Tangisan bayi di tengah malam bukanlah suatu perkara asing buat ibu bapa baharu. Jika bayi terjaga di tengah malam, bukan ibu bapa sahaja yang akan merasa kesannya (tidak cukup tidur).
Bahkan juga, si manja turut merasai kesan akibat tidak mendapat tidur yang lena. Hal ini kerana, bayi yang tidak mendapat tidur yang cukup boleh mengganggu proses tumbesaran mereka. Bagi membantu si manja mendapatkan tidur yang lena pada malam hari, cuba ikuti panduan di bawah:
Cukup makan
Sebelum tidur, pastikan bayi sudah diberikan susu yang mencukupi bagi mengelakkan dia terjaga di tengah malam untuk menyusu.
Bersihkan badan
Sebelum tidur, lap badan bayi menggunakan tuala yang direndam dengan air suam.
Ads
Urutan
Selepas membersihkan badan bayi, lakukan urutan lembut pada tubuh badan bayi termasuk tangan dan kaki. Penggunaan minyak bayi ataupun losen boleh membantu proses urutan dan harumannya boleh merangsang si manja mendapatkan tidur yang lena.
Persekitaran
Jika ingin menidurkan bayi, pastikan pencahayaan dalam bilik tidur suram.
Ads
Lullaby
Anda boleh memasang alunan muzik lullaby ataupun zikir yang sesuai bagi merangsang mood tidur si manja.
Pakaian
Tahukah anda bahawa faktor pakaian semasa tidur juga boleh membuatkan si manja terjaga daripada tidur. Jadi, pastikan anda memakaikan bayi dengan pakaian yang sesuai dan selesa biarpun semasa dia sedang tidur. Anda boleh juga membalutkan tubuh bayi dengan selimut nipis untuk menghangatkan tubuhnya semasa tidur.
Ads
Rutin tidur
Ajar si manja tidur pada satu-satu waktu. Contohnya, terus bawa si manja tidur pada setiap jam 9 malam pada setiap hari. Dengan cara ini, bayi anda akan mengulangi waktu tidur yang sama setiap hari.
Beza siang dan malam
Bayi memang akan tidur tidak kira siang ataupun malam. Namun, anda perlu ajar bayi membezakan tidur siang dan malam mereka dengan cara membiarkan bayi tidur di bakul bayi pada waktu siang dan tidur di katil bayi ataupun bersama anda pada waktu malam.
Jika bayi anda terjaga pada waktu malam, tepuklah punggung atau pahanya dengan lembut bagi merangsangnya untuk terus tidur. Sekiranya si manja menangis, periksa sama ada berlaku kebocoran lampin. Anda juga boleh mendukung bayi anda seketika sambil mendodoinya dengan suara yang perlahan.
Bayi yang sering menghisap jari atau tangan bukanlah satu perkara yang pelik atau luar biasa. Malah, ia adalah sebahagian daripada proses perkembangan semula jadi bayi. Walau bagaimanapun, sebagai ibu bapa, sudah tentu anda risau sekiranya tabiat ini berlanjutan atau memberi kesan buruk pada kesihatan bayi.
Adakah bayi anda sedang mengalami perubahan perkembangan atau ada sesuatu yang perlu diberi perhatian? Jangan risau, kami akan berkongsi dengan anda 5 sebab utama mengapa bayi suka menghisap jari, serta perkara penting yang perlu ibu bapa tahu!
Apabila bayi mula sedar bahawa tangan adalah sebahagian daripada tubuh mereka, mereka akan mula menggunakannya sebagai alat permainan. Pada usia 2-3 bulan, bayi mula menjelajahi tubuh mereka, dan salah satu cara mereka belajar adalah dengan memasukkan tangan ke dalam mulut. Ini adalah refleks semula jadi yang membantu mereka memupuk koordinasi mata-tangan serta merangsang deria mereka.
Apa yang perlu ibu bapa tahu? Proses ini adalah sebahagian daripada perkembangan motor halus yang penting. Jangan halang tabiat ini kerana ia menunjukkan bahawa bayi sedang berkembang dengan baik.
Salah satu punca utama bayi menghisap jari adalah kerana mereka sedang dalam proses tumbuh gigi. Apabila gigi mula tumbuh, gusi bayi menjadi gatal dan sensitif, dan mereka akan cenderung mengunyah atau menghisap jari untuk melegakan ketidakselesaan tersebut.
Tanda-tanda bayi tumbuh gigi:
Gusi bengkak atau merah
Air liur berlebihan
Meragam atau mudah marah
Suka mengunyah apa sahaja, termasuk jari
Petua untuk ibu bapa: Pastikan anda menyediakan mainan teether yang selamat dan bersih untuk membantu menenangkan gusi bayi. Ini dapat mengurangkan kebiasaan menghisap jari jika berlarutan.
Kadangkala, bayi menghisap jari kerana mereka lapar. Sebelum mereka mula menangis, bayi sering menunjukkan tanda lapar dengan menghisap jari atau mulut mereka. Sebagai ibu bapa, anda harus peka kepada isyarat ini kerana ia adalah cara bayi memberitahu mereka bahawa masa menyusu sudah tiba.
Tanda-tanda lapar pada bayi:
Mulut terbuka luas
Menggerakkan kepala ke arah dada ibu (mencari susu)
Mengunyah atau menghisap jari dengan kuat
Tip: Jika bayi mula menghisap jari, ini mungkin isyarat bahawa mereka sudah tiba masanya untuk menyusu. Segera beri perhatian untuk elakkan bayi menangis terlebih dahulu.
