedap dia dari sy. Jemur kain lagi teratur dari sy. Bab kemas rumah je la kena ketuk sikit.”
Kisah ini secara tidak langsung membuka mata bahawa kerja seorang isteri bukanlah semudah yang disangka. Di sebalik senyuman dan ketenangan yang ditunjukkan, ada pengorbanan besar serta tekanan yang mereka tanggung.
Semoga perkongsian ini menjadi pengajaran untuk kita lebih menghargai pasangan, terutama para isteri yang tanpa henti berjuang demi keluarga.
Suasana penuh ceria dan nostalgia menyerikan Karnival Siang Malam Karangkraf yang berlangsung pada 27 Julai lalu, apabila seramai 40 orang kanak-kanak berusia antara 3 hingga 7 tahun berhimpun dalam Program Pertandingan Himpunan Saloma dan P. Ramlee Si Cilik.
Acara ini benar-benar mencuri tumpuan pengunjung karnival dengan kecomelan dan gaya luar biasa peserta-peserta cilik yang tampil berbusana klasik mengikut tema ikon seni negara P. Ramlee dan Saloma.
Ada yang bergaya lengkap dengan baju Melayu, songkok dan cermin mata bulat ala P. Ramlee, manakala si cilik perempuan pula tampil anggun dengan baju kurung klasik berkilat, kain kembang dan sanggul ikonik ala Saloma. Pendek kata, vibe zaman hitam putih 50-an dan 60-an terasa hidup semula di pentas!
Bergambar di Photobooth, Memang Pandai Bergaya!
Sebelum berarak ke pentas utama, para peserta sempat bergambar di photobooth dengan gaya tersendiri. Memang terserlah bakat dan kepandaian anak-anak ini beraksi di hadapan kamera!
Antara koleksi gambar-gambar peserta Himpunan Cilik Ala Saloma & P. Ramlee,
Pertandingan dimulakan dengan perarakan para peserta menuju ke pentas utama. Masing-masing melangkah penuh semangat dan keyakinan walaupun usia baru setahun jagung. Biarpun cuaca agak panas, namun semangat yang dilontarkan oleh anak-anak sungguh mengagumkan!
Sebaik sahaja berada di pentas, penuh berani, anak-anak kecil ini seorang demi seorang memperkenalkan diri dan menyatakan umur dengan petah, ada yang malu-malu kucing, tapi semuanya mencuit hati!
Ada peserta mempersembahkan penuh gaya, menari, malah ada yang siap berlakon mini sketsa ala filem lama. Meskipun usia masih kecil, persembahan mereka menghiburkan, mencuri perhatian penonton sepanjang acara berlangsung. Melihat keletah si cilik memang menghiburkan. Pasti jadi momen manis buat mereka dan sudah pastinya ibu ayah yang menjadi pembakar semangat mereka.
Pertandingan ini menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai. Tidak ketinggalan, penyertaan turut dimeriahkan oleh Tadika Integrasi Genius Khalifah dan Taska Kasih Tok Abah dari Kajang, Selangor yang turut menghantar wakil-wakil cilik mereka dalam pertandingan ini.
Tahniah buat pemenang!
Tempat Pertama, adik Ifra Mikayla, tempat kedua adik Allysha Raihana, tempat ketiga, adik Noor Adrean Mateen dan saguhati adik Raisha Eryna dan Qisya Afeeya. Para pemenang membawa pulang hadiah wang tunai RM200 (tempat pertama), RM150 (kedua), RM50 (ketiga) dan RM50 bagi setiap saguhati, termasuk hamper menarik. Senyuman puas jelas terpancar di wajah para peserta dan ibu bapa mereka.
Program ini bukan sekadar pertandingan, tapi juga satu pentas santai yang menyatukan hiburan keluarga, warisan seni, serta semangat kenegaraan dalam suasana mesra karnival. Walaupun kecil, anak-anak ini membuktikan bahawa bakat mereka besar dan penuh potensi!
Arwah Nurin Jazlin dah genap 25 tahun jika masih ‘ada’ ucapan hari lahir bapa undang sebak. Biarpun sudah 17 tahun berlalu, namun kisah tragis menimpa seorang kanak-kanak bernama Nurin Jazlin masih segar dalam ingatan masyarakat.
Arwah Nurin Jazlin Dah Genap 25 tahun Jika Masih ‘Ada’ Ucapan Hari Lahir Bapa Undang Sebak
11 September merupakan ulang tahun ke-25 tahun buat Nurin Jazlin Jazimin, kanak-kanak yang dibunuh kejam 17 tahun lalu,
Bapa Allahyarhamah, Jazimin Abdul Jalil memuatnaik ucapan hari lahir menerusi akaun Facebook dan TikToknya.
Dalam hantaran tersebut, Jazimin berkongsi gambar Nurin Jazlin yang ketika itu berusia lapan tahun beserta tulisan ’11 September 1999, Al-Fatihah’.
Menjengah ke ruangan komen, hantaran Jazimin dibanjiri dengan ucapan hari lahir berserta takziah. Ramai yang mendoakan semoga keadilan dapat ditegakkan buat Allahyarham.
Berikut antara komen-komen warga maya:
INFO TENTANG KISAH NURIN JAZLIN JAZIMIN
*Anak kedua daripada tiga beradik kepada pasangan Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistaman diculik pada 20 Ogos 2007 ketika dia meninggalkan rumah sendirian untuk menuju ke pasar malam di Wangsa Maju.
*Kegagalannya pulang menyebabkan adik-beradik serta ibu bapanya cemas dan tertekan.
*Pada pagi 17 September 2007, mayatnya ditemui dalam beg sukan di Petaling Jaya.
*Siasatan kemudiannya mengesahkan bahawa dia dirogol dan dibunuh.
Pada 2018, bapa Nurin menggesa pegawai polis membuka semula kes pembunuhan anaknya itu dengan harapan dapat mencari sesuatu yang baharu dengan penggunaan teknologi moden tetapi rayuannya tidak pernah dikabulkan.
Identiti penyerang masih bebas dan kes masih belum selesai sehingga hari ini.
Kita baru sahaja menerima berita yang mengejutkan ramai pihak apabila pasangan selebriti, Mizz Nina dan Noh Salleh sudah berpisah talak satu semalam di Mahkamah Syariah Daerah Gombak semalam.
Rata-rata sedih mendengar keputusan tersebut, malah ramai yang memuji sikap pasangan ini yang tidak menceritakan tentang masalah rumahtangga kepada umum walaupun mereka selebriti kesayangan ramai.
Ini antara sikap Mizz Nina sebagai isteri dan ibu yang boleh dicontohi ramai. Perwatakanya yang lemah lembut, tutur kata yang baik pasti membuatkan ramai yang senang denganya. Ikuti perkongsian daripada Puan Suryani Yaakob ini.
Betapa banyak sikap baik Mizz Nina yang matang dan elok dibuat contoh.
Membaca berita ini, buat saya sedih sekali. Tapi pada masa yang sama tetap hormat yang sama datang pada Mizz Nina. Malah lebih lagi.
Kebanyakan perempuan bila bercerai, apatah lagi dengan banyaknya sokongan pada dirinya akan memilih untuk mengambil peluang menceritakan aib dan buruknya sikap secara terbuka.
Tapi Mizz Nina tetap seperti yang saya tulis sebelumnya. Kekal tenang, matang dan baik hati.
Tetap berterima kasih pada bekas suami. Tetap setia menjadi sahabat baik walau bukan lagi menjadi isteri. Tetap mohon mendoakan kebaikan buat Noh. Tetap mohon jangan dibuka dan dijaja berita yang boleh jadi fitnah.
Dalam post yang lain tetap punya percaya pada kuasa yang Esa. Setiap satu ujian sentiasa ada hikmah dan kebaikan di sebaliknya.
Indeed.
May you grow strong.
Kami mendoakan agar Mizz Nina, Noh Salleh dan baby Musa sentiasa dalam rahmat-Nya.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.