Suami perlu bahagiakan isteri di pagi hari. Ia umpama kunci yang sangat penting untuk menentukan emosi isteri sepanjang hari berkenaan. Jadi para suami dah tak perlu risau lagi untuk hadapi isteri yang selalu ‘bad mood’ sekiranya anda berjaya ‘tackle’ hati pasangan setiap pagi.

Bagaimana teknik yang perlu dilakukan. Penulis Buku Dan Pakar Motivasi, Najmi Nawawi kongsikan 5 teknik penting berkenaan apa suami boleh cuba lakukan untuk bahagiakan hati isteri pada setiap pagi.

Suami Tak Nak Isteri Moody, Bangun Pagi Jangan Terus Lihat HP. Tengok Isteri Dulu!

  1. Bangun lebih awal dari isteri

Ianya nampak macam biasa, tetapi mampu memberi kesan besar kepada emosi isteri. Para suami kalau boleh jangan biarkan isteri yang kejut anda dari tidur, kerana anda ialah pemimpin keluarga dan perlu tunjuk contoh yang baik kepada isteri. Isteri akan rasa bahagia kerana suaminya seorang yang berdisiplin dan layak dihormati.

  1. Senyum dan berbual dengan isteri

Banyakkan bertanya tentang aktiviti yang isteri anda akan lakukan. Jika isteri anda bekerja, boleh juga tanya tentang kerjanya, adakah semuanya berjalan dengan baik atau tidak. Yang paling penting ialah perlu sentiasa senyum. Isteri pastinya akan rasa selamat dan disayangi sepanjang hari.

IKLAN

Suami Tak Nak Isteri Moody, Bangun Pagi Jangan Terus Lihat HP. Tengok Isteri Dulu!

  1. Jangan terus melihat smartphone

Ini ialah satu pantang larang yang besar dan jangan dibuat kerana mampu menanam emosi tidak gembira dalam isteri anda. Sekadar untuk melihat waktu dan tutup alarm itu tiada masalah, tetapi ia akan jadi masalah kalau bangun tidur terus menghadap laman sosial dan tersengih sendirian. Umpama, alam maya itu lebih utama dari alam realiti yang ada di depan anda. Lupakan smartphone untuk seketika dan tataplah wajah pasangan anda.

  1. Kemaslah rumah itu sikit

Katil, ruang tamu dan dapur ialah kawasan yang kita perlu sentiasa pastikan kemas sebelum keluar dari rumah untuk ke tempat kerja. Kalau tidak ia akan memberi impak tenaga yang negatif jika kita pulang dari kerja nanti dalam keadaan rumah yang tidak kemas. Jadi kalau sebagai seorang suami kita boleh kemaskan serba sedikit mana yang sempat, pasti akan membuat isteri bertambah gembira.

IKLAN

Suami Tak Nak Isteri Moody, Bangun Pagi Jangan Terus Lihat HP. Tengok Isteri Dulu!

  1. Beri perhatian kepada anak

Tunjuk depan isteri bahawa kita juga tidak lupa tentang kewujudan anak-anak. Luangkan masa untuk tegur anak-anak dan beri ciuman dan pelukan kasih sayang pada anak-anak. Ianya umpama langkah akhir dalam usaha kita untuk ‘tackle’ hati isteri. Suami yang zahirkan kasih sayang pada anak-anak setiap pagi ialah suami yang tulus ikhlas mahukan yang terbaik untuk keluarganya. Saat ini, hati isteri anda sudah ibarat di taman-taman bunga bahagia.

IKLAN

p/s : Apa-apa pun aku nak tahu juga, apa pula yang kalian buat di pagi hari dengan pasangan? Mungkin boleh kongsikan.

Sumber: Najmi Nawawi

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI