Berlari, memanjat, melompat, menyepahkan rumah. Ini antara sebahagian sikap anak kecil yang kadangkala cukup menguji kesabaran ibu bapa.
Yang geram juga adalah bila ibu tengah lipat kain, lipat satu, si kecil pun punggah satu. Lipat lagi satu, dia ambil kain yang berlipat tu campak jauh. Yang peliknya, kain yang tak berlipat tu takdelah dia hairankan pun.
Biasanya ibu ayah memang bagi jawapan yang sama. Memang anak akan punggah semula semua baju yang kita dah lipat.
Menurut Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak UIA, Dr Mastura Badzis, ibu ayah semua patut bersyukur. Sebab itu tandanya anak kita normal, anak kita sihat. Dan berhati-hatilah kalau anak kecil kita (terutamanya 3 tahun ke bawah) takde apa-apa reaksi, duduk senyap, dan tak punggah pun kain baju yang kita lipat tu.
Sebabnya itu adalah salah satu tanda-tanda atau ciri-ciri autisme.
Ceritanya sama juga bila anak baling-baling barang, tuang air atas lantai, panjat sana-sini, nak suap makan sendiri sampai berterabur nasi satu rumah.
Ni semua tanda kata anak kita memang normal. Dan semua benda yang dia buat ni adalah salah satu cara untuk dia develop perkembangan otak dan skill yang patut dia ada.
Ads
Yang tak normal bila anak terlalu pasif, terlalu duduk diam, takde respons bila dapat barang kat tangan. Ibarat macam anak kita demam. Main tak nak, makan tak nak. Melepek terbaring muram. Pasti ibu ayah tak nak tengok anak kita macam ni kan?
Anak-anak 6 tahun ke bawah belajar melalui experiment, exploration and experience. Kalau 3E ni takde dalam hidup budak-budak terutamanya yang usia 3 tahun ke bawah, makna kata perkembangan anak-anak mungkin jadi sangat lambat. Delay habis.
Salah satu sebab jadi delay adalah kerana sikap kita ibu ayah ni sendiri. Terlalu banyak berJANGAN dengan anak-anak. Ini tak boleh, itu jangan buat. Kita terlalu banyak nak marah anak bila dia tak reti duduk diam.
Hakikatnya hidup anak 6 tahun ke bawah memang TAK RETI duduk diam. Sebab dia nak kena capai 3E tadi untuk keperluan otak dan skill dia. Sama macam kita kalau lapar, mesti cari makanan.
So, otot budak kalau nak kuat, secara semulajadinya dia akan memanjat. Ini namanya natural, sesuatu yang memang Allah dah create pada anak-anak kecil.
Ads
Dengan memanjat buatkan sel-sel otak dia (neuron otak) berhubung. Dia jadi cepat berfikir, dia belajar. Kalau jatuh, dia rasa sakit. Nanti next time dia akan lebih berhati-hati lagi.
So nampak kan. Memanjat tu experiment dan exploration. Experience dia dapat bila dia berjaya panjat sampai atas (kalau panjat grill pintu rumah) atau experience dia dapat bila jatuh.
So, ibu ayah. Let them be. Itu fitrah kanak-kanak. Biarkan dia explore dunia yang sangat baru pada dia. Tugas kita cuma monitor je. Pesan suruh hati-hati kalau dia memanjat, perhati tengok anak kita instead of “fayyadhhhh, jangan panjat grill tu. Nanti jatuh!”
Dah maknya pun dok kata jatuh, doa jatuh, memang sungguh lah kejap lagi jatuh gedebuk budak tu. Trust me. Anak-anak pandai nak jaga diri dia, control diri dia. Dia tahu kalau dia jatuh tu maksudnya dia tak berhati-hati lah tu. Biarkan dia belajar. Kita urut dada je okay.
Ads
Tapiiii, of course lah. Dalam pada nak biar anak buat aktiviti yang agak lasak macam ni, nak explore sana-sini, kita kena selalu pantau diorang. Mata kena rajin perhati tengok dan setkan diri kita dalam mode berjaga-jaga.
Jangan pula kita bagi anak buat segala aktiviti yang dia suka, tapi kita sibuk pegang gadget. Layan gadget, hadap gadget sepanjang masa. Itu memang satu kesalahan yang besar sebagai ibu ayah.
Terutama bila ada kat luar rumah. Lagi-lagi kalau kat mall. Mesti monitor juga pergerakan anak. Dekat ekskalator, lif, barangan kaca, barang tajam. Kita mesti pantau.
Bila ada kat rumah orang? Pun sama juga ceritanya. Memang tak boleh bagi anak terlalu bebas. Usik barang, panjat sini-sana. Sebab kita perlu hormati tuan rumah.
Yang Zaty cerita ni bila anak-anak ada dalam rumah sendiri atau apabila beriadah kat luar bersama-sama dengan kita. Yes, biarkan dia buat modul 3E tu dengan pantauan kita. Faham ya ibu ayah?
Ajar anak berkongsi barang secara psikologi ini dapat bantu mereka menjadi anak yang seorang tidak pentingkan diri, menghormati orang tua dan tidak kedekut untuk membantu orang dalam kesusahan.
Setiap anak-anak mempunyai ciri-ciri personaliti yang berbeza dalam dirinya. Oleh sebab itu, ibu bapa tidak boleh membuat perbandingan antara mereka. Ia termasuk sikap anak yang sukar dijangka. Sikap tidak mahu berkongsi barang adalah antara sikap yang diluar jangkaan kita. Namun dengan didikan yang betul masih belum terlambat untuk membentuk nilai-nilai murni dalam diri mereka. ikuti perkongsian berguna ini daripada www.excelqhalif.com
1.Pilih Mainan yang Betul Pilih permainan yang mempunyai ciri-ciri berkongsi atau memerlukan 2 orang pemain ataupun memerlukan bantuan orang dewasa. Contohnya seperti congkak dan lego . Pasti untuk siapkan satu lego anak perlukan bantuan ibubapa. Disinilah peluang berkongsi dan bermain bersama digunakan sebaik mungkin.
2.Jadikan Diri Anda Sebagai Contoh Mainkan peranan anda sebagai contoh terbaik. Ibubapa mesti menunjukkan tauladan berkongsi. Kerana anak-anak adalah peniru terbaik. Sekiranya bermain dengan mereka, pastikan mengikut giliran bermain. Contohnya permainan, baling bola masuk ke dalam bakul. Boleh dilakukan mengikut giliran, mula papa baling, kemudian mama dan kemudian si anak. Cakap dengan dia “Papa baling pula” dengan ini anak faham kosep berkongsi dan main bersama.
3.Puji dan Galakkan Mereka Puji mereka apabila mereka sudi berkongsi dengan rakan. Dengan cara ini mereka suka lakukannya dengan kerap. Jika boleh, pujilah mereka di hadapan orang yang beliau sayangi. Si ibu boleh kata begini, “Tengahari tadikan papa, Imran kongsi permainan dia dengan Aiman. Bagus dia main sama-sama” Papa pula sampuklah dengan penuh minat “Ohh ye ke, baguslah Imran pandai kongsi dan main sama-sama”
4.Bincang & Pujuk Kadang-kala anak tidak mahu berkongsi sebab permainan tersebut permainan kesayangan mereka. Atau mungkin juga ada sejarah silam yang membuat mereka tidak mahu berkongsi. Permainan mereka dirosakkan atau dihilangkan. Tanya mereka; “Kenapa Imran tak nak kongsi kereta tu?” Mungkin Imran akan menjawab; “Dulu Aiman main kereta Imran sampai rosak” Pujuk dan bincang dengan mereka; “ Mama faham, tapi dulu tu Imran tak sengaja , kesian dia nak main dengan Imran. Kalau rosak papa betulkan nanti” Guna kebijaksaan anda untuk pujuk mereka. Ibubapa pastinya lebih mengenali anak mereka dengan lebih dekat.
5.Kuatkuasakan Undang-Undang Setiap barang mainan yang baru dibeli, letakkan satu undang-undang. “Ini papa punya mainan, Imran nak main, boleh. Tapi kena main dengan papa.” Jangan berikan kuasa milik mutlak pada mereka. Tegur sikap mereka yang terus merampas barang yang mereka mahukan. Simpan barangan tersebut setelah bermain bersama. Undang-undang ini tidak semestinya dikuatkuasa pada semua mainan, cuma sesetengah permainan sahaja.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika dikira setiap satu, tak terkira banyaknya hutang masa kita dengan anak-anak. Cuma anak kecil mereka belum faham dan tak pandai nak menuntut. Bayangkan kalau setiap hari anak kecil ditinggalkan kepada pengasuh atau taska manakala anak besar bersekolah sampai petang, hanya waktu malamlah peluangnya.
Bagaimanapun bagi ibu ayah waktu malam adalah masa nak berehat setelah seharian penat bekerja sehingga ada yang tertidur dulu daripada anak-anak. Masa ni anak-anak terpaksa bawa diri dan bermain dengan adik, abang atau kakak.
Mungkin ibu bapa tak perasan pun masa ni. Namun bila anak dah besar baru kita tersedar dan ia pasti tak boleh berulang lagi kerana waktu anak kecil hanya sekali sahaja.
Perkongsian yang sangat bermakna dari Sahrol Lagiman sangat bermanfaat dan memberi kesedaran kepada kita yang dah bergelar ibu ayah kerana kesibukan bekerja.
Bukan jarang, tapi selalu kita memarahi mereka apabila terasa penat. Kita memarahi mereka padahal mereka belum benar-benar mengerti kesalahan yang telah dilakukan.
