Wanita ini pernah tular kerana busana Hello Kitty yang dipakainya bagi menyambut ketibaan 1 Syawal. Terbaharu, kisahnya mempunyai 35 pasang baju bertemakan kartun popular itu hangat menjadi bualan di negara jiran Indonesia.
Malah, keluarganya mendapat liputan oleh media di negara Republik itu, baru-baru ini.
Menerusi laporan mStar, wanita berkenaan, Yus Amina Mohd Zawizah tidak menyangka kisah baju raya Hello Kitty mendapat sambutan di Indonesia menjelang sambutan Aidilfitri.
Wanita berusia 32 tahun itu memberitahu, kesannya cukup luar biasa kerana akaun laman sosialnya dihujani dengan mesej secara langsung (DM) daripada para pengikut di negara itu.
“Viral kat Indonesia, fanatik mereka lagi kuat. Jadi, bila media Indonesia buat liputan mengenai baju raya Hello Kitty baru-baru ini, ramai dari sana DM saya.
“Mereka tanya di mana beli kainnya, berapa harganya siap ada yang mahu beli preloved (baju terpakai) saya. Rata-rata mereka mahu menjadikannya sebagai inspirasi baju raya di Indonesia tahun ini,” katanya ketika dihubungi.
Lebih mesra disapa Afina, katanya sejak menjadikan Hello Kitty sebagai inspirasi busana Aidilfitri bermula 2015, sebahagian kainnya ditempah khas dari Jakarta.
Malah bagi menyambut lebaran tahun ini, katanya, sebanyak dua pasang disediakan untuk setiap ahli keluarganya termasuk dua anak, masing-masing seorang perempuan dan lelaki.
Ads
“Raya tahun ini saya dah sediakan lima pasang, termasuk dua pasang baju Hello Kitty untuk setiap seorang.
“Kelima-lima pasang baju untuk empat beranak berharga lebih RM25,000 termasuk harga kain dan servis tempahan,” ujarnya yang berasal dari Machang, Kelantan.
Menurut usahawan kosmetik tersebut, tahun ini memberi cabaran kerana anak lelakinya berusia hampir tiga tahun tidak menggemari pakaian berinspirasikan kartun kucing itu.
“Anak lelaki saya akan menangis dan memberontak kalau dipakaikan baju Hello Kitty. Dia lebih suka watak kartun yang beraksi lawan-lawan.
Ads
“Tahun lepas baju raya Hello Kitty, anak lelaki saya hanya pakai sekejap saja. Sudahnya dia lebih selesa pakai baju raya watak kartun Captain America dan Ben 10,” katanya.
Walau bagaimanapun, Afina yang menyukai hidangan lemang dan ketupat berkata, raya kali ini buat pertama kali anak bongsunya itu akan beraya di kampung di Kelantan sejak lahir.
“Memang saya tak balik selama dua tahun ni. Satunya sebab PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) selama dua tahun, dan keluarga saya selalu datang ke Kuala Lumpur.
“Sebab first time dia balik kampung, jadi kami kena bagi mood baik untuk dia. Kalau mood dia tak baik, habislah dia tak pakai baju raya Hello Kitty tu,” tambahnya.
Ads
Tambah Afina, usaha ‘memujuk’ itu termasuk memberi peluang kepada anak lelakinya ‘hilang fokus’ dengan menonton kartun kegemarannya.
“Rancangnya nak pakai baju raya Hello Kitty raya pertama, tapi saya sedia berkorban pakai baju raya lain dulu. Nak buat macam mana, mood anak lelaki susah ‘nak beli’,” katanya.
Sumber : mStar
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie yang selamat bergelar ibu dan bapa selepas kelahiran cahaya mata sulung mereka Sabtu lalu.
Sheryl yang kini bergelar ibu selemat melahirkan bayi perempuan seberat 2.89kg secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.
Baik Sheryl, kedua-dua mereka turut meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kurniaan rezeki dari Allah itu malah bersyukur semuanya dipermudahkan.
“Alhamdulillah isteri telah selamat memlahirkan anak. Baru sahaja keluar bilik pembedahan. Isteri dan anak dalam keadaan sihat,” kongsinya.
Pengalaman paling berharga bagi Azzam pastinya dapat menamani isteri tercintanya saat berdepan detik cemas bagi menyambut cahaya mata sulung mereka.
Azzam yang berpeluang menemani isterinya itu turut menyaksikan sendiri pembedahan itu yang membuatkan dirinya insaf.
Malah kongsi Azzam lagi dia sudah pastinya tidak mampu membayar harga pengorbanan isterinya itu saat bertarung nyawa melahirkan cahaya mata sulung mereka.
“Sebenarnya saya masih terkejut lagi sekarang ini. Dalam masa sama saya amat gembira.
