Memberi nama untuk anak yang baru lahir antara momen yang cukup indah buat semua ibu bapa. Mana taknya, masing-masing ada pilihan nama sendiri untuk anak lelaki atau perempuan.

Bukan itu saja, pasangan suami isteri pasti akan memilih nama yang baik maknanya. Ada yang suka dengan nama yang ringkas dan ada juga memilih untuk letak nama yang panjang. Apa sekalipun, biarlah pilihan nama itu yang elok dan jadi ‘doa’ hingga ke akhir hayat anak.

Bukti cinta dedikasikan pada nama anak

Namun bagi kisah tiga beradik ini di Indonesia, ibu bapanya memilih untuk meletakkan perkataan Dot Com di belakang nama anak-anak sebagai bukti cinta mereka bertemu di laman web Alamak Dot Com sebelum mengambil keputusan berkahwin.

Suami Isteri Jumpa Cinta Di Web Cari Jodoh. Setiap Nama Anak Ada ‘Dot Com’

Nama ketiga-tiga anak kepada pasangan ini tular di laman TikTok @ wakelotkangcopet88 pada Jumaat lalu (1/1/2021) apabila salah seorang anaknya berkongsi nama istimewa itu.

IKLAN

Letak Dot Com setiap nama anak

Nama tiga beradik itu adalah Salsabila Shofwah Alamak Dot Com, Mustaghfirin Nazhmi Ramadan Dot Com dan Daffa Fawwaz Robbani Dot Com.

Menurut anak kedua pasangan ini, Mustaghfirin Nazhmi, nama ini cukup unik. Bila kawan atau sesiapa saja tahu nama kami adik beradik ada penambahan Dot Com di belakang, ramai yang tak percaya.

Bercerita lanjut, suatu ketika dahulu, ibu bapanya berkenalan menerusi satu laman cari jodoh, Alamak Dot Com pada tahun 1999.

IKLAN

Jadi sebagai mengenang kisah pertemuan dan percintaan mereka, masing-masing setuju untuk mendedikasikan nama laman web tersebut pada setiap nama anak-anak.

Dulu selalu diejek, sekarang rasa bangga

Kongsi Mustaghfirin Nazhmi lagi, memang sejak kecil mereka tiga beradik sering diejek oleh rakan-rakan di sekolah dan cikgu pun tak percaya.

IKLAN

Suami Isteri Jumpa Cinta Di Web Cari Jodoh. Setiap Nama Anak Ada ‘Dot Com’

“Terutama ketika memasuki sekolah baru, guru dan rakan memang tak mempercayai namanya.

“Atas sebab itulah, saya sering diminta untuk membuktikan kesahihan nama unik ini,” katanya.

Apabila ditunjukkan bukti baru mereka faham. Namun apabila semakin besar, mereka dah tak kisah dengan nama tersebut walaupun diperli tetapi berasa sangat bangga dan istimewa.

Kredit: Tribunnews.com/Maliana

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI