Melihatkan perkembangan buah hati kesayangan semua, adik Ainul Mardhiah, hati rasa berbunga riang. Apa lagi melihat perkembangan Ainul yang hari demi hari begitu membanggakan.

Kisah perjalanan adik Ainul sememangnya menyentuh hati kita. Namun kini Ainul terus membesar dengan sihat sambil ditemani adik tersayangnya, Umar Abdurrahman yang sentiasa menjadi peneman akrabnya.

“Suka Mengalah Dengan Adik” Makin Aktif & Ceria, Ainul Mardhiah Makin Pandai Jaga Adik!

Terbaru menerusi Instagramnya ibunya, Nurul Erwani Zaidi, sekeping gambar dua beradik ini yang dikongsikan oleh ibu mereka ternyata menarik perhatian wargamaya.

Hampir setahun bergelar kakak, kini keletah Ainul Mardhiah semakin menghiburkan. Ada sahaja aksinya bersama adiknya yang dikongsikan ibu mereka di Instagram. Kata ibunya, Ainul amat pandai menjaga adiknya, asal sahaja adik main lasak-lasak, Ainul bertindak menjaganya. Bimbang adik tercedera atau terjatuh.

“Suka Mengalah Dengan Adik” Makin Aktif & Ceria, Ainul Mardhiah Makin Pandai Jaga Adik!

“Adik dah nak masuk setahun, kakak dah nak tiga tahun.

“Kakak pun dah pandai jaga adik sekarang. Bila kakak Ainul tengok adik main yang lasak-lasak, cepat-cepat kakak Ainul tarik baju adik tak bagi main,” kongsinya di Instagram.

Begitu Ainul menyayangi adiknya Umar yang kini hampir berusia satu tahun. Melihatkan keaktifan Ainul kita, pastinya kita terlupa bahawa anak kecil kesayangan ramai ini pernah dulu melalui tempoh yang sukar. Kini berkat doa semua, Ainul terus membesar dengan sihat dan ceria bersama adiknya.

IKLAN

“Suka Mengalah Dengan Adik” Makin Aktif & Ceria, Ainul Mardhiah Makin Pandai Jaga Adik!

Malah kata ibunya lagi, baik Ainul, adiknya juga sangat aktif dan ceria setiap hari. Ada sahaja perkara yang dilakukan dua beradik ini. Namun katanya lagi, sebagai kakak, Ainul paling suka mengalah.

“Suka Mengalah Dengan Adik” Makin Aktif & Ceria, Ainul Mardhiah Makin Pandai Jaga Adik!

“Alhamdulillah dua-dua aktif, ceria dan sihat setiap hari. Dua-dua ada juga peel dia masing-masing. Kadang geram je. Nasib kakak Ainul ni suka mengalah dengan adik dia tauu❤”

“Mama doakan kakak dan adik sentiasa jadi bestfriend ya.” kongsinya di Instagram.

IKLAN

Rata-rata seluruh pengikut setia Ainul turut gembira melihat perkembangan terkini Ainul dan adiknya.

“Suka Mengalah Dengan Adik” Makin Aktif & Ceria, Ainul Mardhiah Makin Pandai Jaga Adik! “Suka Mengalah Dengan Adik” Makin Aktif & Ceria, Ainul Mardhiah Makin Pandai Jaga Adik!

“Kakak yang penyayang. Moga kasih sayang adik beradik sentiasa dalam rahmat Allah SWT”.

“Big girl dah kakak Ainul”

IKLAN

“Bagusnya kakak Ainul. Pandai lak tu jaga adik dia.”

Semoga Ainul Mardhiah teruslah membesar dengan sihat dan ibu ayahnya diberikan kemudahan untuk membesarkan Ainul. Seterusnya menyuntik inspirasi kepada ibu ayah lain yang diuji membesarkan anak-anak istimewa.

Menarik: Menangis Tengok, Ramai Tak Sanggup Tengok Ibu Ainul Kongsi Cara Tukar Trachy Di Leher

“Suka Mengalah Dengan Adik” Makin Aktif & Ceria, Ainul Mardhiah Makin Pandai Jaga Adik!

Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @_nrlerwani

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI