
Berita ni sungguh menyentap hati mana-mana isteri. Bayangkan sedang sarat hamil, mendapat khabar ketua keluarga pergi secara mengejut. Begitulah situasi yang dialami oleh wanita ini yang sarat hamil 5 bulan yang menunggu kelahiran zuriat ketiga mendapat khabar duka suami hilang di Jambatan Pulau Pinang.
Tular mengenai kejadian di Jabatan Pulau Pinang, apabila trafik tiba-tiba perlahan gara-gara satu kejadian yang buat ramai terdiam seorang lelaki dipercayai terjun ke laut, meninggalkan motosikalnya terparkir di tepi jambatan.
Beberapa foto yang tular di media sosial menunjukkan sebuah motosikal dan satu bungkusan pakaian yang ditinggalkan seolah-olah ada sesuatu yang terlalu berat untuk ditanggung hingga dia memilih jalan begitu.
Ailah minta orang ramai menulis komen yang baik-baik. Sehingga saat ini, keadaan lelaki tersebut masih belum diketahui lagi sama ada selamat mahupun sebaliknya. Sementara itu di aplikasi TikTok, Ailah, isteri kepada lelaki berkenaan meminta orang ramai untuk menghormati sensitiviti dan perasaan pihak keluarga yang sedang resah menunggu berita tentang insiden duka itu.
Orang percaya, Sayang ada…Sayang kuatlah, anak-anak tunggu Sayang
Tinjauan lanjut mendapati Ailah sempat memuat naik gambar mereka sekeluarga mengenakan baju raya sedondon. Tidak disangka di sebalik dugaan berat yang melanda, Ailah kini sedang hamil anak ketiga dengan usia kandungan 5 bulan, sementara bayi bongsunya baru berumur tujuh bulan.
Adik dia cakap, dia pergi dobi basuh baju.
Netizen sempat tertanya-tanya mengapa lelaki tersebut membawa pakaian yang dibungkus dalam plastik jernih. Pihak keluarga tampil menjelaskan bahawa tuan badan baru selesai daripada membasuh baju di kedai dobi. Saat mereka mengambil bungkusan pakaian berkenaan, ia masih basah dan wangi.