Apabila masing-masing sibuk bekerja dan sebagainya, masa berkualiti untuk berdua juga semakin berkurangan. Paling malang sekali, jika langsung tiada masa yang boleh ‘dicuri’ untuk menghabiskan masa bersama-sama.
Menurut Akhtar Syamir, terdapat 10 aktiviti yang boleh dibuat bersama pasangan untuk mengeratkan hubungan suami isteri. Bagi anda yang belum pernah melakukannya, bolehlah dibuat bermula hari ini.
10+ Aktiviti Bersama Suami dan Isteri Untuk Eratkan Perhubungan.
1. Berpelukan selama 5 minit tanpa lepas. 2. Pakaikan pakaian untuk pasangan. 3. Bila di luar, pegang tangan pasangan tanpa lepas selama 5 minit.
4. Tenung pasangan selama 5 minit tanpa henti. Tak salah untuk berkelip mata, tetapi harus kekalkan pandangan pada pasangan.
5. Buat Intermittent Fasting (IF) bersama. 6. Potongkan kuku pasangan. 7. Bersihkan badan pasangan (mandi bersama). 8. Belikan hadiah kejutan untuk pasangan. Tak perlu yang mahal. 9. Masak bersama. Hasilkan satu menu baru.
Ads
10. Duduk berdua di sofa atau katil tanpa sebarang gangguan termasuklah telefon dan anak selama 1 jam paling kurang. Dilarang tidur.
11. Saling urut mengurut pasangan. Tak boleh sorang je urut, tak aci. 12. Layan movie romantik bersama. Cubalah cari satu cerita cinta. Hindustan boleh, Korea pun boleh. Cerita Melayu pun takpe. 13. Solat berjemaah bersama.
Pelakon, pengacara dan usahawan, Noor Neelofa mendedahkan rahsia kebahagiaan rumah tangganya bersama suaminya, Haris Ismail atau juga lebih dikenali sebagai PU Riz.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor di Instagran, dia berkata rahsia kebahagiaan rumah tangganya adalah sentiasa berpegang kepada nasihat suaminya.
Pendedahan tersebut dibuat secara spontan oleh ibu kepada dua cahaya mata itu ketika sesi podcast, setelah pengacara, Natasha Ozeir, menyatakan bahawa ada wanita berpendapat dalam sebuah rumah tangga mereka perlu menjadi isteri yang baik, pandai memasak, cantik, dan memiliki tubuh yang langsing.
Namun, Neelofa menolak dakwaan tersebut dengan menegaskan bahawa faktor-faktor itu bukanlah jaminan kebahagiaan dalam perkahwinan. Sebaliknya, saling menghormati antara pasangan adalah kunci utama untuk mencapai hubungan yang harmoni.
“Tapi Haris selalu bagi tahu dalam perkahwinan, bukan mengenai masakan,bentuk tubuh, dan wajah.”
“Tapi penghujungnya adalah rasa hormat. Serta akhlak dan adab you (isteri) kepada I sebagai suami. “
Dalam pada itu, turut membuat kenyataan bahawa siaran podcast berkenaan adalah rakaman yang telah dibuat pada bulan Jun lalu dan tiada kaitan dengan isu semasa.
Sekadar info, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Mereka dikurniakan Muhammad Bilal, 2, dan Abdullah Abbas, 1.
Sudah menjadi impian setiap wanita yang berkahwin untuk merasai nikmat mengandung dan melahirkan zuriatnya sendiri. Bukan semua orang dikurniakan rezeki untuk mudah ‘lekat’. Sesetengah wanita terpaksa melalui pelbagai liku-liku mencabar hanya kerana mencuba untuk hamil. Bukan sahaja bersedia dari segi fizikal bahkan mental juga perlu kuat untuk menjalani proses rawatan kesuburan.
Bagi yang mengikuti kehidupan ahli perniagaan yang cantik dan sentiasa merendah diri, Madammu pasti tahu tentang percubaannya untuk hamil selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Muhammad Azri Che Noh.
Disarankan untuk menjalani rawatan In Vitro Fertilization (IVF), pemilik nama Eriyca Baiduri ini bersikap terbuka mencubanya. Namun, ia bukanlah satu perjalanan yang mudah, banyak cabaran yang perlu dilalui wanita cantik ini.
Perlu Bed Rest Sedangkan Madammu Seorang Yang Aktif
Ketika kemuncak perjalanan IVF iaitu proses pemindahan embrio, Madammu terpaksa berehat dan bed rest. Ia adalah sesuatu yang sukar buat Madammu kerana kehidupannya yang aktif dan sentiasa sibuk menjadi kesukaran buatnya untuk hanya duduk rehat.