Sebagai bayi, mereka sering merasa cemas atau tidak selesa apabila berhadapan dengan situasi baru, atau apabila mereka keletihan. Menghisap jari adalah salah satu cara mereka mencari ketenangan dan keselesaan. Ini adalah tindakan semula jadi bayi untuk menenangkan diri ketika mereka merasa bosan, penat, atau tidak selesa.
Apa yang ibu bapa boleh buat? Jika bayi sering menghisap jari kerana mencari keselesaan, pertimbangkan untuk menggunakan puting bayi setelah penyusuan berjalan lancar. Puting boleh memberikan rasa selamat dan menenangkan bayi tanpa menjejaskan kesihatan mereka.
Kadangkala, bayi menghisap jari kerana mereka merasa senang dan terhibur. Ini adalah cara mereka mengeksplorasi dunia di sekitar mereka, terutamanya apabila mereka sedang belajar menggunakan deria sentuhan, rasa, dan penglihatan mereka. Aktiviti ini memberikan rangsangan deria yang menyeronokkan untuk bayi.
Cara ibu bapa boleh bantu:
Berikan mainan yang sesuai dengan usia bayi untuk menggantikan tabiat menghisap jari.
Pilih mainan yang selamat dan merangsang deria bayi, seperti buku kain atau mainan berwarna cerah.
Walaupun menghisap jari adalah sebahagian daripada perkembangan normal, ibu bapa tetap perlu memastikan kebersihan bayi dijaga. Ini penting untuk mengelakkan risiko jangkitan atau bakteria. Pastikan bayi sentiasa mencuci tangan dan elakkan bayi menghisap jari ketika mereka berada di tempat yang kotor atau terdedah kepada bakteria.
Menghisap jari adalah normal bagi kebanyakan bayi, tetapi jika tabiat ini berlanjutan sehingga usia yang lebih tua (contohnya selepas usia 4 tahun), ia boleh menjadi satu masalah. Jika bayi mula menunjukkan gejala-gejala yang luar biasa atau tabiat ini menjadi obsesif, segeralah berjumpa dengan pakar kanak-kanak untuk mendapatkan nasihat lanjut.
Tabiat bayi menghisap jari bukanlah sesuatu yang perlu dikhawatirkan secara berlebihan, kerana ia adalah proses semula jadi dalam perkembangan mereka. Namun, ibu bapa harus peka dan memberikan perhatian kepada tanda-tanda atau perubahan lain yang mungkin berlaku. Menghisap jari adalah sebahagian daripada pembelajaran bayi dalam mengenal diri mereka dan dunia di sekeliling.
Yang paling penting, jangan terlalu cepat menilai atau menghukum bayi. Seiring dengan pertumbuhan mereka, kebanyakan bayi akan berhenti menghisap jari secara semula jadi. Dengan pemantauan dan perhatian yang teliti, ibu bapa dapat membantu si kecil berkembang dengan sihat dan bahagia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon Anzalna Nasir menyuarakan hasratnya untuk membantu mana-mana pasangan yang memerlukan bantuan khususnya bagi mereka yang baru sahaja mempunyai bayi.
Anzalna atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md. Nasir, 31, berkongsi berita tersebut menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram beberapa hari lalu.
“Sekarang ini, kebanyakan wang dibelanjakan buat bayi saya. Bagaimanapun, saya juga berhasrat untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
“Terutamanya mereka yang mempunyai bayi yang baru lahir. Sekiranya kalian mengenali sesiapa yang memerlukan, sila tag mereka di ruangan komen instagram saya.
“Saya berbesar hati untuk membantu mereka,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Hal itu kemudian mendapat pelbagai maklum balas dalam kalangan netizen.
Ada yang menyarankan Anzalna untuk merujuk terus kepada pihak hospital bagi mengenal pasti individu yang memerlukan bantuan.
“Anzalna boleh pergi tengok kat hospital kerajaan. Sebenarnya banyak bayi yang orang tak nak. Ada juga baby yang dilahirkan tanpa ayah. Kesian sangat.
“Boleh terus ke Institut Jantung Negara untuk bantu melalui tabung yayasan yang kebanyakannya diberi bantuan kepada yang betul-betul memerlukan bantuan puan,” saran sebahagian netizen.
Dalam pada itu, Anzalna turut berkongsi gambar terkini dirinya bersama buah hati sulungnya, Mohamad Eidrees Hanif yang kini sudah genap berusia lima bulan.
“Saya berjanji untuk memberikan kamu kebahagiaan dan selalu manjakan kamu,” tulisnya.
Anzalna mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Hanif Zaki, 31, pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata sulung pada 31 Mei lalu.
Sumber: ig Anzalna Nasir & Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Selepas itu dia akan berjaga sehingga ke waktu subuh. Tak ada masalah, saya dan isteri bergilir-gilir jaga Fateh,” ujarnya.
Terdahulu, Adam atau nama sebenarnya, Adam Corrie Lee Abdullah telah memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, pada 21 November 2008.
Adam dan Fazema dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Fateh Lee pada 11 Julai lalu selepas 10 tahun penantian.
Sumber: Gempak & ig adamcorrielee
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kira-kira 200 pelajar di Surabaya mengalami keracunan makanan selepas menikmati hidangan percuma tajaan kerajaan Indonesia sehingga mencetuskan siasatan pihak berkuasa.