Jangan pandang rendah air tangan isteri walau pun memasak telur goreng & berkuahkan kicap, berkatnya bila makanan dinikmati bersama-sama, kalah makanan mahal! Hubungan kelurga makin rapat & erat.
Perkongsian daripada Dr Taufiq Razif ini cukup menyentap jiwa. Kebanyakan daripada kita menyasarkan sesuatu yang mahal dan mewah untuk menggembirakan keluarga, tapi tidak menyangka hanya dengan hidangan ringkas ini momen keakraban antara suami, isteri & anak-anak boleh dicipta.
Serius dulu saya ingat nasi putih yang dimakan bersama kicap dan telur mata kerbau ni makanan murahan!
Sehinggalah pada suatu hari tu saya terlupa nak beli barang barang dapur. Maka berkeroncong lah perut saya dan keluarga pada malam tu.
“Aduh, ini makanan zaman duduk rumah sewa zaman bujang ni”
Nak beli barang dapur, pasar dan kedai dah tutup. ” Saya masak nasi dengan telur goreng je boleh abang? “, bidadari saya memberi cadangan.
Ads
” Ok sayang “, jawap saya ringkas. Dalam hati ada juga terdetik ” Aduh! Ni makanan zaman saya duduk rumah sewa ni masa zaman habis SPM dulu ni. Makanan orang bujang ni! ” tapi sebab perut dah lapar sangat jadi saya iyakan je lah.
Bila tengok bidadari makan penuh nikmat & anak berebut nak disuap, tiba-tiba jadi sebak
Siap je bidadari saya hidangkan nasi panas berlaukkan telur mata kerbau, terus saya ajak anak anak dan bidadari saya makan bersama.
Bila tengok bidadari saya makan dengan penuh nikmat, anak anak pun berebut nak disuap sebab terlalu berselera. Tiba-tiba saya bertukar sebak.
Ads
Terlalu cari benda mahal & eksklusif, sedangkan ada benda yang murah & sederhana yang membahagiakan
Barulah saya tersedar, kadang-kadang saya ni terlalu mencari benda benda yang fancy, mewah dan eksklusif untuk mendapatkan kebahagiaan padahal kebahagiaan tu ada je di sekeliling kita walaupun pada benda yang murah dan sederhana!
Ads
Makan bersama anak anak dan isteri ni rupanya nikmatnya bukan pada makan benda benda yang mahal dan mewah tapi nikmatnya terletak pada bonding yang tercipta.
Kita tatap mata anak kita, kita suap mereka, kita layan cerita cerita seharian mereka dan kita bantu suapkan pasangan kita yang sedang kesibukan melayan karenah anak anak kita. Inilah bonding yang sedang kita cipta!
Sungguh, malam tu saya makan dengan penuh berselera dan nikmatnya bukan main! Mengalahkan pengalaman makan di Me’Nate, Sushi King, Nasi Kak Wok dan mengalahkan mana mana hotel 5 bintang! Suap Anak, Suap Isteri. Anak Pula Berebut Disuap Ibu.
Nak bahagia, jadikan meja makan sebagai tempat untuk cipta bonding
Menjaga anak bukan hanya tanggungjawab isteri malah sebenarnya menjadi tanggungjawab bersama suami dan isteri. Namun ada sesetengah pasangan meletakkan tugas menjaga anak di bahu isteri semata-mata.
Semuanya tentang anak, isteri uruskan. Dari mula lahir, sampailah anak tu dah besar panjang, semua hal terletak atas bahu isteri. Kemudian, tiba-tiba pula si suami cakap,
“Hahhh! Itulah anak tu ikut je perangai awak.”
Isteri sudah penat-penat buat sendirian, yang suami nampak perangai anak jadi kurang cerdik, nakal, memberontak dan macam kurang kasih sayang.
Terus ditudingnya jari ke isterinya sahaja.
Anak cucu dan para suami di luar sana,
Kena ingat satu hal ini. Satu jari yang kamu tuding ke isteri, ada 4 jari menuju ke arah kamu.
Maka, para suami yang bergelar bapa, kena muhasabah diri. Kena ingat bahawa anak itu tanggungjawab bersama. Jangan biar isteri urus seorang diri.
Sebenarnya, peranan ayah itu sama besar dengan seorang ibu. Dan dalam pengurusan anak perlu bergilir-gilir.
Kena selalu tukar pampers anak. Kena selalu mandikan anak. Kena selalu didik anak mengaji. Kena selalu bantu anak siapkan kerja sekolah.
Dan banyak lagi.