Menurutnya, fasa ini agak mencabar dirinya yang lasak dan tubuhnya mulai merasai tindak balas selepas mengambil beberapa jenis pil hormon mengikut saranan pakar. Setiap pil tersebut perlu diambil dalam jangka masa tertentu bagi mempersiapkan rahimnya untuk menjalani proses terpenting dalam rawatan IVF iaitu Frozen Embryo Transfer (FET).
Antara cabaran yang perlu dilalui oleh pengasas NOIR ini adalah kesukaran untuk tidur, pening kepala, susah untuk bangun serta mood swing. Akui Madammu, kesemua kesukaran yang dirasai itu sedikit-sebanyak mengganggu kerja hariannya.
“Pernah suatu ketika, Madammu dah get ready nak ke office, tetapi last minute Madammu boleh pula batalkannya. Jadi, meeting yang Madammu perlu hadiri pada hari tersebut terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir. Ini semua penangan daripada ubat hormon yang Madammu perlu ambil.”
Keluarga & Staf Cukup Memahami
Emosi Madammu sepanjang menjalani rawatan IVF banyak ‘naik-turun’. Bukan mudah dari sudut kesihatan fizikal dan juga mental. Banyak perasaan yang bercampur-baur, dalam bahagia, sedih, letih, marah dan sebagainya. Madammu melahirkan rasa syukur kerana dikurniakan suami, anak-anak serta staf yang banyak memahami dirinya.
Bukan mudah untuk dia mengawal perasaan tetapi orang-orang di sekeliling yang positif dan sentiasa memberi sokongan kepada Madammu banyak memberinya kekuatan.
Segala tangisan disembunyikan bagi memberi semangat buat ejen-ejen dan team NOIR. Ada satu ketika, Madammu mengalami perubahan emosi yang mendadak dan terpaksa turun ke Sabah untuk majlis pelancaran produk dan ketika itu dirinya mengalami pendarahan yang teruk.
Biarpun diuji begitu, sokongan dari keluarga dan staf memberi kekuatan buat Madammu untuk menjayakan majlis tersebut. Madammu menunjukkan dirinya yang positif, ceria penuh gelak tawa di sebalik kesakitan dan tangisan yang disembunyikan.
Perjalanan Sukar Penuh Berliku
Madammu berkata apabila dirinya sudah memulakan rawatan IVF, dirinya mahu menamatkannya biarpun penuh dugaan yang mencabar. Cabaran IVF yang dilalui setiap individu tidak sama, buat dirinya sendiri dia terpaksa membuang tiub fallopian, mengambil pelbagai jenis suntikan dan terpaksa makan pil hormon tertentu yang banyak mengganggu emosinya.
“Menjelang 7 hari terakhir sebelum menjalani proses rawatan kemuncak IVF iaitu FET ini, Madammu perlu mengambil ubat jenis ‘insert’ pula. Untuk pengambilan ubat ini, ia telah membuatkan pergerakan Madammu sangat terbatas.”
Untuk melalui proses FET, Madammu telah mempersiapkan diri dari segi fizikal, mental dan emosi terutamanya untuk bed rest. Kongsinya lagi, dirinya perlu bed rest dalam 10 hari pertama sebelum berjumpa dengan doktor pada tarikh 11 Oktober 2022. Pada tarikh ini ia bakal menentukan keputusan positif atau sebaliknya.
Seandainya pada tarikh tersebut Madammu berjaya mendapat berita ‘gembira’ atau keputusan yang ditunjukkan itu nanti positif,’ ia menandakan kandungan Madammu sudah mencecah 5 minggu.
Debaran Kian Terasa, Inilah Detik Yang Ditunggu-tunggu
Selepas menjalani lima bulan tempoh rawatan IVF yang penuh kesukaran, hari ini Madammu dan suami bersedia untuk berjumpa dengan pakar untuk mengetahui keputusan sama ada usaha mereka untuk hamil berjaya atau tidak.
Segala persiapan telah dibuat termasuklah dari segi emosi untuk menerima apa saja perkhabaran yang akan disampaikan oleh pakar yang merawat Madammu. Sama ada positif atau negatif, inilah masanya untuk mengetahui.
Tahniah, Madammu!
Biarpun debaran terasa, namun Madammu dan suami cukup tenang menuju ke bilik doktor untuk mengetahui keputusan rawatan IVF yang telah dijalani bermula bulan April yang lalu. Keterujaan team NOIR yang menemani Madammu mendengarkan perkhabaran baik ini diringi air mata. Masing-masing memeluk erat Madammu.
