Satu kes kekejaman rumah tangga apabila seorang wanita muda berusia 21 tahun menjadi mangsa pembunuhan di tangan suami sendiri di rumah sewa mereka di Ciwastra, Bandung, pada hari Rabu yang lalu. Kejadian kejam ini berlaku di Bandung, Indonesia.

Menurut saksi yang dikenali sebagai Kania, sebelum kejadian dia melihat suspek mundar mandir di kawasan rumah mereka.

“Kemudian selepas saya kembali semula ke rumah mereka, saya dapati titisan darah terlihat di lantai.

“Mangsa ketika itu masih hidup dan ibu kandungnya sempat datang untuk menyelamatkannya,” katanya kepada Detikjabar pada Khamis.

Suami ‘Neraka’, Sanggup Bunuh Isteri

Tambah Kania yang juga merupakan jiran kepada mereka, sebelum disahkan meninggal dunia, mangsa sempat memanggil panggilan ibu sebanyak dua kali.

“Sebelum pergi, dia sempat memanggil ‘mamah’, ‘mamah’.

“Akhirnya mangsa meninggal dunia dipangkuan ibunya,” ujarnya.

Jelasnya, dia juga tidak dapat mengenal pasti peralatan yang digunakan suspek untuk membunuh mangsa.

“Cuma yang saya dapat lihat adalah selain darah dilantai darah juga dapat dilihat dari ruang tamu sehingga ke bilik mereka,” katanya.

Suspek dikenali sebagai D,30 sementara mangsa dikenali sebagai Siti Oktaviani.Pasangan ini baharu setahun berkahwin.

Sementara itu polis mengesahkan kejadian berkenaan dan sedang mencari pelaku yang berjaya melarikan diri selepas insiden tersebut.

“Betul telah terjadi kejadian pembunuhan suami terhadap isteri pada Rabu jam empat petang,” kata polis Buahbatu Iptu Purnomo kepada pemberita pada Khamis.

Ujarnya lagi, polis masih menyelidik motif pembunuhan berkenaan.

“Suaminya melarikan diri dan kita masih mencari suspek,” katanya. – Agensi

Sumber: New Detik.com

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI