Tak sangka dalam situasi yang kita sedang hadapi, ada pertambahan kes yang kita tak jangka pun akan meningkat. Ramai tak sangka angka kes penderaan ini salah satu punca kebanyakan ibu bapa stres bila berada di rumah ini.

Keadaan ini bukan omongan kosong tetapi ia memang realiti dan perlu diambil serius oleh masyarakat. Mungkin kita nampak remeh tapi hakikatnya ia sangat berbahaya dalam institusi masyarakat hari ini.

Melalui apa yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari keadaan ini perlu dapat kerjasama dari semua.

Stres Punca Kes Dera Kanak-Kanak Meningkat Sepanjang 2 Minggu Tempoh PKP

*BAGAIMANAKAH KITA BOLEH MEMBANTU?*

Rasa sempit sangat-sangat dada ni bila dapat tahu makin banyak kes penderaan berlaku sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni berjalan.

Rupa-rupanya perkhidmatan Talian Kasih dah terima hampir 2000 panggilan berkait dengan isu kanak-kanak dan penderaan domestik sejak 2 minggu lalu.

*Peningkatan sebanyak 57% dalam masa 14 hari saja!*

Kalau ikutkan apa yang diberitahu oleh Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM), hampir semua kes tu berlaku berpunca dari perasaan panik dan tekanan yang berlaku dalam keluarga sepanjang tempoh PKP berlangsung.

Bila satu keluarga banyak berkurung dalam rumah, mata pencarian terjejas, simpanan menyusut, memang akan beri effect yang teruk pada emosi emak dan ayah.

IKLAN

Tak pasal pasal anak kecil yang tak berdaya jadi tempat melepaskan tekanan.

Stres Punca Kes Dera Kanak-Kanak Meningkat Sepanjang 2 Minggu Tempoh PKP

Anak salah sikit, kena tengking!

Anak silap sikit, kena balun!

Rumah bersepah sikit, anak kena kurung!

Sekiranya berulang setiap hari, kita risau tamat tempoh PKP ni akan ada ramai anak-anak yang terjejas kesihatan fizikal dan rosak emosinya.

IKLAN

Mak ayah yang lemah kawalan emosi ditakuti mereka akan mengalami stres yang kronik kalau benda ni dibiarkan berterusan.

Anak yang selalu didera pulak biasanya hilang rasa selamat, rasa diri kurang disayangi, jadi terlampau rendah diri dan paling kita bimbang mereka nanti jadi sangat susah nak dibentuk dan dikawal.

Akhirnya mangsa keadaan ni semua berubah jadi makin pendiam dan kurang kreatif sebab trauma yang teruk.

Jika kita tak cegah segera, anak yang rosak emosinya suatu hari nanti berpotensi jadi perosak emosi adik beradik dan kawan-kawan di sekelilingnya!

Kawan-kawan,

IKLAN

Masalah kesihatan mental wajib ambil serius dan kita semua kena main peranan sama-sama.

*Perhatikan jiran-jiran sekeliling*

Duduk dekat rumah sekalipun bukan bermakna kita kena jadi orang yang pentingkan diri dan tak hirau langsung apa yang berlaku pada keluarga di sebelah.

Stres Punca Kes Dera Kanak-Kanak Meningkat Sepanjang 2 Minggu Tempoh PKP

Siapa tahu keprihatinan kita mampu menyelamatkan nyawa dan masa depan kanak kanak yang didera.

Sekiranya kalian sendiri memerlukan bantuan kaunseling atau nak laporkan mana mana kes penderaan, segeralah berhubung dengan nombor *Talian Kasih – 15999*

Tolong ya.

#Kongsikan info ni pada seramai mungkin yang berada dekat luar sana. Mudah-mudahan kes penderaan kanak kanak ni dapat kita banteras dan lebih banyak keluarga yang dapat diselamatkan.

Sumber: Dr Ahmad Luqman Bukhari

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI