Suami isteri dua watak utama dalam sebuah keluarga. Apabila kedua-duanya mempunyai hubungan yang baik, kebahagiaan pasti akan terpancar.
Suami sebagai ketua keluarga mempunyai kesan yang besar kepada keluarga. Layanannya kepada isteri secara tidak langsung anak-anak juga turut merasa ketenangan dan kebahagiannya. Masalah yang tiba adakalanya menguji, isteri bukan insan yang sempurna, suami perlu tahu cara untuk menghadapi.
Perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew ini cukup menyentuh sanubari. Sikap dan tindakan suami amat memberi kesan emosi kepada anak. Kenangkanlah kebaikan isteri dan sama-samalah menampung kelemahan.
I love u bidadariku. Terima kasih Allah
Ada sekali masa bawa keluarga bercuti saya tengok seorang suami dekat hotel hempas barang dan marah isterinya dan 3 anaknya. Rupanya isterinya tertinggal barang dekat bilik.
Suaminya terus pergi. Menjerit-jerit. Barang bertabur. Anak yang besar dalam umur 10 tahun agaknya menangis peluk maknya. Semua menangis-nangis. Saya pergi dekat situ tolong kutip barang yang bertabur-tabur tu. Eh takper. Takper.kata wanita itu. Ish tak per sikit jer kak
Tak lama suami dia datang nampak saya. Eh ebit lew kan.yer saya abang Kenapa abang akak ok. Ok ustaz. Isterinya jawab suami saya kuat marah ustaz dan tak mahu tolong saya. Dia asyik main hp. Lepas tu bila barang tinggal marah-marah. Dia suka marah-marah.
PASANGAN BAHAGIA SALING MENCINTAI
Ads
Abang penat kerja yer. Nak berehat-rehatkan. Akak pun sama. Saya nampak muka abang dengan akak sama dan saya tahu saling mencintai dan menyayangi. Pasangan bahagia..Beginilah, kita hidup untuk Allah sayang. Anak saya pun ada yang kecil lagi. Memang penat.
USAH BERGADUH DEPAN ANAK
Tapi mereka rindukan kasih sayang kita mak ayah. Jangan bergaduh depan mereka. Jadikan barang tertinggal, sesat jalan, sebagai gelak tawa dalam rumahtangga. Abang jangan marah-marah.
Lemah lembut dalam keluarga ialah tanda keluarga dalam rahmat Allah. Orang yang terbaik ialah yang paling baik kepada ahli keluarganya.itulah akhlak Nabi saw
Suaminya kata saya ada tengok ustaz berdakwah di jalanan. Boleh saya peluk ustaz. Boleh abang. Saya peluk agak lama dan doakannya. Saya bisik padanya. Abang peluk isteri dan anak-anak abang. Mereka sedih tu. Dia terus peluk isteri dan anaknya. Dia menangis dan minta maaf pada isterinya
Ads
Ya Allah sebak sebab anak-anak saya pun kecil lagi. Saya kadang-kadang ada ceramah di luar. 4 orang anak kecil-kecil bidadari saya uruskan.hanya Alllah yang membalasnya segala kebaikan dan pengorbanannya
DENGAR LUAHAN ISTERI, PENATNYA DIA URUS KELUARGA
Sebab tu saya benar-benar selalu doakannya dan selalu telefonnya dengar luahan bidadari saya mengenai anak-anak. Sebab penat urus rumahtangga ini. Perlu pasangan mendengar luahan rasa dan juga perlu belajar doa luah pada Allah.
Bukan mudah bagi wanita yang bekerja untuk berhenti kerja secara tiba-tiba. Semuanya memerlukan perancangan yang teliti lebih-lebih lagi komitmen yang tinggi jika bekerja. Banyak yang harus difikirkan.
Begitulah kisahnya yang dikongsikan oleh Pn Fakarina (Nama Pena) apabila dia berkongsi saat-saat dibuang kerja akibat pandemik Covid-19. Namun dia tak mudah mengalah, dia bangkit menjadi suri rumah yang berjaya dan kuat malah pendapatan kini melebihi gajinya semasa bekerja. Malah dia lebih seronok menjadi suri rumah, banyak masa yang boleh diluangkan bersama anak-anak.