Tetapi, seburuk mana pun kita buat pada anak, mereka akan tetap mendatangi kita dengan senyum kecilnya.Menghibur kita dengan tawa kecilnya, menggenggam tangan kita dengan tangan kecilnya, seolah semuanya baik-baik saja, seolah tak pernah terjadi apa-apa sebelumnya.
Anak suka bercerita untuk kita, meskipun seringkali kita bersikap tidak acuh terhadap mereka dengan kasih sayang.
Kita sentiasa mengatakan bahawa diri kita bekerja keras demi kebahagiaan mereka semua tetapi kenyataannya merekalah yang sentiasa membahagiakan kita diketika penat lelah selesai bertugas.
Kita merasakan bahawa kita bangga dengan menghiburkan kesedihan mereka atau menghapuskan linangan air mata dari pipi-pipi comel mereka. Sebenarnya diri kitalah yang selalu mereka bahagiakan. Anaklah yang menghilangkan kepenatan kita, menghapuskan air mata kesedihan kita.
Percayalah kita terhutang banyak pada anak-anak kita.
Dalam 24 jam, berapa lama kita meluangkan waktu untuk berbicara, mendengar, memeluk, mendakap dan bermain bersama-sama dengan mereka?
Dari anak lahir ke dunia mereka sentiasa ceria, tersenyum manis dan menghormati diri kita..
Tentang anak-anak, sesungguhnya merekalah yang selalu “lebih dewasa” dan “bijaksana” daripada kita. Merekalah yang selalu mengajari dan membimbing kita menjadi manusia yang lebih baik setiap harinya.
Seburuk apapun kita sebagai ibu bapa, mereka selalu bersiap sedia untuk menjadi anak-anak terbaik. Dakaplah anak-anak kita, tataplah mata mereka dengan penuh kasih sayang.
Sumber: Sahrol Lagiman
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di tengah hiruk-pikuk dunia moden yang penuh dengan skrin, tekanan prestasi, dan tuntutan emosi yang tidak terlihat, ada satu anugerah yang boleh kita berikan kepada anak-anak – iaitu ruang untuk bernafas, untuk memahami diri, dan untuk tenang. Video dari saluran Bintang Kecil bertajuk “Boleh Ke Kanak-Kanak Beryoga?” membuka mata kita, betapa pentingnya mendidik anak bukan hanya dengan buku dan jadual, tetapi juga dengan senyuman, kesedaran diri, dan sentuhan kasih sayang melalui yoga.
Inspirasi Bermula dari Rumah
ibu bapa adalah kunci kepada perubahan emosi dan fizikal anak-anak. Yoga bukan sekadar aktiviti regangan badan – ia adalah bahasa kasih yang menghubungkan ibu bapa dan anak dalam satu irama. Bila kita sebagai ibu bapa bersedia melibatkan diri, duduk sama rendah dan tegak sama tinggi dengan anak-anak atas tikar yoga, kita bukan sahaja mendidik – kita sedang menyembuhkan, menguatkan, dan menyemai nilai ketenangan dalam hati mereka.
Anak Tenang, Dunia Pun Ceria
Anak-anak yang dibiasakan dengan amalan yoga sejak kecil cenderung untuk lebih peka terhadap emosi sendiri, lebih sabar dalam menghadapi tekanan, dan memiliki keyakinan diri yang tulen. Dalam kelas yoga yang dikongsikan dalam video ini, kanak-kanak diajar untuk mendengar tubuh mereka, untuk menghargai setiap nafas, dan yang paling penting – untuk tahu bahawa mereka cukup baik, sebagaimana mereka adanya. Ini adalah pelajaran yang tidak diajar di sekolah, tapi sangat diperlukan dalam hidup.
Perubahan Kecil, Kesan Besar
Apa yang menarik, bukan sahaja anak berubah – ibu bapa juga terkesan. Bila melihat anak tenang, ibu bapa juga belajar untuk melepaskan tekanan. Yoga menjadi jambatan antara dua jiwa – yang dewasa dan yang kecil – untuk berkomunikasi tanpa kata, hanya dengan kehadiran dan sentuhan. Dan seperti yang Wadi tekankan, perubahan ini bermula dengan peluang kecil: berani mencuba. Tiada siapa sempurna, tetapi semua mampu bermula.
Jadi kepada semua ibu dan ayah di luar sana, jika anda pernah tertanya-tanya apa lagi yang boleh dilakukan untuk membina masa depan anak yang lebih harmoni – mungkin jawapannya ada di tikar yoga. Mungkin ia bukan tentang menjadi fleksibel secara fizikal, tapi menjadi lebih lentur dalam memahami dan membesarkan insan kecil yang penuh potensi. Kerana pada akhirnya, bukan apa yang kita beri pada anak yang paling diingati, tetapi bagaimana kita buat mereka rasa – dan dengan yoga, kita ajar mereka rasa tenang, rasa cukup, dan rasa disayangi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.