Kerja seorang isteri memang tak mudah. Lagi-lagi yang berkerjaya dan mempunyai anak yang ramai. Ini diakui oleh suami kepada pelakon Yana Samsuddin, Fadzil Zahari yang membuat satu cabaran untuk dirinya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Dalam perkongsian Fadzil menerusi akaun Instagram miliknya, dia telah menggalas tugas isteri sepanjang PKP yang bakal masuk fasa ketiga bermula esok.
Dalam posting itu juga dia mengakui menguruskan hal rumah tangga bukan satu tugas yang mudah malah ia memenatkan.
Ads
Assalam hangpa, salam maghrib… lama tak update socmed ni huhu.. abang bz buat challenge sendiri ni 🤣 start #StayAtHome 18mac tu abang cakap dengan isteri.. la ni i tak boleh pi ofis selama 2minggu ni u takyah risau, semua kerja rumah i buat, u tak payah buat apa pun, u lepak ja.. isteri senyum la dah abang offer macam tu. dia tengok Nat Geo saja😅 tengok orang masak macam2 pastu dia pulak teringin huhu..
dapoq abang kemas, bilik abang kemas, pinggan mangkuk abang cuci, sampah abang buang, baju semua abang basuh sidai dan lipat. anak abang mandikan, buat susu bagi makan.. tak berhenti dari pagi sampai malam, pinggan mangkuk tak penah takdak kat sinki tu. ada masa sikit curi2 buat kerja kat laptop, kerja jalan macam biasa jugak, meeting online dengan client, proposal dan reply whatsapp berlambak2
Ads
keputusan dia hangpa tau dak apa? PENAT… cuba bayangkan selama ni isteri hangpa buat sorang2 ja semua hal rumah tu.. bayangkan mak mak kita dulu2… kami baru anak sorang dah penat, bayangkan yang ada anak ramai?😅😅 so dok ada lagi 2 minggu PKP ni rajin2 la tolong isteri atau tolong mak hangpa tu. jangan la dah besaq bujang menyusahkan mak lagi…
Comel je kalau suami offer diri nak buat kerja-kerja rumah. Isteri mesti senyum gembira. Bolehlah lepaskan lelah walaupun sekejap. Ternyata apa yang dibuat oleh Fadzil ni bagus untuk diikuti oleh suami yang lain.
Dalam pada itu, ayah kepada Aisy Mateen ini juga turut menyeru kepada anak-anak yang masih bujang untuk turut menolong ibu di rumah dan tidak menyusahkan ibu lagi kerana sudah besar panjang.
Perkahwinan merupakan detik yang paling bermakna buat setiap individu. Ia menandakan perubahan fasa kehidupan daripada fasa bujang/tanpa tanggungan kepada fasa hidup bersama.
Cabaran dan dugaan perlu ditempuhi bersama namun persoalan berkenaan dengan talasemia boleh ditanya sebelum berkahwin agar persiapan awal dapat dibuat. Tanpa rawatan awal, penyakit tersebut boleh mempengaruhi kesihatan dan faktor-faktor lain seperti kewangan, psikologi dan sebagainya. Ikuti artikel ini untuk penerangan selanjutnya.
Talasemia, masalah genetik
Talasemia adalah penyakit genetik berkaitan dengan darah. Ia menyebabkan pemusnahan sel darah merah akibat ralat pada gen yang tertentu dalam pembuatan sel tersebut menyebabkan masalah anemia. Sel darah merah penting bagi setiap individu kerana ia membantu menyebarkan oksigen dan nutrisi kepada sel. Di samping itu, ia juga bertanggungjawab dalam membawa bahan kumuh sel (karbon dioksida) ke paru-paru untuk dibuang.
Bergantung kepada tahap keterukan dan jenis masalah talasemia (talasemia alfa atau beta), mereka yang terbabit terpaksa menjalani terapi transfusi darah sekerap sebulan sekali bagi memenuhi kehendak sel badan untuk oksigen dan nutrisi. Tanpanya, individu terlibat akan mudah mendapat masalah tumbesaran, kecacatan pada bentuk tulang dan pembesaran organ hati dan limpa.
Namun, perlu diingatkan bahawa terapi tersebut bukanlah jalan penyelesaian definitif. Buat masa sekarang, tiada lagi rawatan yang dapat menyembuhkan masalah talasemia melainkan prosedur pemindahan sumsum tulang. Walau bagaimanapun prosedur tersebut dianggap radikal, mempunyai kadar mortaliti yang tinggi dan ia bergantung kepada jika terdapatnya penderma sumsum tulang yang ideal.
Mungkin anda berpendapat bahawa terapi transfusi darah adalah jalan penyelesaian yang paling ideal namun terapi tersebut mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri. Beban lebih ferum (Iron overload) boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah kesihatan seperti masalah jantung, kencing manis, masalah tiroid dan sebagainya. Ini berikutan proses patologikal beban lebih ferum yang akan menyebabkan pendepositan lebihan zat besi pada organ-organ lain yang menyebabkan kerosakan.
Cinta sebenar?