Semuanya kena buat silih berganti dan juga bersama-sama isteri. Anak akan lebih cemerlang, hebat sahsiah dan jati dirinya jika kedua-dua ibu bapanya ambil perhatian sepenuhnya padanya.
Memang benar, para suami sibuk cari rezeki. Dengan penat keluar bekerja dan balik pula ada yang sampai lewat malam.
Cuma kita perlu ingat, dari segi fizikal, Allah kurniakan kita para lelaki ini kekuatannya berganda. Maka gunakan baki tenaga itu juga untuk bantu isteri dan tetap fokus membesarkan anak.
Serapat mana ibu dan anak-anak, tetap juga mereka inginkan sentuhan dan didikan teristimewa dari insan yang mereka gelarkan ayah.
Moga pesan ini sampai kepada mereka yang bergelar ketua keluarga.
Pengudaraan yang tidak bersih ditambah dengan kuman dan bakteria luar yang dibawa masuk ke rumah membuatkan persekitaran jadi tidak selamat untuk anak-anak kita membesar.
Membuat keputusan melakukan proses sanitasi dan membersih seluruh rumah sememangnya wajar apatah lagi virus Covid-19 dengan pelbagai jenis varian yang kini cukup membimbangkan. Sudah semestinya pembersihan rumah dan sanitasi perlu dilakukan lebih kerap di rumah.
Tak perlu menyerahkan tanggungjawab pada individu lain, kita sendiri boleh membersihkan rumah sebaiknya terutama pada waktu cuti. Ini panduan membersih dengan cara tepat yang dikongsikan oleh Dr Izzar Anwari untuk semua ibu bapa.
Membersih / cuci : Menanggalkan kotoran, debu, habuk, dan kuman dari permukaan atau objek. Membersih ni menggunakan sabun atau detergen untuk mengurangkan jumlah kuman tu. Tak semestinya membunuh kuman.
Sanitize : Hanya mengurangkan jumlah kuman. Tak membunuh sepenuhnya. Guna sanitizer tu la. Sebab tu dia tak berani claim membasmi 100% kuman.
Disinfect / nyahkuman: Menggunakan chemical (disinfectants) untuk membunuh kuman di permukaan dan objek. Selalunya diperbuat daripada peluntur dan alcohol. Lepas guna disinfectant ni, kena biar dulu dia basah atas permukaan/ objek dalam tempoh masa tertentu untuk membunuh kuman-kuman tu. Tak diperlukan melainkan ada orang dalam rumah tu sakit atau ada orang positif C-19 kat rumah.
CARA NAK DISINFEKSI:
🟢 Ikut arahan penggunaan di label
🟢 Pakai PPE sesuai (tengok video)
🟢 Bersihkan dulu permukaan yang nampak kotor guna sabun / detergen sebelum disinfeksi
🟢 Bancuh larutan chemical ikut arahan (tengok video ). Jangan tambah2 bahan lain pulak.
🟢 Pastikan ada pengudaraan baik. Buka tingkap / pintu.
🟢 Basuh tangan terus dengan sabun dan air selama sekurang-kurangnya 20saat selepas dah disinfeksi
🟢 Jauhkan chemical disinfectant dari anak2 atau haiwan peliharaan.
Boleh buat sendiri je disinfectant ni. Kos tak tinggi dan ikhtiar ni memang telah dibuktikan melalui kajian yang dah dijalankan. Yang penting ikut arahan dan teknik betul. Khamis ni cuti pakat buatlah kalau rajin.
Terima kasih Pejabat Kesihatan WP Putrajaya atas video yang jelas ni. Saya pernah berkesempatan untuk bertugas di situ dulu. Banyak saya belajar dari senior, PPKA dan juga boss, Dr Zainal.
Ini panduan tepat dan cara nak disinfeksi atau nyah kuman.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @izzar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selalu orang cakap kalau kita mahu sesuatu itu melekat di hati dan ingatan anak, kita perlu ulang banyak kali, barulah anak ingat, barulah anak buat. Saya dah letih berleter, kadang-kadang sampai naik angin hilang sabar tetapi anak tidak buat juga. Tidak disuruh, tidak dibuat.”
KENAPA KITA BERLETER?
*Ada yang berleter kerana kita juga dileteri suatu masa dahulu. Itu sudah menjadi budaya dan amalan keibubapaan dalam keluarga.
*Ada yang berleter sebab tidak tahu cara lain untuk menyampaikan apa yang terbuku di hati.
*Ada yang berleter untuk memberi arahan kepada anak yang tidak mahu patuh.