Saja nak share pengalaman baharu saya. Sebelum ni saya ibu berkerjaya.
Saya terlalu sibuk dengan karier & terlalu menjaga prestasi terbaik dalam syarikat. Anak-anak seramai 4 org masih dalam perhatian tapi dengan bantuan pengasuh yang saya bayar upah setiap bulan.
Semua Pengasuh Yang Uruskan Keperluan Anak
Saya ada 2 pasang anak. Sulung lelaki 15 tahun, No 2 dan no. 3 perempuan 12 tahun dan 9 tahun. Yang bongsu lelaki 7 tahun.
Pengangkutan anak-anak pergi balik sekolah, diupah van sekolah uruskan. Saya balik keje selalu lewat dan masa saya dengan anak-anak kadangkala terhad. Jumpa mereka masa nak tidurkan dan dodoikan mereka. Sabtu ahad baru ada masa untuk keluarga.
Kerja saya memang tak tentu masa. Walaupun hakikat saya bekerja 8-5 dan 5 hari seminggu..Kadangkala waktu sabtu ahad pun saya kena ke kilang. Kalu ada shipment, saya akan bekerja hingga lewat malam.
Urusan anak-anak sebelum ni terpaksa saya serahkan kepada pengasuh yang saya bayar upah mengasuh setiap bulan. Kekadang anak-anak nak apa pun kena minta pengasuh wasaps saya.
Tiada Masa Bersama Anak, Pulang Lewat & Asyik Bekerja
Balik lewat. Kadang-kadang anak nak minta saya ajarkan kerja sekolah, sampi lewat malam baru selesai. Urusan pergi balik sekolah diuruskan pakcik berbangsa india..dia yang uruskan dengan amanah..3 orang anak-anak saya. Yang sulung tinggal di asrama menengah agama di Tangkak.
Sambil-sambil berkerja hakiki, saya dah mulakan perniagaan atas talian sejak 2 tahun lebih lepas..untuk tambah-tambah income..Kerja yang saya perolehi tu pun ditawarkan kepada saya dengan gaji lebih lumayan berbanding syarikat sebelumnya. Tapi bila syarikat ada krisis kewangan dan projek di luar negara…majikan ambil pendekatan buang pekerja terakhir masuk ke kilang.
Mula Diberhentikan Kerja Sejak PKP
Takdir Allah, kerana pandemik saya diberhentikan kerja pada hujung bulan sept 2020. Notis 24 jam dengan pampasan. Last in first out.Saya diberikan notis 24 jam dengan pampasan selepas sehari hari lahir saya.
Malah gaji saya kiranya besar sebagai Senior Exec buatkan saya down jugak awal-awalnya. Saya bekerja sebagai Senior Executive di Sebuah kilang Pembuatan bahagian logistik. Down jugaklah..walaupun hakikat berbisnes online saya dapat income lebih dari gaji hakiki..Tapi tentunya berbezakan…ada gaji tetap dengan bisnes yang belum tentu income..nak kena rajin berusaha baharu achieve target.
Redha, Makin Bahagia Jadi Suri Rumah
2 minggu saya istiharah..Tapi akhirnya saya redha dengan ketentuan ni.. Sebabnya memang saya pernah letakkan target usia saya 45 tahun saya tak nak keje dengan org lagi. Tapi jawapan tu Allah bagi di usia saya 40 tahun..
Sekarang diam tak diam hampir, 6 bulan lebih saya jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Saya semakin gembira dengan kehidupan sekarang. Saya mulakan semula apa yg pernah saya lakukan…dari bawah dari awal…Sambil-sambil menjana pendapatan santai-santai di rumah dengan bisnes online untuk membantu ekonomi keluarga. Saya buat semua jenis bisnes, Saya Supreme Leader Kepada Angsa Emas Beaute, produk Magical C Pure. Leader Kepada Lenne Beauty, Produk Doublesscocoffe. Stokis kepada Naim Beef, Produk Daging Tempatan Perap Fidlot dan Patty Premium. Leader Atiya Beauty, Produk Lipmatte Dan Agen serta dropship beberapa produk lain.