Walaupun tahap kesedaran berkenaan dengan penyakit ini agak rendah, terdapat beberapa individu yang mengambil tindakan drastik memutuskan hubungan mereka kerana kedua-duanya merupakan pembawa (carrier) kepada masalah talasemia. Kebanyakan garis panduan talasemia menyarankan mereka yang ingin berkahwin untuk melalui ujian saringan dan kaunseling bagi mencapai jalan penyelesaian terbaik buat pasangan.
Namun, tidak mudah untuk membuat keputusan lebih-lebih lagi jika anda sudah komited terhadap perhubungan tersebut. Apabila dua pembawa talasemia berkahwin, mereka mempunyai risiko setinggi 25% untuk mendapat bayi yang mempunyai masalah talasemia. Ujian saringan pranatal dan kaunseling mempunyai peranan yang penting dalam menyediakan kedua pasangan bagi menerima anak yang mempunyai masalah talasemia.
Pengguguran (abortion) mempunyai isu etika yang kebiasaannya menjadi tabu dalam kepercayaan masyarakat setempat. Oleh sebab itu, pasangan yang ingin berkahwin, perlu membuat keputusan bagi memastikan anak mereka kelak mempunyai tahap kesihatan yang optimum. Bukan mudah untuk menjadi rasional apabila sesuatu keputusan itu melibatkan perasaan namun tahap kesanggupan pasangan kebiasaannya menjadi faktor pemisah.
Ingin saya tekankan di sini, tiada siapa yang bersalah jika hubungan itu terlerai disebabkan oleh ketidaksanggupan untuk mempunyai anak yang bermasalah talasemia. Perbincangan perlu dibuat dengan matang dan fikirkan kesannya terhadap semua pihak. Kepada mereka yang ingin meneruskan perkahwinan, jangan lupa untuk melalui ujian saringan talasemia setiap kali anda mengandung. Persediaan fizikal, mental dan kewangan boleh dibuat. Kedua-dua pasangan mesti komited dalam proses penjagaan bagi mereka yang bermasalah talasemia.
Tanya kepada pasangan anda berkenaan dengan penyakit genetik ini. Jika anda berdua tidak mengetahui status masing-masing, ambillah ujian genetik. Jika kedua-duanya adalah pembawa, buat temu janji untuk sesi kaunseling. Pastikan anda memahami dengan lebih dalam dan telah mengumpulkan maklumat sebanyak mungkin sebelum membuat keputusan. Jika anda ragu-ragu, berjumpalah dengan pakar bagi mendapatkan penyelesaian terbaik.
Bukan sengaja tau ibu nak marah anak. Bukan sengaja si isteri meninggi suara. Kadang kala, cuba juga letakkan diri kita dalam kasut mereka. Seorang ibu dan isteri ni, berkerja 24 jam.
Jika seseorang isteri tu suri rumah, dia bekerja seharian tanpa gaji. Kalau yang bekerja pulak, lagi laa berdouble-triple. Penat memang penat. Bayangkan menjaga anak-anak yang tengah membesar dengan pelbagai karenah.
– Penatnya bukan sengaja dibuat-buat.
– Penat mental dan fizikal membuatkan tubuh menjadi lesu.
– Kepenatan juga membuatkan emosi tak menentu.
Tambah dasyat bila,
– Anak-anak terlebih aktif. Tak kira laa anak perempuan atau lelaki. Sama sahaja.
– Anak-anak terlebih kreatif.
– Anak-anak dalam mood mengempeng.
– Anak-anak berebut dan bergaduh.
Belum lagi dengan kerja rumah yang tak pernah habis. Untuk semua mak-mak dekat luar sana, let’s have a break. Bila penat, rehat. Take ‘pause’. Hugs to all mommies!
InshaAllah, setiap keringat itu akan dikira, setiap kebaikan tu akan dicatat. Suami kena main peranan bila tengok isteri lain macam.
Ambil alih jaga anak, atau mudahkan dengan bantu kerja-kerja rumah. Keluarga ni ibarat team. Memang kena saling kerjasama.
Jodoh dan perpisahan adalah ketentuan Ilahi. Pada hari ini, 24 Mac 2025, aktor dan pengarah Farid Kamil Zahari akhirnya bersetuju melepaskan isterinya, Diana Danielle. Mereka sah bercerai dengan talak satu buat kali kedua.
Selepas prosiding di mahkamah, kedua-duanya dilihat berjalan beriringan keluar dari dewan perbicaraan pada jam 10.50 pagi, menandakan berakhirnya episod rumah tangga mereka secara rasmi.
Lafaz cerai itu telah dilakukan Farid atau Farid Kamil Zahari, 43, terhadap Diana di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamaruddin.
Terdahulu, menurut laporan, aktres dan penyanyi, Diana Danielle sebelum ini berharap kes penceraian kali kedua dengan pelakon serta pengarah, Farid Kamil dapat diselesaikan secepat mungkin. Hal ini kerana, Diana sendiri mengatakan dia tetap mahu dilepaskan dari perkahwinan tersebut.
“Saya harap cepatlah selesai, banyak kali turun naik mahkamah, perkara sama juga.
“Pada akhirnya, saya tetap mahu dilepaskan. Harap dia memahaminya akhirnya…” ujar Diana di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta, pada pagi Isnin hari ini.
Pasangan Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012, dan hasil perkongsian hidup selama 13 tahun itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.
Sumber: Sinar Harian & Kosmo
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!