Sebut je bab romantik ada isteri rasa macam frust je. Mana taknya tengok isteri lain dapat hadiah, hati mesti rasa nak juga. Tengok isteri lain dapat kata-kata romantik, rasa nak juga.

Bagi sesetengah perempuan kalau suami tak romantik tandanya suami tak sayang.. eh eh betul ke?? Ingat ya tak semestinya suami kita tak ucap kata sayang, tak bagi hadiah, dia tak sayang. Sebenarnya mungkin caranya macam tu. Yang penting dalam bab tanggungjawab dia lakukan sebaik mungkin untuk kebahagiaan isteri dan anak.

Suami Sekarang Romantik Tak Cakap ”I Love You”. Tapi Ikhlas Bantu Isteri Jaga Anak Suami Tak Romantik

Seperti yang dikongsikan oleh Doktor Selebriti, Dr Say dia akui yang dia memang tak romantik seperti suami orang lain.

Apa yang dia utamakan adalah tanggungjawab untuk isteri dan anak tak terabai walau dalam apa keadaan sekalipun.

IKLAN

Suami Sekarang Romantik Tak Cakap ”I Love You”. Tapi Ikhlas Bantu Isteri Jaga Anak 

Terus terang saya cakap saya tak romantik langsung. Kadang-kadang cemburu saya tengok teman lelaki atau suami lain suprise kan teman wanita atau isteri dia orang pom pam. Pakai penutup mata bawak pegi tempat pom pam makan pom pam bg hadiah pom pam siap hire photographer + videographer pom pam. Terduduk sy dibuatnya dgn kepom paman mrk.

Kalau besday bini, habis romantik pun pukul 12mlm hari besday die sy set alarm, alarm berbunyi, sy wish bini hepi besday, den kami tidur sopan2 xnakal2. Romantik sb yelah sy org pertama wish.

IKLAN

Suami Sekarang Romantik Tak Cakap ”I Love You”. Tapi Ikhlas Bantu Isteri Jaga Anak Smlm mase sy teman baby di kecemasan dari 5pagi smpi bini dtg tuka shift 6ptg, mak-mak kt situ pandang sy lain mcm. Bile sy bangun ketatkan bedung, sy rase diperhatikan. Bile lap poo poo & tuka diapers, sy rase diperhatikan.

Bile sy susukan Ace, sy rase diperhatikan. Den ade sorg makcik dtg kpd sy bertanye “mak die mane?” sy pn jwb “maknye kerja, ptg nnt abis keje dia dtg”. Terus makcik tu sengih ckp “jarang makcik nmpk laki buat semua ni”. No wonder mak2 ni pandang sy lain mcm. “Suami xleh susukan anak, tukarkan diapers anak ke?” detik hatiku.

IKLAN

Suami Sekarang Romantik Tak Cakap ”I Love You”. Tapi Ikhlas Bantu Isteri Jaga Anak Bila bini smpi sy cerita kejadian ni kt die, terus die shayang sy saying “im lucky to hav u, wlpn u xromantik (ouch) tp u pandai jaga baby kite”. Malam ni shift sy bermalam di ward ngn Ace habisla diperhatikan lagi waduh, xpelah i’d do anything for my baby & bini.

Kesimpulan crite ni laki ni romantiknya ade 2 jenis, romantik tersurat & romantik tersirat. Hargailah lelaki kalian xkira apa jua jenis romantiknya. Kalau xde tersurat & tersirat simple, cari lain ahaha.

Sumber: Say Shazril Shaharuddin

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI