Anak Boleh Dapat Serangan Strok Haba Dalam Bilik Tidur, Ini 8 Cara Elak Yang Ibu Bapa Wajib Tahu!

Share

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan kejadian tragis apabila seorang kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia akibat strok haba selepas dipercayai ditinggalkan bersendirian di dalam kereta selama hampir tiga hingga empat jam. Kejadian ini mengejutkan ramai ibu bapa sekaligus mengingatkan kita bahawa strok haba bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Namun, apa yang ramai tak tahu, strok haba juga boleh berlaku walaupun anak berada di dalam rumah sendiri! Ya, bukan hanya di bawah terik matahari  suhu tinggi dalam bilik tertutup juga boleh menyebabkan serangan panas melampau yang berbahaya kepada kanak-kanak.

Strok Haba Bukan Sekadar “Demam Panas”

Gamgar Hiasan AI

Setiap kali suhu badan anak meningkat mendadak, ramai ibu ayah terus menganggap ia tanda demam biasa. Tapi sebenarnya, peningkatan suhu yang terlalu tinggi dan mendadak boleh jadi tanda strok haba  keadaan di mana badan gagal menyejukkan diri sendiri.

Persoalannya, apakah punca sebenar strok haba? Dan adakah hanya kanak-kanak yang berisiko?

Kisah Benar: Kanak-Kanak Diserang Strok Haba Dalam Bilik Sendiri

Apabila Jennifer Abma menemui anak perempuannya, Anastasia yang berusia 3 tahun (2017)dalam keadaan begini, dia tidak dapat mengejutkannya. Pasukan paramedik segera memberikan rawatan, dan Jennifer berkongsi kisahnya untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa lain.

Pada tahun 2017 di Amerika Syarikat, seorang ibu bernama Jennifer Abma berkongsi pengalaman cemas apabila anaknya, Anastasia

, diserang strok haba semasa tidur di dalam bilik.

Dia menemui anaknya tidak sedarkan diri, berpeluh banyak, muka merah dan suhu badan panas luar biasa  seolah-olah mendidih. Dalam keadaan panik, Jennifer terus menghubungi ambulans. Mujur, Anastasia sempat diselamatkan dan pulih selepas dirawat.

Ibu Anastasia pernah berkata- “Semoga ibu bapa lain boleh ambil iktibar & pastikan anda semak suhu dalam setiap bilik rumah, kerana ia boleh jadi sama berbahaya seperti meninggalkan anak dalam kereta panas.”

Anastasia si comel yang lincah

Kisah ini membuka mata ramai bahawa strok haba boleh menyerang walaupun tanpa pendedahan terus kepada cahaya matahari.

Punca Strok Haba Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

Gamgar Hiasan AI

Secara perubatan, strok haba berlaku apabila suhu badan meningkat secara mendadak hingga 40°C (104°F) atau lebih tinggi  keadaan ini dikenali sebagai hipertermia.

Golongan yang berisiko termasuk:

  • Kanak-kanak kecil
  • Warga emas, terutama yang ada penyakit jantung, buah pinggang atau paru-paru
  • Atlet yang berlatih di luar rumah
  • Pekerja luar seperti petani, buruh atau nelayan
  • Individu dalam kenderaan tertutup tanpa penyaman udara

Tanda-Tanda Awal Strok Haba

Gamgar Hiasan AI

Perhatikan simptom-simptom ini:

  • Suhu badan mencecah 40°C ke atas
  • Berpeluh berlebihan atau sebaliknya tidak berpeluh langsung
  • Muka merah dan panas
  • Sakit kepala, mual, muntah
  • Haus melampau dan air kencing jadi pekat
  • Otot kejang di kaki, lengan atau perut
  • Degupan jantung laju, ruam merah pada kulit
  • Pengsan atau tidak sedarkan diri

Jika anak menunjukkan tanda-tanda ini, segera pindahkan ke tempat sejuk, longgarkan pakaian, beri minum air, dan bawa ke klinik atau hospital segera.

