
Berita baik buat ibu bapa dan penjaga anak autisme apabila permohonan Subsidi Pembelajaran Anak Autisme 2026 kini dibuka secara rasmi bermula hari ini, 15 Mei 2026.
Inisiatif yang diperkenalkan menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini dilihat mampu membantu meringankan beban keluarga yang berdepan kos terapi dan pendidikan khas yang semakin meningkat setiap tahun.
Menerusi perkongsian rasmi JKM di Facebook, permohonan bantuan tersebut akan dibuka sehingga 15 Julai 2026.
Bantuan berbentuk one-off sebanyak RM1,000 itu diberikan kepada kanak-kanak autisme yang layak bagi membantu menampung kos pembelajaran, terapi serta program intervensi awal yang berkualiti.
Menurut JKM, bantuan ini diwujudkan sebagai sokongan kepada ibu bapa atau penjaga yang menanggung kos pembelajaran anak-anak autisme, khususnya mereka yang memerlukan rawatan dan pendidikan khas secara berterusan.
Sehingga April 2026, seramai 99,459 individu autisme telah berdaftar dengan JKM di seluruh negara.
Bagi ibu bapa yang ingin memohon Subsidi Pembelajaran Anak Autisme 2026, beberapa syarat utama perlu dipenuhi, antaranya:
Antara pusat yang layak termasuk Pusat Pembelajaran Autisme (PUSPA) yang menawarkan perkhidmatan terapi dan Program Intervensi Awal (EIP) untuk kanak-kanak autisme.
Untuk pengiraan pendapatan per kapita, ibu bapa hanya perlu membahagikan jumlah keseluruhan pendapatan isi rumah dengan bilangan ahli keluarga yang tinggal serumah.
Bagi memudahkan proses permohonan, ibu bapa atau penjaga boleh mengikuti langkah berikut:
Borang boleh dimuat turun melalui laman web rasmi JKM atau diperoleh di Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran.
Isi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap termasuk dokumen sokongan yang diminta.
Borang yang lengkap perlu diserahkan kepada Pusat Pembelajaran Autisme (PUSPA) tempat anak mengikuti terapi atau pembelajaran.
Pihak pusat pembelajaran akan membuat semakan sebelum menghantar permohonan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat daerah berkaitan.
Permohonan akan melalui proses penilaian dan semakan sebelum keputusan rasmi dikeluarkan oleh pihak JKM.
JKM turut menggalakkan ibu bapa yang mempunyai anak autisme supaya tidak melepaskan peluang memohon bantuan ini bagi membantu perkembangan dan pembelajaran anak-anak istimewa mereka.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi atau hadir terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berhampiran. Borang permohonan dan senarai semak dokumen juga boleh diperoleh melalui imbasan kod QR yang disediakan oleh pihak JKM.
Kos terapi dan pendidikan khas bagi anak autisme terus meningkat setiap tahun, terutamanya bagi keluarga yang memerlukan sesi intervensi awal secara berkala. Oleh itu, Subsidi Pembelajaran Anak Autisme 2026
dilihat sebagai satu bantuan penting untuk memastikan anak-anak istimewa mendapat akses kepada pendidikan dan terapi berkualiti.Ramai ibu bapa sebelum ini terpaksa menanggung kos tinggi untuk terapi pertuturan, terapi tingkah laku serta program perkembangan sosial. Dengan adanya bantuan ini, sedikit sebanyak ia mampu mengurangkan tekanan kewangan keluarga.
Selain itu, program seperti ini juga menunjukkan komitmen kerajaan dalam memperkasakan sokongan kepada komuniti autisme di Malaysia agar mereka mendapat peluang pembelajaran yang lebih baik.
Baca lagi: i-Legasi KWSP Dilancarkan, Ahli Kini Boleh Pindahkan Simpanan Pada Pasangan & Anak
Mykad Baharu 2026 Bermula Jun, Ini Ciri Keselamatan & Siapa Layak Tukar?