Dirinya kini hamil satu bulan, trimester pertama yang sangat mencabar. Suasana di dalam bilik doktor diselubungi rasa sayu dalam kebahagiaan. Bukan mudah untuk Madammu melalui proses rawatan IVF. Ia memberi kesan bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga suami, anak-anak dan team NOIR yang sentiasa menjadi tulang belakang Madammu.
Ketika ditanyakan kepada Madammu apa perasaannya setelah disahkan keputusan positif, dia mengatakan bahawa perjalanan IVF ini tidak mudah.
“Orang cuma tahu pengorbanan isteri bila melalui proses ni, tapi sebenarnya suami memainkan peranan yang penting. Banyak memberi semangat dan sentiasa bersabar dengan situasi emosi saya yang tak stabil. Tambah lagi ketika pengambilan pil hormon. Berubah-ubah emosi, tapi suami seorang yang sangat tenang dan sabar melayan saya.”
Saksikan detik-detik indah ketika Madammu disahkan hamil;
“Kalau Scan Sekarang Tak Nampak Apa, Kita Jumpa Lagi Seminggu..”
Semasa berkongsi keputusan dengan Madammu dan suami, pakar mengatakan bacaan keputusan mereka sangat ‘cantik’. Memandangkan kehamilan masih di peringkat awal, pasangan ini disarankan untuk datang semula dalam tempoh seminggu untuk membuat imbasan ultra bunyi.
“Kalau nak scan sekarang, memang tak nampak apa lagi. Jadi sebaiknya datang semula minggu depan. Untuk pengambilan ubat, teruskan pil hormon sehingga usia kandungan 10 minggu ya. Lepas tu kita akan mulakan dengan vitamin-vitamin lain. Jagalah diri, jangan lasak sangat. Work from home.”
Sebaik mendengar pesanan doktor, Madammu hanya tersenyum dan mengatakan dirinya seorang yang sibuk dan sukar untuk bekerja dari rumah. Sempat juga dia bertanya kalau dirinya dah boleh travel pada bulan 12 nanti atas urusan bisnes.
Madammu dan suami sempat membunyikan ‘Bell of Joy’ yang terdapat di Alpha IVF & Women’s Specialists bersama-sama team NOIR. Menahan perasaan, akhirnya jatuh juga air mata suami Madammu ketika ditanyakan harapan untuk proses kehamilan isteri tercinta.
“Saya agak terharu dan terkejut bila dah tahu keputusan. Masih panjang lagi journey sebab kandungan pun baru lima minggu. Alhamdulillah.. Tahniah Yang untuk segala pengorbanan dan journey you ni.”
Sudah tentu semua gembira dengan berita baik ini dan mendoakan yang baik-baik buat dirinya. Semoga perjalanan kehamilan Madammu dipermudahkan dan trimester pertama ini dapat dilalui tanpa sebarang kesukaran.
Madammu kena jaga diri baik-baik ya, semua orang yang mengikuti perjalanan proses rawatan IVF Madammu akan terus mendoakan yang baik-baik buat dirinya. Tahniah sekali lagi, Madammu!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga bercuti bertukar duka apabila anak lelaki mereka berusia 10 tahun lemas ketika mandi di kolam renang sebuah hotel di sini, petang Isnin lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’far berkata, laporan berhubung kejadian diterima pada jam 8.57 malam hari yang sama.
Memetik laporan Sinar Harian, seorang lelaki berusia 47 tahun mengatakan anaknya telah meninggal dunia disebabkan lemas ketika mandi di kolam renang hotel tersebut.
“Keluarga dari Pahang itu tiba untuk mendaftar masuk hotel tersebut jam 3.30 petang pada Isnin, untuk menghabiskan masa bercuti bersama keluarga.
“Selepas selesai mendaftar masuk, lelaki tersebut bersama mangsa serta ahli keluarga lain telah turun mandi di kolam renang sekitar jam 5.30 petang.
“Bagaimanapun, ketika mandi, dia menyedari mangsa telah hilang dari pandangan sebelum menemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dasar kolam,” katanya di sini pada Selasa.
Beliau berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia jam 8.20 malam hari yang sama.
Jelas beliau, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Ibu bapa dinasihatkan agar sentiasa peka terhadap keselamatan anak-anak ketika berada di kolam renang bagi mengelak kejadian sama berulang,” ujar beliau.
Sumber : Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kicap untuk anak perlu dipilih dengan teliti kerana sesetengah produk mengandungi gula, garam dan bahan tambahan yang tinggi. Ketahui panduan memilih pilihan yang lebih sihat untuk si kecil.