“Subhanallah, Comelnya” Hari Ke-7 Kelahiran, Elfira Loy Umum Nama & Dedah Wajah Anak Ke-2

Share

Genap seminggu pelakon popular, Elfira Loy melahirkan cahaya mata keduanya itu. Elfira Loy atau mesra di sapa EL menerusi hantaranya di laman instagram beberapa minit yang lepas akhirnya mendedahkan wajah cahaya mata keduanya.

“BismillahiMashaAllah”

“On May 20th , we were blessed with the arrival of our baby princess”

Dalam masa yang sama, EL turut mengumumkan nama puteri keduanya disusului dengan beberapa keping gambar EL serta suami, Faris Khairol Anuar bersama puteri tersayang.

“Assalamualikum ya Nur Aria Mikayla Muhamad Faris”

Nama Nur Aria Mikayla binti Muhamad Faris menjadi pilihan pasangan ini. Namanya seindah wajahnya.

Pelakon cantik ini juga sempat menitipkan doa buat puteri tersayang agar menjadi anak yang solehah dan sentiasa dalam rahmat-NYA.

“Doa adalah penguat setiap harapan. Doakan puteri kami menjadi antara pemudi solehah yang diberikan kerahmatan berpanjangan , kasih sayang yang tidak henti , tidak putus rezeki didunia & diakhiratnya lagi dihiasi dengan kilauan kebaikan budi dan ketinggian pekerti”

Elfira, atau nama lengkapnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri,  selamat melahirkan cahaya mata perempuan sekitar 6.27 petang di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 20 May lalu.

Dalam ruangan komen, rakan-rakan selebriti serta warga maya teruja melihat kecomelan baby Aria Mikayla.

Elfira mendirikan rumah tangga bersama suami tersayang pada 1 Januari 2019 dan pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Khalaf, pada Oktober 2019 serta seorang bayi perempuan Aria Mikayla, 20 May 2022.

Kredit: Elfira Loy

IKLAN