Pelakon Idzham Ismail, telah memuat naik sebuah posting di laman Instagramnya yang menghargai isterinya. Tidak menginginkan isteri yang sempurna, hanya mahukan isteri yang sentiasa menyokongnya.
Aku tak perlukan isteri yang pandai memasak sebelum kahwin kerana memasak boleh belajar sama sama.
Aku tak perlukan isteri untuk buat kerja rumah setiap masa kerana aku pon ada untuk melakukannya.
Aku tak perlukan isteri yang kaya raya sebab rezeki dan kemewahan boleh dicari bersama. Aku tak perlukan isteri yang buta hatinya kerana aku manusia melakukan kesilapan dan sedia untuk ditegur dan ubah untuk rumahtangga.
Tak semua faham dunia dan cara bekerja macam kami, bila dapat yang memahami, bersyukur dan semangat dia lah yang buat aku tahu tiada gagal dalam kamus hidup hanya kejayaan menanti. Amin thank you Allah dan aku dah bersedia diatas tanggujawab kerja yang lebih besar ini. Amin amin ya rabbal alamin..
Sememangnya tiada pasangan yang sempurna dan akan ‘senang’ sepanjang masa, tetapi suami isteri yang saling melengkapi akan menyempurnakan sesebuah perkahwinan.
Memilih lokasi untuk bersalin antara perkara paling penting buat pasangan suami isteri. Selain faktor keselesaan dan kualiti perkhidmatan, kos bersalin sering menjadi pertimbangan utama bakal ibu bapa, terutamanya apabila membandingkan kos bersalin hospital kerajaan dan hospital swasta di Malaysia.
Ramai pasangan memilih hospital kerajaan kerana caj rawatan yang jauh lebih rendah. Dengan adanya subsidi kerajaan, kos bersalin hospital kerajaan ditetapkan berdasarkan kelas wad serta jenis kelahiran yang dilalui oleh pesakit, menjadikannya lebih mampu milik untuk majoriti rakyat Malaysia.
Secara umum, caj bersalin di hospital awam dibahagikan kepada tiga kelas utama iaitu Kelas 1, Kelas 2 dan Kelas 3. Perbezaan kelas ini melibatkan kemudahan wad, privasi serta caj rawatan yang dikenakan.
Bagi warganegara Malaysia, kos bersalin hospital kerajaan adalah sangat rendah berbanding hospital swasta, hasil daripada subsidi tinggi yang disediakan oleh kerajaan.
Untuk kelahiran normal tanpa komplikasi, caj bersalin yang dikenakan adalah:
– Kelas 1: RM450
– Kelas 2: RM150
– Kelas 3: RM10
Perbezaan harga ini jelas menunjukkan bahawa Kelas 3 menerima subsidi paling tinggi, sekaligus membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan rawatan bersalin yang selamat.
Bagi ibu yang perlu menjalani pembedahan caesarean, kos bersalin hospital kerajaan adalah seperti berikut:
– Kelas 1: RM1,200
– Kelas 2: RM400
– Kelas 3: RM100
Walaupun melibatkan pembedahan besar, caj ini masih jauh lebih rendah berbanding hospital swasta yang boleh mencecah ribuan ringgit.
Untuk kes kelahiran yang memerlukan bantuan perubatan tambahan seperti forsep atau posisi bayi songsang (breech), caj yang dikenakan ialah:
– Kelas 1: RM600
– Kelas 2: RM200
– Kelas 3: RM50
Ini sekali lagi membuktikan bahawa kos bersalin hospital kerajaan kekal berpatutan walaupun melibatkan prosedur yang lebih kompleks.
Selain caj prosedur bersalin, terdapat bayaran tambahan bagi penggunaan fasiliti tertentu. Namun, bayaran ini hanya dikenakan kepada pesakit Kelas 1.
Penggunaan bilik bersalin dikenakan caj RM120 bagi setiap kemasukan, manakala penggunaan dewan bedah turut dikenakan caj RM120 bagi setiap kemasukan. Pesakit Kelas 2 dan Kelas 3 tidak dikenakan bayaran tambahan ini.
Bagi bukan warganegara Malaysia, kos bersalin hospital kerajaan adalah jauh lebih tinggi kerana tidak menerima subsidi kerajaan.
Caj bersalin biasa ditetapkan sebanyak RM2,593, manakala pembedahan caesarean pula mencecah RM3,021. Bagi kes bersalin menggunakan forsep, breech atau vakum, cajnya adalah sama seperti bersalin biasa iaitu RM2,593.
Untuk kelahiran kembar, caj bersalin ditetapkan sebanyak RM2,593, dengan bayaran tambahan penggunaan bilik bersalin sebanyak RM300.
Walaupun tempoh menunggu mungkin lebih lama berbanding hospital swasta, kos bersalin hospital kerajaan masih menjadi pilihan utama kerana tahap keselamatan yang tinggi, kepakaran doktor berpengalaman serta kemudahan rawatan rapi jika berlaku komplikasi.