5 Cara Elak Strok Haba Untuk Anak-Anak

Gamgar Hiasan AI

1. Pastikan Anak Minum Air Secukupnya

Jangan tunggu anak minta baru bagi. Kanak-kanak cepat dehidrasi bila berpeluh. Ajar mereka minum air kosong dengan kerap. Elakkan minuman manis atau bergas, sebab ia boleh buat badan lebih cepat kering.

2. Elak Aktiviti Berat Waktu Tengah Hari

Elakkan anak main di luar antara 11 pagi hingga 4 petang. Galakkan aktiviti indoor, atau tunggu lepas Asar bila suhu lebih sejuk.

3. Pilih Pakaian Yang Sesuai

Pakaikan anak baju nipis, longgar dan berwarna cerah. Fabrik cotton paling ideal sebab menyerap peluh dan benarkan udara keluar masuk.

4. Jangan Tinggalkan Anak Dalam Kereta

Walaupun “kejap je”, suhu dalam kereta boleh naik mendadak lebih 40°C dalam beberapa minit. Jadi, jangan ambil risiko — bawa anak bersama walau keluar sekejap.

5. Pantau Tanda Awal Strok Haba

Jika anak kelihatan letih luar biasa, muka merah, atau muntah, segera bertindak sebelum terlambat. Bawa ke tempat teduh dan beri air minum sebelum dapatkan bantuan perubatan.

Cara Merawat & Kawal Suhu Dalam Rumah

Gamgar Hiasan AI

Kalau anak mula tunjuk tanda tak selesa masa cuaca panas, cuba langkah ni:

  • Tetapkan suhu penyaman udara sekitar 24°C
  • Elak pakaikan anak pakaian terlalu tebal atau ketat
  • Galakkan anak minum air putih secara berkala
  • Hidangkan makanan berkuah atau berair seperti sup
  • Elakkan anak tidur berselimut tebal

Ramai sangka strok haba hanya berlaku bila anak main di bawah panas matahari, tapi hakikatnya  ia boleh berlaku walaupun dalam bilik tidur sendiri jika suhu terlalu tinggi dan pengudaraan tak baik.

Sebagai ibu bapa, tanggungjawab kita ialah mengesan, mencegah dan bertindak cepat. Cuaca boleh panas melampau, tapi kasih sayang dan keprihatinan kita boleh jadi pelindung terbaik buat anak-anak.

Ekstra Tip: Lindungi Anak Semasa Cuaca Panas Melampau

  • Periksa suhu bilik anak setiap hari: Gunakan termometer bilik atau smart temperature monitor untuk pastikan suhu tak melebihi 27°C. Kalau bilik tak ada aircond, buka tingkap dan guna kipas angin arahkan ke dinding, bukan terus ke badan anak.
  • Hadkan penggunaan gadget dan skrin panjang masa: Peranti elektronik seperti tablet dan telefon juga keluarkan haba. Bila anak guna lama, suhu badan boleh meningkat tanpa sedar.
  • Pastikan anak makan buah-buahan segar: Buah seperti tembikai, oren, dan epal bukan saja tinggi air tapi juga bantu menyejukkan badan dari dalam.
  • Sediakan tuala sejuk atau ice pack kecil: Kalau anak mula rasa panas atau tak selesa, tuamkan tuala sejuk di dahi, tengkuk, atau ketiak.
  • Peka pada anak kecil dan bayi: Bayi bawah dua tahun lebih cepat terdedah kepada strok haba sebab sistem peluh mereka belum matang. Pastikan mereka sentiasa di tempat teduh dan diberi susu secukupnya.

Cegah Strok Haba Sebelum Terlambat

Strok haba boleh berlaku dalam sekelip mata, kadang tanpa kita sedar pun. Sebagai ibu bapa, kuncinya ialah pemerhatian dan kesedaran. Jangan tunggu anak nampak lemah baru bertindak. Dalam musim panas ekstrem sekarang ni, langkah kecil seperti beri air cukup, kawal suhu bilik, dan pantau aktiviti anak boleh jadi penyelamat nyawa.

Sumber: Children.com  & today.com

Published by
Nor Yusoff