Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pelakon Rebecca Nur Islam berdepan detik memilukan bila mana suami dan enam orang anaknya disahkan positif Covid-19 serentak.

Menerusi Instagramnya, Rebecca berkongsi kepayahan dan kegusaran hati yang dilaluinya kini. Bagi seorang ibu, ia bukan satu ujian yang mudah untuk dilalui.

“Assalammualaikum dukacita di makLumkan, pada hari ni hari Khamis #08072021, saya MUMMYBECCA mewakili en suami serta seisi keluarga, ingin memberitahu keluarga kami di serang penyakit COVID 19.

“Di dalam keluarga kami yang positif, suami saya Dato Norazam, enam anak kami, Nor Khayrin, Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Aliff Al Raffael, Nor Ahmet Al Reaggan dan Nor Aurora Riana.

“Pembantu kami juga positive 3 orang, Haishatul Akmal, Nur Ain dan Farrah,”tulisnya memberitahu.

Namun kata ibu kepada sembilan orang cahaya mata ini lagi, dia bersyukur dia dan tiga orang anaknya disahkan negatif.

Pun begitu katanya dia amat bimbangkan keadaan suami yang agak teruk berbanding anak-anaknya.

IKLAN

Mohon doa semua

Mengakui ia bukan ujian yang mudah, Datin Rebecca turut memohon doa dari semua.

“Dengan itu saya tersangatlah sedih sekarang ini dan terlalu berduka cita. Tapi apa pun saya bersyukur alhamdulillah saya sendiri dan dua orang anak saya, Nor Ari Qayyum dan Nor Anggerik Renesme negatif.

“Apa yang boleh saya katakan buat masa sekarang ini, tolong doakan untuk kami sekeluarga. Lebih-lebih kepada suami sayang yang teruk sedikit dari yang lain. Saya tahu suami saya kuat, insyallah.

IKLAN

“Minta maaf jika ada close contact yang terdekat dalam masa tujuh hari ke belakang. Saya harap anda cepat-cepat buat swab test ya.

“Doa anda semua saya perlukan,”kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Rebecca di Instagram terus memberikan semangat dan sokongan buat Rebecca dikala berdepan ujian semacam ini.

“Allahuakbar. Hopefully semuanya cepat sembuh dan Allah lindungi sentiasa. Aamiin Datin be strong and positive okay. We know Dato’ Azam and all the kids kuat.”

IKLAN

“Datin better buat pcr test bg yg negative .. sbb rtk x bpe kuat sgt deteck .. smoga semua keluarga datin cpt sembuh amin.”

“Allahukabar. Anak..makan Vitc banyak-banyak… Get well soon semoga dipermudahkan segala urusan.”

 

Semoga anak-anak dan suami lekas-lekas sembuh dan kembali menjalani rutin harian secepat mungkin.

Menarik:Nak Ibu Rehat & Happy, Rajinnya Muhammad, Diana Danielle Bangga Anak Pandai Berdikari

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @rebeccanurislamahmad