Walaupun saya berbisnes dari rumah saya aturkan masa saya…macam saya bekerja..Saya wujudkan working space dalam bilik saya..saya juga buat media sosial seperti fb live dan lain-lain. Pagi selepas uruskan anak-anak ke sekolah dan hantar suami ke tempat keje..saya mulakan kerja online bisnes saya..promosi..live…jumpa team..cari retails..Tengahari kembali uruskan anak amik pergi sekolah…Perantaraan waktu sebelum balik sekolah petang, saya akan curi masa untuk cod dan dan lain-lain.
Tahun Ini Akhirnya Dapat Uruskan Anak Ke Sekolah
Selepas ambil anak sekolah…hantar mereka pulang ke rumah dan amik suami pula balik kerja. Waktu Malam saya fokus kepada pembelajaran anak-anak. Dapat luangkan masa dengan suami dan anak-anak. Kadang-kadang kalau ada keperluan cod kami sekeluarga pergi bersama-sama.
Tahun ni, saya uruskan sendiri anak pergi balik sekolah. Baru saya faham kenapa anak-anak kadang-kala hilang fokus dalam pelajaran dan kepenatan mengejar masa.
Zaman saya dulu sekolah dengan mereka jauh berbeza. Saya jadi lebih prihatin dan banyak tumpuan saya kepada perkembangan mereka.Anak-anak juga gembira mama mereka ada banyak masa bersama-sama. Suami saya pun cakap, emosi anak-anak semakin baik sejak saya ada di rumah selalu.
Emosi Anak Happy, Ibu Kurang Stress
Emosi anak-anak happy bila balik mama yang ambil..tak perlu bersesak dalam van..berpanas..Lebih selesa nak bersiap di umah sendiri berbanding pengasuh sebab anak kedua saya dah 12 tahunkan..isu aurat pula dengan anak-anak dan suami pengasuh. Apa diorang nak, nak saya masak..saya boleh layan..emosi saya lebih stabil dan kurang stress menghadap sikap majikan. Seronok tengok mereka happy dan tak perlu buat temujanji jumpa mama sendiri.
Malah saya rasa puas hati, kerana saya uruskan sendiri.Entahlah, sedikit sebanyak saya mungkin terlepas peluang sebelum ni utk memberikan perhatian sepenuhnya kepada permata-permata hati saya.
Tapi sekarang masih tidak terlewat, saya bahagia dengan momen-momen tingkah anak-anak. Saya percaya kepada rezeki Allah. Yang penting keberkatan dan magnet rezeki terus dipraktikkan. Seronok rupanya jadi suri rumah tangga ni.
Baru saya tahu.
Saya doakan suri-suri lain juga menikmati kebahagiaan masing-masing.
Nasihat saya pada suri yang dibuang kerja;
1. Jangan putus asa tentang rezeki kerana Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita sejak azali.
2. Rancang kewangan rumah tangga untuk elakkan bebanan dengan komitmen sedia ada. Jika perlu strukturkan semula pinjaman dan dapatkan nasihat AKPK adalah terbaik. Janji nama kita bersih sebab kena ingat masa depan anak-anak masih panjang.
3. Nikmati masa kualiti dengan keluarga sebab masa yang kita alami sekarang tidak akan ada siaran ulangan.
4. Banyakkan komunikasi dengan pasangan, bahagi tugas dan berkongsi emosi dlm rumah tangga.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi sentiasa mendapat perhatian. Kecomelannya membuatkan rasa terpaut hati dan ingin mendekati. Tapi awas mencium dan ‘menggomol’ anak kecil meningkatkan risiko jangkitan penyakit.
Lebih-lebih lagi menjelang Aidilfitri, ibu bapa yang mempunyai anak kecil perlu berwaspada dan mengawasi pendedahan si kecil kepada faktor yang membahayakan kesihatan. Perkongsian daripada jururawat Bel Nawhen ini boleh dijadikan panduan.
Menyambut raya bersama si kecil sebenarnya satu perkara yang dinanti oleh ibu bapa muda masa kini. Begitu juga oleh kaum keluarga yang lain. Masa inilah dapat berkumpul sesama saudara dan melawat ahli keluarga yang baru melahirkan. Begitu juga sesama rakan kan.
Walau bagaimanapun, beberapa adab perlulah dijaga sewaktu menziarah sesama keluarga atau rakan yang baru sahaja mendapat ahli keluarga baru.