“Saya dapat masuk ke bilik pembedahan dan bersama isteri. Melihat doktor menyambut anak kami, mendengar bayi menangis adalah satu pengalaman yang tak akan saya lupakan. Ia satu yang sangat berharga buat saya,” ujarnya.
Azzam dan Sheryl mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Niat untuk membalas jasa dan penghargaan tidak hanya perlu berbelanja mahal dan berjenama. Asalkan sahaja ia pemberian yang ikhlas, cukup untuk membahagiakan insan lain.
Pemberian ikhlas seorang murid yang ingin membalas jasa cikgunya ini memang lain dari yang lain. Bukan berbentuk barangan tetapi sebaliknya udang besar bersaiz tapak kaki, saiz 13 yang bukan murah harganya.
Kisah yang dikongsikan oleh Cikgu Fadli Salleh menerusi facebooknya tentu sahaja mendapat perhatian ramai. Untungnya cikgu kerana dikasihi anak murid.
“Murid hadiahkan cikgunya udang besar tapak kaki saiz 13. Nak balas jasa cikgu katanya.
“Seronok jadi pendidik di kawasan pendalaman ni. Tengok muka cikgu pun tersenyum lebar kegembiraan.
“Itulah namanya rezeki. Semoga segala ilmu yang cikgu curahkan diberkati. Insyaallah.
Menerusi beberapa kepingan gambar yang dikongsikan oleh beliau, seorang murid kelihatan membawa masuk plastik berisi udang besar yang dipegangnya untuk diberikan kepada guru kelasnya.
Ikhlas memberi sebagai tanda penghargaan buat guru yang banyak menabur jasa untuknya sebelum mengenal hidup.
Perkongsian itu sudah semestinya menerima pelbagai reaksi malah ramai yang memuji anak kecil dan guru itu sendiri yang cukup disayangi murid dan keluarga.
Ubah cara berfikir, ubah cara berdoa. Ini antara senjata yang paling kuat untuk ibu bapa yang dikurniakan anak istimewa ataupun ketika menerima ujian dari Allah.
Seperti yang dikongsikan oleh bapa adik Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin dia dan isteri sentiasa setkan dalam minda bahawa Ainul tak sakit dan tidak sesekali melayan anaknya seperti seorang yang sakit.
Semangat inilah yang jadi penguatnya sejak Ainul lahir Ogos lalu sehinggalah hari ini.
Saya sentiasa setkan dalam minda bahawa Ainul Mardhiah tidak sakit, dan kami suami isteri tidak akan sesekali melayan Ainul Mardhiah seperti orang sakit.
Kami bawa dia pergi makan di luar, bawa jalan-jalan dan sebagainya. Tapi jangan salah faham, segala aspek keselamatan dan kebersihan telah dahulu kami pastikan dan selebihnya kami serahkan kepada Allah swt. Sebab Allah swt lah zat yang mengizinkan sesuatu perkara itu berlaku.
Sebenarnya, Allah sedang mendidik kami untuk menjadi ibu bapa yang lebih kuat, tabah, dan berfikiran bersih. Tidak bersangka-sangka terhadap Allah kecuali hanya bersangka baik terhadapNya.
Saya selalu membayangkan ketika dalam doa, Allah sedang memerhati kami anak beranak dengan senyuman, dan saya sentiasa membayangkan yang Allah sedang bercakap dengan kami melalui Ainul Mardhiah.
Allah SWT minta supaya kami bersabar, sabar, sabar dan doa tidak henti-henti. Allah SWT nak kuatkan kami untuk pergi level yang lebih tinggi. Jika tidak di dunia, inshaAllah ganjarannya di akhirat kelak.
Mungkin dengan kami berbakti kepada anak, di padang mahsyar nanti, Anak ini lah yang akan menarik kami ke syurgaNya. Mudah-mudahan dengan RahmatNya.
Allah angkat kesakitan Ainul cuma tinggalkan ketumbuhan
Ainul tidak menderita, apatah lagi terseksa.
Allah SWT itu Maha Adil lagi Maha Penyayang. Mana mungkin Zat yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang menyakiti hamba-hambaNya.
Sejak di awal kelahiran lagi Allah swt sudah mengangkat segala kesakitan Ainul Mardhiah ke langit. Cumanya Allah tinggalkan ” ketumbuhan ” itu untuk kita semua memuji kebesaranNya.
Yang sakitnya adalah kita; Mata yang melihat.
Bantu saya tuan/puan, usah gunakan lagi perkataan ” Bayi Yang Malang, Bayi yang terseksa, Bayi yang Menderita ” dan sebagainya kepada Ainul Mardhiah.
Sebab kata-kata kita adalah satu doa.
Doa yang baik-baik, kata yang baik-baik, akan dapat yang baik.
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur,...