“Suami Jangan Bina Mahligai Atas Air Mata Isteri & Anak.”- Ebit Lew

Share

Diceraikan semasa hamil sangat meruntun jiwa. Ketika isteri sedang mengandungkan zuriat suami, isteri ditinggalkan demi membina mahligai bahagia dengan wanita lain. Ini amat memilukan…

Ustaz Ebit Lew berkongsi perasaannya tentang kisah seorang isteri sedang megandung  diceraikan oleh suami untuk berkahwin dengan wanita lain.

Sedih & pilu membayangkan kita diuji ibu bapa bercerai. Hadiah paling mahal untuk anak ialah didikan agama & contoh kasih sayang daripada kedua-duanya.

Jangan bina mahligai atas tangisan air mata isteri & anak-anak. Banyak kes ditemui ialah dari keluarga yang bercerai berai.

Jadikan musibah mendekatkan diri dengan Allah. Doakan yang baik untuk semua.

Isteri amanah Allah untuk dibimbing ke syurga. Kalau ada kekurangan, tampung dan bina. Kenangkanlah ibu & anak perempuan kita.

Suami dan kahwin terus nak jadi raja, muda-muda dah malas.

Bahagia itu bila memberi, bukan menuntut hak. Bertolak ansur & saling membantu.

Sumber: @ebitlew

IKLAN