Seperti yang kita tahu, kanak-kanak bawah 5 tahun cenderung mendapat jangkitan yang dibawa oleh orang lain. Maka, jika kita selesema, batuk atau mempunyai penyakit berjangkit yang lain, elakkanlah dari datang menziarah.
Janganlah pula selamba sahaja cium si kecil tanpa rasa bersalah. Digomol-gomol sebab geram. Saya tahu bau baby ni wangi. Tapi nanti kalau baby jatuh sakit, kamu nak volenteer jaga baby kat wad tak?
Oh ya, pastikan tangan dicuci dahulu sebelum menyentuh bayi. Apa kuman kita bawa sepanjang hari kita tak tahu kan.
Silap kalau saya cakap begini. Rayakan hari dimana semua orang tidak kira tua muda, dewasa dan kecil pasti akan melaram. Tetapi, dalam melaram, bagi perokok tegar, aktiviti merokok tidak akan ditinggalkan.
Melekatlah bau asap di baju. Kemudian jumpa anak saudara atau anak kawan. Dicium pula. Habislah asap rokok itu memberi kesan kepada bayi. Ingat sikit. Bukan anak kita tu.
Biasalah kalau beraya. Nak borak mesti berdepan. Kalau tuan rumah hidang air panas. Bawa turun sekali cawan beralas piring semata-mata nak berbual. Kalau boleh, elakkan dari meletak makanan/minuman panas berhampiran bayi.
Tak anda yang tangan tak henti bergerak dengan mulut yang bercakap tertepis, anak-anak yang ada terlanggar dan air/makanan itu tumpah kemudian terkena bayi. Dah jadi satu cerita lain. Jangan guna alasan ‘sekejap je’.
Hari raya ni ada jenis keluarga yang akan beraya sekali one shot satu family. Berbiji kereta akan join sekaki untuk berjalan. Tetapi apabila menziarah rumah yang ada bayi, jaga adab anak sendiri di rumah orang.
Kalau dia dok kacau barang tuan rumah satu hal. Buat dia gentel dan gomol baby. Tanda sayang saya tahu. Tapi ada sesetengah kanak-kanak kurang gemar dengan kehadiran entiti asing yang mendapat perhatian lebih dari dia. Silap-silap dia gentel bayi macam kuih bom. Kalau siap pakej cepuk tu. Habis!. Maka, kawal anak kita. Anak orang tu besar tapak tangan lagi tu.
Biasalah kalau menziarah tu tak sah kalau tak membawa ke malam. Ada tu sehari suntuk pun tak penat berjalan. Tetapi elakkanlah menziarah ke rumah mereka di waktu begini. Bukan apa, waktu siang mereka dah tak putus-putus menerima kunjungan.
Lepas tu kita sambung dan sembang pula tak reti tengok jam tangan. Baby pun letih sebab kurang rehat seharian. Ibu mereka apetah lagi. Bagi chancelah ibu-ibu berehat. Sambung esok pula. Text dahulu sebelum datang. Rayakan sebulan!
Ini biasa kan. Dah puas cuit baby, belek pula kepala kekaki. Puji baju raya baby cantik. Melekat elok kat badan. Tapi tak puas kalau tak dengar suara bayi, tak tengok mata bayi sepet, bulat, coklat, biru laut ikut siapa tu tak sah.
Sengaja dikejut bayi tidur pula semata-mata bagi memenuhi kehendak yang satu itu. Bayi baru lahir perlu rehat yang cukup. Tak cukup rehat maka bayi akan meragam. Yang susah ibu bapanya. Kita pula boleh sambung beraya rumah ke rumah. Jangan macam tu.
Mengambil gambar kenang kenangan merupakan aktiviti yang biasa diamalkan oleh kita. Tapi ada sesetengah ibu bapa tidak gemar gambar anak diambil sewaktu masih kecil. Seeloknya minta izin dahulu. Jika mahu diupload di laman sosial. Beritahu. Bukan main letak gambar konon kita umat pertama tunjuk muka baby sipolan pada dunia. Hormat sikit ibu bapa dia. Saya tahu kita gembira dengan kehadiran orang baru itu. Ibu bapa bayi itu juga. Cuma mereka mungkin belum bersedia mahu berkongsi dahulu.