Hospital kerajaan juga mempunyai akses kepada pasukan pakar pelbagai bidang, menjadikannya lebih bersedia menangani situasi kecemasan ketika proses kelahiran.
Setiap pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan pengesahan terus daripada hospital yang dipilih kerana caj sebenar boleh berubah bergantung kepada komplikasi, tempoh kemasukan wad serta keperluan rawatan tambahan.
Maklumat kos ini adalah sebagai panduan umum dan tertakluk kepada perubahan dasar semasa oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Secara keseluruhan, kos bersalin hospital kerajaan membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan perkhidmatan kesihatan ibu dan anak kekal mampu milik untuk rakyat Malaysia. Dengan perancangan awal dan pemilihan kelas wad yang sesuai, bakal ibu bapa boleh membuat keputusan bijak tanpa membebankan kewangan keluarga.
Lima sekeluarga melalui detik mendebarkan apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki dihanyutkan arus deras di Jalan Bukit Rokan, Gemencheh, awal pagi tadi.
Memetik laporan, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh, Norfaizal Ahmad berkata, kesemua mereka yang berumur empat hingga 40-an itu yang dalam perjalanan dari Jelai ke Bukit Rokan diselamatkan selepas pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 12 tengah malam.
“Orang awam yang melalui kawasan tersebut nampak si ayah menolak kereta dan cuba membantu tetapi gagal kerana air terlalu deras dan dalam. Kita selamatkan empat ahli keluarga termasuk tiga anak pasangan berkenaan di atas kereta itu kira-kira jam 3 pagi.
“Si ayah sudah hanyut ke tengah ketika itu dan pasukan berjaya menyelamatkan mangsa hampir dua jam kemudian. Kesemua mangsa dibawa ke klinik kesihatan berhampiran bagi rawatan lanjut,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.”
Beliau berkata, dalam operasi berkenaan, pihaknya turut berdepan dengan cabaran berikutan air terlalu deras dan dalam serta terpaksa berpatah balik menggunakan laluan yang lebih selamat bagi mencari kenderaan yang dihanyutkan arus itu.
Sumber: Sinar Harian & Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tak gembira apabila mendapat khabar berita apabila isteri hamil; anak yang bakal menjadi penyeri rumah tangga. Lebih manis lagi jika ia kehamilan kedua yang menjadikan ahli keluarga bertambah.
Begitulah yang dirasai oleh pelakon Harris atau nama sebenarnya, Mohammad Harris Shahrul Annuar, yang berkongsi berita gembira apabila isterinya, Asha Merican kini hamil cahaya mata kedua. Perkhabaran tentang Harris Annuar anak kedua ini nyata menggembirakan ramai peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan hidupnya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Harris memuat naik video memaparkan detik apabila isterinya melihat keputusan ujian kehamilan.
Dalam video tersebut, Asha dilihat terkejut sebelum tersenyum dan memeluk suaminya sebaik sahaja mengetahui keputusan berkenaan. Momen tersebut jelas menggambarkan kegembiraan mereka terhadap berita Harris Annuar anak kedua ini.
Namun Harris sempat berseloroh di ruangan kapsyen meluahkan kebimbangannya sekiranya isterinya itu kembali mengidam perkara yang pelik seperti kehamilan sebelum ini.
Perkongsian itu menghiburkan ramai, lebih-lebih lagi mereka yang masih mengingati kisah terdahulu berkaitan Harris Annuar anak kedua dan pengalaman kehamilan pertama isterinya.
Pastinya kehidupan Harris dan isterinya semakin berseri dan bertambah ceria dengan kehadiran ‘orang baru’ tidak lama lagi. Kehadiran bayi kedua ini bakal menjadi teman kepada anak sulung mereka iaitu Aura Medina.
Berita Harris Annuar anak kedua ini juga membuatkan ramai teruja melihat Aura Medina yang kini berusia tiga tahun bakal memegang peranan sebagai kakak.
Terdahulu, Asha pernah mencuri perhatian ramai apabila mengidam perkara luar biasa ketika hamil anak pertama termasuk menghidu simen, makan sabun dan mahu bermain dengan permainan lato-lato sehingga tular dalam media sosial.
Pengalaman unik itu membuatkan ramai tertanya-tanya sama ada situasi sama akan berulang dalam kehamilan kali ini, apatah lagi dengan berita Harris Annuar anak kedua yang kini menjadi perhatian.
Untuk rekod, Harris mendirikan rumah tangga bersama Asha pada 11 Jun 2022 selepas empat tahun menjalinkan hubungan cinta.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aura Medina. Kini dengan kehadiran Harris Annuar anak kedua, keluarga kecil ini bakal menjadi lebih lengkap dan bahagia.
Semoga segala urusan pasangan ini dipermudahkan dan kehamilan Asha berjalan lancar sehingga selamat melahirkan nanti.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.