*Ada yang ingin menunjukkan kuasa dan otoriti walaupun berleter itu seringkalinya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
*Ada yang berleter sebab rasa panik, kaget dan bersalah dengan diri sendiri. Untuk menutup kegusaran itu maka leteran digunakan.
*Ada yang takut anak mengulangi kesilapan yang pernah kita lakukan maka cara yang terbaik adalah berleter untuk menutup rasa tidak selamat yang dirasakan.
Kebanyakannya berleter kerana itu adalah cara yang paling cepat dan mudah untuk ‘memaksa’ anak menurut kata tanpa perlu banyak usaha dan perancangan.
Adakah leteran berkesan untuk jangkamasa panjang? Selalunya tidak. Ia hanya berkesan ketika saat itu saja. Perangai yang sama akan diulangi. Anak akan menunggu leteran sekali lagi. Selagi tidak dileteri, selagi itulah perbuatan yang sama diulang. Perbuatan diulang, berleter lagi. Berleter lagi, perbuatan diulang. Ia menjadi satu kitaran yang tidak sudah, tidak efektif dan tidak produktif. Leteran akhirnya menjadi irama dan lagu yang hanya membuai dan mendodoikan tanpa kesan pada anak.
KENAPAKAH LETERAN TIDAK BERKESAN?
Leteran adalah proses mencari silap bukannya proses memperbetulkan kesilapan. Ia hanya memfokuskan pada apa yang buruk dan apa yang salah pada anak sahaja. Pernahkah dalam leteran itu kita selitkan perkara yang positif yang dilakukan anak? Tidak bukan? Ataupun jarang-jarang sekali.
Selalunya kita hanya semburkan apa yang negatif sahaja seolah-olah tiada langsung yang baik pada anak. Selalunya kita guna istilah yang ekstrim.
“Kamu tidak pernah….”
“Selalu macam ni…”
”Dah berapa kali dah…” semua yang ekstrim negatif sahaja dan langsung tidak ada yang positif.
Anak akan berhenti mencuba untuk berubah dan menjadi baik kerana usaha kecil mereka tidak ada nilainya di mata ibubapa di kala berleter.
Kaedah yang lebih efektif untuk membentuk tingkah laku yang baik adalah bukannya mencari silap tetapi mencari kebaikan. Semakin banyak kebaikan yang kita cari, semakin banyaklah kebaikan yang akan kita lihat dalam diri anak. Ini adalah kitaran positif yang efektif.
Dalam leteran itu juga kita berkemungkinan membuat andaian yang tidak betul dan tuduhan yang melulu tanpa memeriksa terlebih dahulu apa sebenarnya yang menyebabkan sesuatu tingkah laku itu. Ini juga amat mengecewakan anak yang dileteri.
Mungkin harapan kita terlalu tinggi dan anak tidak dapat mencapainya dengan mudah.
Mungkin persekitaran tidak kondusif untuk fizikal anak melakukan apa yang diharapkan.
Mungkin anak tidak faham arahan yang disampaikan kerana cara komunikasi kita tidak kena dengan anak.
Jika inilah sebabnya, maka tidak hairanlah leteran kita masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tuduhan dan andaian tidak akan terkesan di hati. Ia hanya menyakitkan hati.
APA YANG PERLU DIBUAT SELAIN BERLETER?
Jika kita inginkan kerjasama yang berpanjangan, kita perlukan perancangan. Tidak ada penyelesaian segera dalam proses keibubapaan. Semuanya memerlukan usaha, pertimbangan yang teliti dan kesabaran yang tinggi.
Buat perancangan dengan anak. Jemput anak untuk sama-sama menyelesaikan masalah secara diplomasi. Anak-anak harus diajar kesan dan akibat perbuatan mereka ke atas dirinya, keluarga dan orang sekeliling. Tidak perlu tunggu sehingga anak remaja untuk membincangkannya. Anak kecil juga faham jika kita menggunakan bahasa yang mudah mereka fahami.
Adakan peraturan dalam rumah. Sentiasa berbincang tentang peraturan yang ada. Jika anak tidak ikut peraturan ada kesan dan akibatnya. Ini juga harus dibincangkan dari awal bersama-sama dengan anak bukannya dibuat secara rawak apabila anak melakukan kesilapan.
Kita harus berusaha menjadi ibubapa proaktif yang bersedia sebaik mungkin dengan segala kemungkinan dan bukannya menjadi reaktif dengan leteran dan hukuman yang tidak efektif untuk mendidik.
Pastikan sistem pendidikan di rumah adalah yang terbaik untuk anak menjadi seorang manusia.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama! Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!