Bayi baru lahir kita tahu memang kerap menyusu. Dan biasanya dihari raya, bayi dan ibu akan lepak di ruang tamu demi memberi ruang kepada orang yang datang menziarah untuk melihat bayi tanpa menyusahkan siibu untuk berulang alik bilik-ruang tamu setiap kali tetamu datang.
Oleh itu, apabila si ibu memberitahu mahu menyusukan bayinya, maka berilah ruang/privacy kepada mereka. Janganlah dok renung dia sedang menyusukan bayinya. Susu badan si ibu warna putih, sama seperti kamu bukannya warna kelabu.
Penat kan bila bab adab ni pun kena tulis. Tapi jika tak ditulis, ditegur ada yang buat-buat tak tahu. Jangan pandang remeh tentang sesuatu perkara. Setiap orang perasaan mereka berlainan. Belajar menghormati orang lain.
Menziarah tu satu tuntutan agama selain merapatkan ukhwah. Cuma beragak sikit. Janganlah sampai tk ingat nak balik. Nak-nak orang baru bersalin dan ada anak kecil. Penat bersalin tak habis lagi.
Saya tahu, masa hari raya ni lah semua dapat berkumpul sebab kebetulan bercuti kan. Tetapi rancang perjalanan anda. Kalau tak sempat menziarah, apa kita boleh buat. Beritahu dengan si polan sebab tak sempat berziarah. Kita pun ada kekangan waktu kan. Lepas raya pun boleh je pi tengok baby. Tak menjadi masalah.
Notakaki;
Kalau boleh ziarah menziarahi di hari lebaran biarlah menjadi kenangan bukannya berakhir tragedi atau ketidak puasan hati. Nanti kena minta maaf lagi. Kata dah kosong-kosong.
Selepas berlangsungnya perkahwinan antara Engku Emran Engku Zainal Abidin bersama Noor Nabila baru-baru ini, akhirnya bekas isteri pertama, Erra Fazira memberi reaksi.
Engku Aleesya beritahu hubungan bapanya
Ketika menjawab soalan yang diajukan pihak media, pelakon dan penyanyi, Erra Fazira mendedahkan dia hanya mengetahui mengenai hubungan di antara bekas suami, Engku Emran bersama Noor Nabila daripada anaknya, Engku Aleesya.
Jelas Erra pada waktu itu, dia sendiri tidak tahu sejauh mana perhubungan mereka tetapi Erra menjelaskan dia sebenarnya tidak kisah jika Engku Emran mahu berkawan dengan sesiapa pun.
“Bila Aleesya beritahu mengenai hubungan bapanya itu, saya okay sahaja. Lagipun hak dia nak berkawan dengan siapa.
“Cuma sebagai ibu, saya hanya mahu anak saya berbuat baik dengan semua orang terutamanya kepada pasangan bapanya. Bila dah jadi ibu lagilah kena buat baik,” katanya.
Aleesya seronok dapat adik
Ditanya mengenai reaksi Engku Aleesya ketika menerima kehadiran orang baru dalam hidupnya, pelakon drama, Gerak Khas The Finale itu berkata, Aleesya sangat gembira lebih-lebih lagi dia menjadi kakak kepada anak Noor Nabila, Jebat Jayden.
“Setakat ini dia sangat happy. Saya rasa dia happy, lebih kepada sebab dia dapat adik. Sebab dia memang nak adik. Dia sayang sangat dengan Jebat Jayden tu.
“Saya juga selalu nasihatkan dia untuk jadi kakak yang baik kerana selama ini, untuk 11 tahun dia seorang. Saya faham sebab saya pun sorang juga. Mula-mula mungkin kekok sikit tapi sebab dia memang nak jadi kakak, kena belajar.
“Aleesya juga selalu bercerita mengenai kebijaksanaan Jebat Jayden. Dia kata (Jebat) seorang yang sangat bijak. Lagi bijak berbanding umurnya. Memang nampaklah dia memang sayang sangat dengan adiknya,” kongsi Erra pada majlis pelancaran dan pengenalan duta baru jenama pelitup muka premium, Himaya di Shangri La Hotel, Kuala Lumpur.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...